Muda muda Nyior.

Disini, pelajar Master @ phd perlu mengambil kelas juga, dan ada kredit tertentu perlu dipenuhi, sebagai contoh, satu semester perlu mempunyai kredit minimum 9 kredit termasuk komponen research. Lazimnya dalam satu semester 2 hingga 3 kelas diambil. Dalam 4-6 kelas yang saya ambil, secara tidak sengaja terkesan dengan beberapa orang rakan yang potensinya mencuri perhatian saya.


“How’s your semester going? You doing good?” tanya saya kepada Charles.

 
“Doing good, Busy with classes. This semester is crazy.” katanya kepada saya.

Aaah, memang crazy pun, terutama jika mengambil Plant Medicine. satu semester mau mencecah 12-15 unit.


Teringat Muas berkata kepada saya bertanya berapa kredit diambil, saya menjawab 9. Dia berkata,

 
“That’s good enough for graduate student, more than that is suicide” katanya serius, sebelum kami berjalan ke kafe.


Lebih serius. Lebih releven , lebih efektif, apa ubatnya?

Pening kepala saya memikirkan perkara ni (aku memang suka memeningkan kapla), dari semester pertama hingga la kini, pelbagai pe’el dan ragam rakan-rakan saya jumpa. Kebanyakkannya biasa-biasa sahaja, dan dalam biasa-biasa itu, ada beberapa rakan yang menarik minat saya. Maksud saya, dari segi perbincangan, persediaan ke kelas, keputusan peperiksaan, dan komunikasi mereka.

Kebetulan mungkin, mereka yang saya lihat berbeza potensinya, majorinya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Terkejut bila satu pagi saya melangkah ke dalam Fifield Hall, menaiki tangga ke aras 2 di lab, kedengaran suara kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun memanggil-manggil,

“Daddy, daddy”


EHHH????


Antony menyambut anaknya itu dengan pelukan. Dia berjalan dibelakang saya. Tak sangka kawan saya itu sudah mempunyai anak & isteri rupanya. Isterinya ada di balik sana. Pertama kali nampak. Kami hanya membalas senyuman, mengangguk-angguk dan berlalu pergi.

Rakan lain seperti Eduardo pun begitu juga kisahnya, terjumpa dengan isterinya, Alice ketika sedang beratur di Subway.

Teringat pada semester pertama duduk sebelah rakan saya bernama Tom, hujung semester baru tahu dia sudah mempunyai isteri, itupun kebetulan dia duduk dalam kompleks yang sama seperti saya.

Ada lagi beberapa lagi nama yang tidak perlu saya sebutkan disini, kesimpulannya sama sahaja. Mereka lebih produktif dan efisyien dari pelajar lain, kerana mereka berkahwin?

MUDA NYIOR.

Kalau bercakap masa zaman undergradute dulu (2003-2006), jarang-jarang dalam usia 20an kita jumpa pelajar yang berkahwin, yang bercouple banyak la. Dan jarang-jarang ibubapa/ adat membenarkan khitbah di peringkat yang dianggap masih ‘muda’.

Ada sekali semasa tahun ketiga, bercakap dengan pelajar lepasan STPM lelaki tahun pertama univerisiti di USM yang asyik termenung sambil memandang anak kecil Pak Arab berlari2 didalam surau desasiswa Restu, USM selepas magrib. Kelihatan juga beberapa lelaki Arab bermain-main dengan anak rakan mereka.
“Rindu anak” katanya pendek selepas saya memberi salam, dan bertanyakan khabar.

“Tak, tak. Rindu anak saya kat kampung, isteri pula ada di UPM”… dan selepas itu bermulalah kisah hidupnya yang panjang dengan mata berkaca-kaca. Itulah kali pertama dan terakhir saya berjumpa pelajar universiti tempatan yang berkahwin. Tak dinafikan ramai, cuma kahwin semasa belajar bukan menjadi pilihan.

Apapun, pandangan saya, kahwin ini, banyak menutup pintu-pintu yang bermasalah, dan juga membuka kepada pintu-pintu yang baru, yang tidak terfikir ketika masih bujang.

Tinggi tinggi kelapa muda,
Diambil galah dijolok-jolok,
Orang muda pening kepala ubatnya apa,
Perlukah diambil calons dibuat jodoh?
wahaha

Comments

PuteraJejawi said…
ermmm..kalau dah tiba masanya eloklah disegerakan...satu keperluan biologi yang orang lain tak nampak tetapi hanya diri sendiri yang tahu...tepuk dada tanya iman...
pali said…
biologiku berkata, usaha2~! iman berkata, berposa selagi daya. haha.

tapi insyallah, saya bukannya mudah lagi, dah suku abad dah.

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap