Posts

Showing posts from 2009

Merdeka! Jumaat~1 Muharam.

Image
Alhamdulillah, setel juga exam terakhir hari ni. Bermalam di ofis kerana takut terlepas exam pada jam 730am. Hampir 4 hari sebelum itu ( & juga kini) mata terkelip-kelip merajuk tidak mahu tidur. Siang mengantuk malam berjaga, mencari cucu di mana ada.. heh Setibanya di office, terserempak Kevin dengan mata yang sembab. Bertegur sapa seketika dengan advisor aku  lalu terus mengadu kisah takleh tido. Dia tersengih dan berkata, “WELCOME TO MY WORLD!” Turlington Hall, menara jam ditengah-tengah kampus UF   “ World- world juga, akhirat jangan lupa~” begitulah katanya mungkin kalau Kevin seorang muslim. Bunyi macam Mawi jaa. :P Sangat kagum, terkesan dengan moral advisor aku sorang ni. Sentiasa optimis, workaholic, tak pernah mengumpat orang, kelakar, walhal berjuta kilo masalah ada di belakangnya. Hampir selalu tersipu2 saya malu.. & soalan cepuk emas pula datang bertalu-talu, Kenapa aku seorang muslim terasa amat kalah dengan usaha dan moral yang ditunjukkannya? B

tulis..tulis.. tulis..

Image
Salam, Mood untuk berblogging sebenarnya masih ada, cuma macam tak banyak perkara boleh  ditulis, disebabkan beberapa perkara. Pertama, kebanyakan yang diketahui dari segi ilmu semata-mata, tapi dari segi amalan @ aplikasi, masih tidak mampu. Jauh panggang dari api. Tengah menunggu masa untuk menutup pintu zaman bujang ini dan membuka kepada pintu yang lain. Insyallah, doakan apa yang akan dihadapi kelak mampu dihadapi dengan sabar. Memangkah kalender melihat bilakah masa utnuk menutup pintu fitnah zaman bujang ini. Susah, mengeluh, dan kadang-kadang ketawa menepuk dahi berkali-kali. Selalunya, punyalah berhati-hati, tapi masih terkena juga talbisiblisnya. Buat yang merasakan saya kurang mesra, tidak 'secaring' dulu, maaf ler. Untuk kebaikan bersama, supaya fitnah tidak terkena tempiasnya pada mana-mana pihak. Supaya fitnah "macam nak masuk line jer" tidak terlabel pada saya. Kedua, serik sudah. Mustahil untuk insan bukan muhrim yang Allah jadikan

Doa Tok Guru~

Image
Salam, makasih, pening kepala baca berita, lebih baik tengok sendiri. Aii..

The Structure of DNA

Image
  A video component required for Journal Club. This video is presented by Brent and me.

Hajjatul Wada'- Pesan Baginda.

Salam, raya Haji ini, teringat akan khutbah RSAW semasa Hajinya yang terakhir. Bertuah amat bertuah kepada yang dapat menjadi tetamu Allah pada tahun ini, dan doa2kan yang belum sampai ini akan sampai juga. Raya Haji ibadah korban daan sebagainya, sepulangan baginda dari menunaikan haji yang pertama dan terakhir pada tahun 10 hijrah,  W ah ai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti memb

‘,’Raya~-->

Assalamualaikum, Kepada keluarga,  maaf kerana tahun ni pun tak dapat beraya bersama. Hanya doa supaya keluarga kita kekal bahagia dan harmoni, di cucuri rahmat oleh Allah SWT. Moga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Kepada mak dan abah, ampun dosa samada sengaja @ tidak. Doakan kejayaan orang jauh ni, insyallah. Kepada jeha, dah ada dikelantan tu ambil kesempatan belajar perkara yang lain.  Kepada Jei, tahniah atas tawaran univeristi, dan kepada Yun, moga keputusan SPM yang baru diambil minggu lepas beroleh kejayaan, bukan sahaja nilai dari segi A, tetapi juga nilai usaha di mata abah dan mak. Kepada ayung, selamat berpindah ke rumah baru, dan dapat baby izza yang baru. Kepada angah, teruskan dengan perjuangan kini, moga beroleh ketenangan dalam pencarian. Kepada kei dan syui, belajar la elok-elok. Kita bukanlah ahli agama, tapi agama itu pakaian seorang muslim, bukan sekadar pada taq nama. Pesan Lukman Al Hakim pada anaknya: Wahai anakku !  Elakkan dirimu dari me

Pergila dahulu, aku akan menyusul kemudian..

Image
Dikesempatan ramai sangat sahabat-sahabat kahwin ni, ana ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat sahabat yang baru sahaja menyelesaikan majlis pernikahan, dan juga yang akan melaksanakan pernikahan tak lama lagi. Semoga mahligai yang dibina dengan iman dan taqwa diRahmati oleh Allah SWT, dipenuhi dengan mahabbah dan saadah. Semoga antum beroleh ketenangan dan keberkatan dalam hidup serta dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh...amin.. Muhaini & suami Norazah & suami Fadzil & Wan Ilani Nor Azliza & Firdaus Osman Wan Shima & Ramzi Wardah & Nuruddin Nor Asyikin & suami Sakinah & suami Syawal & isteri Nik Mohd Idzham & isteri Syafirul & Fatimah Alias Fawwaz & isteri Iylia & suami Anep & isteri Kalau ada yang tertinggal tambahkan yer^_^ nanti kita buat list bagi yang dapat baby lak^_^ di copy terus dari  http://rumaisyaboundaries.blogspot.com/ Selamat Pengantin Baru, Moga berbahagia

Ziarah di Hujung Syaaban.

Image
Salam, Terlewat sudah rasanya nak cerita pasal ziarah ke Kansas & Nebraska pada bulan 8 haritu. Ziarah di akhir-akhir Syaaban, sebelum beberapa hari bermula puasa Ramadhan. MANHATTAN, KANSAS Setibanya di destinasi pertama, saya di jemput oleh Mr Manhanttan, a.k.a Nik Idzham. Beliau ni senior setahun dari USM. kini melanjutkan phD di di Kansas State University. Baguih orangnya, tersusun, cermat, berdikari, cuma SATU je yang tersangatlah kurang, hamba Allah ni nak pulang ke Malaysia untuk bernikah ( semua wanita jangan patah semangat ok..hahahaha ). Alhamdulilah, mabruk ya akhi~~!

Petai; cakap politik.

Image
“Uih, petai, ni kalau masak sambal petai ni mesti best!” menelan air liur adik saya apabila melihat abah membawa pulang petai dari pasar malam. Emak yang tadi asyik di halaman rumah ber’gardening’ mengambil petai itu lalu menuju ke dapur. Saya pun mengikut emak. Masak lemak pucuk ubi kayu, sambal belacan atau sambal petai memang menjadi kegemaran saya. Tambah-tambah kalau ada ikan termenung goreng. Sememangnya menjadi habuan melantak 5 pinggan nasi dengan penuh berselera sekali.

Muda muda Nyior.

Disini, pelajar Master @ phd perlu mengambil kelas juga, dan ada kredit tertentu perlu dipenuhi, sebagai contoh, satu semester perlu mempunyai kredit minimum 9 kredit termasuk komponen research. Lazimnya dalam satu semester 2 hingga 3 kelas diambil. Dalam 4-6 kelas yang saya ambil, secara tidak sengaja terkesan dengan beberapa orang rakan yang potensinya mencuri perhatian saya. “How’s your semester going? You doing good?” tanya saya kepada Charles.   “Doing good, Busy with classes. This semester is crazy.” katanya kepada saya. Aaah, memang crazy pun, terutama jika mengambil Plant Medicine . satu semester mau mencecah 12-15 unit. Teringat Muas berkata kepada saya bertanya berapa kredit diambil, saya menjawab 9. Dia berkata,   “That’s good enough for graduate student, more than that is suicide” katanya serius, sebelum kami berjalan ke kafe. Lebih serius. Lebih releven , lebih efektif, apa ubatnya? Pening kepala saya memikirkan perkara ni (aku memang suka mem

Buku Lama.

Image
Salam, Sedang saya membelek2 buku di perpustakaan ICG (Islamic center of Gainesville) semalam sementara menunggu Magrib, mata saya terpandang 2 buku di rak sana dalam bahasa Malaysia. Terkejut sedikit. Sememangnya ada yang memberitahu sebelum ini ada Muslim Malaysia pernah ada disini. Azlee, kota bharu, kelantan, 1993.. ringkas sticker MAS pada kulit buku. Buku dari Indonesia, tentang soal jawab agama. Dah 16 tahun.. Kerusi dialih, duduk sebentar, buku yang setebal 500 mukasurat itu diselak, dan dibaca. Ayat dari era awal merdeka. Bahasanya mudah, cuma ejaan sedikit berbeza. Kurang 5 minit saya menoleh kebelakang melihat buku yang lain, dan mata terlihat satu buku dalam bahasa Melayu juga. Subhanallah! Tak sangka! TAFSIR AL AZHAR Buku yang diterbitkan pada tahun 1987 di Singarore itu diterbitkan dengan kebenaran pewaris Dr Hamka. Tafsir berkenaan surah dari juzu 30, bermula dari Surah Naba' hingga ke Surah An Nas. http://www.iterasi.net/openviewer.aspx?sqrlitid=mqvqnhseceo8y4hyph

Bencana Penarafan Universiti

TANGGAL 8 Oktober 2009, apabila keputusan penarafan THES-QS diumumkan, saya sedang berada di bandar Giessen, lebih kurang satu jam dari Frankfurt, untuk memenuhi undangan Persatuan Universiti-universiti Eropah (EUA) yang menjadi penaung utama semua universiti di benua tersebut. Undangan ini sempena persidangan bertajuk "Pengantarabangsaan melewati sempadan Eropah" dan saya diminta memberi pandangan dari sudut luar Eropah sebagai seorang antara dua pengucaptama - seorang lagi adalah rakan Rektor, Berlin Free University, salah satu universiti tertua dan ternama di Jerman, malah Eropah. Dewasa ini, e-mel bertalu-talu tiba mengesahkan "bencana" yang menimpa Malaysia. Jika Indonesia dengan gempa buminya, Filipina dengan banjir dan tanah runtuhnya, Samoa dengan tsunaminya dan Jepun banjirnya, bagi Malaysia pula menghadapai bencana gara-gara penarafan IPTAnya. Walaupun hanya beberapa buah IPTA sahaja yang terlibat, kesannya tidak kurang menggugat. Media gamat dengan li

Terlewat 15 hari.

Ramadhan telah pun berlalu hampir separuh bulan. Maaf dengan entry yang terlewat. Ada apa dengan Ramadhan, apa yang ingin dicapai sebenarnya? Aku terkusut masai memikirkan perkara ini, terlupa sudah terang lagi bersuluh, Syeikh Ammar berkata semasa khutbah jumaat minggu pertama Syawal, “ Dengan Ramadhan hanya 1 perkara sahaja yang menjadi idaman setiap hambaNya, hanya ada 1 sahaja keputusan yang mungkin keluar dari bulan tarbiyah Ramadhan, iaitu TAQWA! BUAH TAQWA Benar, hanya 1 sahaja hasil dari latihan Ramadhan, tapi manfaat dari taqwa adalah sejuta! Kerana Allah telah menjanjikan bahawa orang yang benar yang berpegang teguh pada tali Allah, dan ajaran yang dibawa oleh kekasihNya, Muhammad saw akan mempunyai taqwa yang amat kental.

Ucaptamar Eidulfitri!

Salam, pictures will be upload later ( maybe never on blogspot, on fb perhaps). Eid Mubarak! Mohamad Fadhli Mad Atari, University of Florida, Gainesville, Florida, USA Sept 20th, 2009

End of fasting, beginning of Eid.

Image
Salam, When I was asked how it feel like fasting abroad.. hurm.. nothing special.. When family is 25 hours away, friend and closes people around become the ‘family’. For those who fasting there are 2 happiness are promised, first, happiness when break the fast, and second happiness when meet Allah SWT at afterlife. No doubt breaking the fast with friends here is really awesome, which nobody can guarantee we can meet again everyday after Ramadhan.. everyone will be busy with their own stuff. BREAKING THE FAST WITH INDONESIAN’S BUDDIES. BREAKING THE FAST AT ISLAMIC CENTER GAINESVILLE (ICG) FAST-A-THON Tomorrow morning will be Eid. I called my family back home and they already celebrating Eid. So jealous! Wahah Selamat hari raya Malaysia dan seluruh umat Islam khususnya. Eid Mubarak!

Al Qadr

As the Creator said. Salam Ramadhan.

Parasit

Image
“Uih~!!” meremang bulu tengkuk Nazri bila memikir hal itu. “Saat akhir baru nak terhegeh2?” mengeluh dia dalam hati. Ya Allah, manalah silapnya? Beristigfar terus Nazri memicit kepala yang kepenatan. Assignment ini perlu dihantar sebelum malam ini. Mujur dia sudah siap. Pengalaman mengajar kerja saat2 akhir tidak sesuai dilakukan, di Malaysia mungkin ada nasib boleh jadi, tapi di negara orang maknanya hanya menempah kegagalan. Benar, fail to plan is planning to fail. TENANG. Minggu lepas Prof Uda memberi tugasan untuk diselesaikan oleh para pelajarnya. Tugasan boleh diselesaikan secara berpasangan. Maka berpasang2lah mereka. “Ada member dah?” tanya Nazri kepada Usop. “Belum” , katanya ringkas sambil tersenyum. Usop baik orangnya, atas dasar saudara seaqidah Nazri memilih untuk membuat tugasan bersama, sedangkan pada masa yang sama dia merasakan lebih selesa untuk bersama Charlie. Mengenangkan Usop masih baru dan nampak boleh diharap untuk bersama2 berbincang, maka salam perkongsian

Pork & Beef DNA in your Halal Chicken??!! Swine~!

Salam, Watch the video until the end. First they inject the chicken with water to chicken breast. In order to maintain the water, they use a ‘special powder’ which claim come from chicken protein. Is it true? Lets watch the drama. you are what u eat~ again, please watch the video till the end. Salam Ramadhan.

Sudah Kurang ka?

Salam, Perkara yang bermanfaat tak boleh dilakukan bersama2 dengan perkara yang lagha @ kurang berfaedah, sudah sifat makhluk tidak boleh melakukan 2 perbuatan yang sama dalam satu masa. Seperti seseorang yang tidak boleh DUDUK DIAM dalam pada masa yang sama BERGERAK BERJALAN/BERLARI. Tidak boleh JAGA dan pada masa yang sama TIDUR LENA. Tidak boleh SENYAP pada masa yang sama BERCAKAP RAMAH. AIR + MINYAK=? Sama seperti amalan2 apa jua, ibarat seperti minyak dan air hendaknya. Jika diberi pilihan samada mahu air penuh segelas atau minyak penuh segelas, mustahil secara lumrahnya ( kalau diberi enzim tertentu air boleh larut dalam minyak) air boleh memenuhi gelas tanpa membentuk sempadan dengan minyak, dan diantara sempadan itu ada kawasan yang samar2. Kalau diberitahu apa amalan nak dibuat masa Ramadhan semua dah bijak, tak payah diajar, secara free boleh jumpa amalan2 ini dimana2, Bulan Al Quran diturunkan, amalan digandakan, ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga seluas2nya.

Pulang di hujung Syaaban.

Image
Awan yang disangkakan kerajaan langit @ mungkin kepala naga. Cantik, berangan2 inikah yang dikatakan kota kayangan? “Your flight have been cancelled. Please contact US airways for further information”. Jelas panggilan automatik itu semasa dalam perjalanan ke Kansas City International airport. Van road runner meluncur laju mengejar jadual perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam dari Manhattan itu terasa amat lama. Pertama, kerana terlepas trip pertama dari Manhattan pada jam 1030am, dan terpaksa mengambil trip seterusnya pada jam 1230pm. Memikirkan samada sempat atau tidak untuk penerbangan pada jam 3.40pm. Hari Sabtu akan mula berpuasa, masa akhir Syaaban ini digunakan untuk menziarahi teman2. Waktu yang sesuai sebelum kelas bermula, dan sebelum bermulanya bulan Ramadhan. Masa mula2 sampai, pemandu road runner ( yang tahap atuk, tapi rata2 semua memang dah tahap pencen 2 kali) menyarakan supaya menukar return trip dari Clarion hotel di Manhattan dari masa tempahan

Face off.

Image
“Awat tak letak gambar hang , kan mudah nak kenal?” tanyaku pada kawan lelaki yang menggunakan gambar ‘barang’ sebagai profile pic nya. “Maaflah, cuba nak letak, tapi tak sampai sehari aku tukar.. malulah..” “Lol. Nak malu apanya, hang kan lelaki? Bukannya aurat pun yang nak dijaga”. balas aku yang pelik dengan penjelasannya. Yakin, dia senyap seketika sebab mahu menyusun jawapan kepada kawan yang tidak sependapat dalam hal ni tanpa menyebabkan aku melatah. Aduh Murad, masih tidak berubah selepas beberapa tahun tidak berjumpa. MALU TAPI MAHU Sahabat ni yang aku gelarkan sebagai “Murad” (bukan nama sebenar), lama dah kenal sejak bangku sekolah lagi. Lurus bendul orangnya, baik, selalunya menjadi presiden kelab2, tetapi ada sikap yang pemalu perempuan. Dalam ertikata lain, jenis lelaki pemalu tapi mahu. (hahahaha) Ingat lagi semasa tingkatan 3, 2 bulan sebelum PMR, dia tiba-tiba menghilangkan diri lebih kurang 2 minggu. Pada minggu ketiga, kemunculannya tiba-tiba di

Cas BaTeri.

Bismillah. Kurang lagi sebulan semester fall akan bermula. Semester Summer ini hanya research sahaja berjalan. Rindu dengan kelas. Menangis dan ketawa bertemankan sahabat bernama En dinding, yang tidak memantulkan bahasa lain, melainkan bahasa refleksi orang yang menyergahnya. Seperti anjing menyalak bukit. An old adage says, "It is better to light a candle than to curse the darkness". Advisor aku berkata, “But I think we better do both!” . Menyalakan lilin sambil menyumpah. Inikah yang dikatakan sebagai kritikan membina? Tidak hanya menyalak, tapi pada masa yang sama bergerak melakukan sesuatu dengan tidak hanya bersuara tanpa langkah anggota. REDHA Paling baik adalah dengan senyap dan redha, dan berazam supaya sentiasa bersedia. Mulut jika dikunci, panca indera lain akan lebih bermanfaat dan berfungsi. telinga akan lebih mendengar, fikiran akan lebih tenang berfikir. diri akan menjadi tenang. Hampir 1 tahun saya menulis di blogspot ini. catatan untuk

4 Kali Takbir

salam Minggu lepas semasa solat Jumaat, khatib memberi khutbah yang diberitahu olehnya ditukar tajuk pada masa2 terakhir. “I have change our topic to day from “Time” to “ Death ””. Setelah menyatakan keuntungan orang yang mengingati mati seperti yang diberitahu oleh RSAW, dan keyakinan bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati seperti dalam Quran, khutbah beliau dipanjangkan. Setiap butir kata menginsafkan. Bicaranya yang spontan tanpa teks (kerana ditubah tajuk pada saat2 akhir) mencelikkan mata ahli jumaat semua. Setiap dari nikmat adalah pinjaman, dan setiap pinjaman akan ditanyakan samada digunakan kearah perniagaan yang diredhai atau hanya dibelanja ikut sultan nafsu sendiri. 20 minit sebelum itu.. “Jumaat ni ramai orang lebih dari biasa..” getus bila melihat muka-muka yang tidak biasa dilihat, dan seawal setengah jam sebelum waktu solat, masjid sudah berpusu2 orang beri’tikaf di dalamnya. PERINGATAN Setelah usai solat jumaat, tampil seorang lelaki lalu me

AmBiL PuSiNg?

Image
salam, sebelum ini tak pernah saya ambil pusing tentang apa jua lagu, apa jenis lagu termasuk nasyid, terutama nasyid ini yang pada satu ketika dulu saya kuat menentangnya. Tergerak hati untuk memainkan lagu yang saya ambil dari abang saya. Ya, meskipun saya bukan peminat tegar lagu- lagu termasuk nasyid, terkadang ada lagu yang dimainkan terkandung peristiwa yang manis dan bersemangat.   SENIKATA Lagu yang dimainkan semasa bersama sahabat-sahabat yang mengajar saya erti kehidupan, pembezaan muslim dan mukmin, munafiq dan fasik, kem2 pembinaan remaja, motivasi sekolah menengah dan banyak kem lagi, tak secara lansung seolah “me-recall” semula kata-kata semangat, janji, dan azam pada ketika itu. Sekali lagi, saya bukan peminat lagu-lagu hatta nasyid. Apapun untuk yang jauh.     PS: sedikit tu baik, jangan berlebihan.

My 1st video.

“I hate it!”   Itulah konklusi selepas cuba untuk mengedit rakaman video berkenaan diri sendiri. Melihat orang lain membuat video nampak mudah, tapi tak semudah yang disangka bila membuatnya. Permintaan dari adik2 di USM supaya membuat video ucapan ringkas berpakej later belakangkan persekitaran oversea.. Aku mengambila 2 bulan berfikir dan cuba mengkuatkan semangat. Ye, tak semua orang dapat peluang ke oversea, dan persepsi dan kehendak mereka yang ditanah air kebanyakannya adalah sama. Di luar negara semua adalah indah belaka. Ya, dari segi ilmu sains dan teknologi, ini adalah tempat terbaik untuk belajar. HURM..   Tapi dari segi EMOSI dan KETAHANAN, semua masih berada di peringkat awal. Pelajar juga seperti semua, masih bergelut dengan akademik dan sebagainya. Saya tak pandai berlakon. Cakap pun agak laju sebenarnya. Bersabarlah, biar kelas aku habis dahulu, dan research sudah berada di draf tesis dan selesai dengan viva @ defense thesis. Kemudian, insyallah akan

Men “7” kan “6”.

Image
Salam, Windows Vista is the 6th Microsoft’s windows, and recently released Windows Seven which is the 7th Windows. There are a lot of rumors about it. Cool new features such as Superbar, Aero Snap, Aero Shake etc and claimed to be more stable and lighter compare current Vista may be a good news for those who purchased any laptop beginning on June 2008 and onwards. Why? Because you can get FREE upgrade to Windows Seven if the machine are preinstalled with windows Vista. Like Vista, which came on Basic, Premium, Business and Ultimate, Seven also give the same family. No upgrade available for Windows Vista Basic anyway. READ MORE: http://windows.microsoft.com/en-US/windows7/products/home?os=nonwin7 Windows Seven Superbar Men tujuh kan enam.   There are a lot of GENIUS Tweaker out there that can help you to get windows seven alike on your Vista and XP machine. What’s the cost? Free of charge. Does if pay you anything? Satisfaction. Windows VISTA with tweaker : Vi Glan

Azam oh Azam.

Baik! HArini aku nak posa! azam pada Hari Isnin lepas. tapi bila sampai di tengahari, tekak terasa perit, perut lapar ( alasan je ni ), maka berbukalah dengan gembira. Terasa macam kanak-kanak nak belajar berpuasa. Puasa sunat Isnin Khamis cuba untuk dipraktikkan semula. Semasa bulan peperiksaaan, hari hari dipenuhi dengan makanan, maka tak hairanlah jika lihat agak chubby sedikit ( persepsi sendiri walaupun orang lain kata tak pun. huhu) Orang berpuasa sunat itu seperti raja? Ia boleh berbuka sesuka hatinya sendiri. Dari mana aku terbaca kalimah itu. Mungkin kata2. Tapi ada sedikit kebetulan benarnya, yelah, dah sunat, kalau tak larat @ mampu buka sahaja. Tambahan pula cuaca panas dan kering. Entah mana silapnya, taqwa kurang kah? Atau kebiasaan yang suka makan? Ramadhan is on the way. Mari semua belajar berpuasa~ keke. Pali (everyday is a new beginning)

BerKorBan iTu Di MaNa?

Image
Sekali lagi, hidup kita ini tidak seperti kisah Batu belah batu bertangkup. Allah SWT tidak pernah meminta pengorbanan dari manusia. Jika Allah tidak menagih korban, apa yang Allah mahukan dari kita? Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (As Saff (10-11)) Secara hakikatnya, manusia itu tiada apa yang boleh dikorbankan, kerana setiap nikmat adalah modal perniagaan yang diberikan kepada pemegang amanah (trustee) Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya*. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebagian) dari hartanya memperoleh pahala yang besar. (al Hadid;17) *Yang dimaksud dengan menguasai di sini ialah penguasaan yang bukan secara mu

Konvensyen Astronomi 09

Image
Dengan penuh rasa bersyukurnya, kami menjemput Tuan/ Puan sekeluarga ke majlis kelab kami PAMERAN KELAB REMAJA LESTARI KONVENSYEN ASTRONOMI O9 3-5 JULAI 2009 DEWAN UTAMA PELAJAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PENANG. *hak cipta terpelihara, KRL 2009. (ole2 di pameran) Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan sekeluarga ke majlis kami ini lebih memeriahkan lagi dan penuh baraqah hendaknya. http://mykrl.net/ ps: Format kad2 yang tiba di peti surat semasa cuti sekolah.. Uihh ramai. :P Hahahaa

You know what..

Image
Salams, Let me share with you guys a short advise, never give suggestions when not asked, and try to critique without knowing what, why based on your personal experience and not thinking about the consequences only return the pain back to your lower back. Moreover, don’t try to argue / force someone to accept your opinions alone without strong arguement/ personal experiences. Different peoples know their own field very well more than we do. Here are few minor examples that I wanna share. TAKE A BREAK BRO.. Guy A: Do you have to go to lab everyday? curiously asked. Me: Yea. I have to, there are a lot of works to do. Guy A: Why? Its weekend, you should have a break and take rest at home . Are your advisor demand for this? Me: No, I’m doing tissue culture research (bla3), so then it consume times, its better to start early. Guy A then silence ( but he keep asking me the same question ( Are u going to lab?) everytime he see me with my