Saturday, January 31, 2009

CiNtA sEoRaNg LeLaKi

Salam sejahtera untuk semua insan yang bergelar Adam dan Hawa.

Sebenarnya teringin sungguh saya berkongsi sedikit coretan yang tidak seberapa dengan anda semua.. dan kebetulan sama tangan ini menari rancak di atas papan kekunci, dah ditakdirkan mungkin.. baiklah..

Rasa untuk memiliki dan di miliki adalah fitrah yang ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Perasaan cinta itu suci, tapi jika dibiarkan berlayar tanpa panduan wahyu Ilahi dan sunnah Nabi, takut-takut ada penumpang nafsu berpakej iblis tanpa diundang berlayar bersama. Saya belum berkahwin lagi, tapi dalam ke arah itu. Membuat pilihan bukan mudah, dan menetapkan hati selepas itu memerlukan pemahaman kenapa “janji” itu dilakukan, kerana siapa, bagaimana cara, dan bilakah masa? Mungkin ini bukan nukilan yang terbaik. Tapi berapa ramai lelaki yang kecundang dalam hanyutan perasaan. Saya tidak imun, ada juga perasaan. Tapi ingat apa Nabi kata, DIAM itu lebih baik dari berkata-kata sesuatu yang tidak berfaedah.

Merujuk kepada penulisan Dr Fadhilah Kamsah tentang cinta. Cinta boleh dibahagikan kepada 3 tahap. Tahap pertama, cinta di bangku persekolahan. Cinta jenis ini tak jauh lazimnya. Asbab kepada cinta ini adalah RUPA & POPULARITI. Cinta tahap kedua adalah cinta peringkat 18-23 tahun (selepas persekolahan, sebelum alam kerja). Lazimnya di IPT dan kolej-kolej,rasa untuk memiliki dan dimiliki itu hadir. Berjauhan dengan keluarga, kekosongan itu didamping oleh kebosanan dan kehendak yang menipu. Maka, ramailah perempuan yang menjadi pemakan tebu yang ditanam di bibir lelaki. Peratusan cinta tahap ini ke arah perkahwinan adalah berpotensi, tapi mestilah dipandu dengan agama. Macamana tu? Pesan nabi, kalau kamu nak berkahwin tapi tak mampu, hendaklah kamu berpuasa. Ada juga kawan-kawan yang nakal, “Em, saya paham, tapi sekarang ni saya nak berpuasa pun tak mampu”. Itu tanda agama jauh dari diri. Muhasabah kembali muslimin. Rakan-rakan penting. Imam As Syafie ada berkata bahawa beliau berkawan dengan orang alim ulama supaya dia cenderung kepada mereka. KAWAN yang membina, bukan membinasa.

Teringat pasa satu ceramah seorang ustaz ada memberitahu, “ Cinta lelaki yang tidak bersedia, hanya mencuri perasaan taqarrub pada Allah”. Walaupun niatnya baik, tapi kita kena ingat, berdiam diri itu adalah lebih baik dari mengganggu emosi wanita. Jangan jiwang sangat. Jiwang sorang-sorang sudahlah. :D

Baiklah.

Cinta tahap ketiga lebih menjurus kepada keinginan untuk mempunyai “teman karib seumur hidup” @ pasangan hidup. Cinta ini lebih serius dan memerlukan pilihan dan pandangan yang tenang dari sang jejaka. Islam pilihan utama kamu. “Kecantikan”itu akan saya kupas sedikit masa lagi, kerana faktor ini menjadi isu kepada pilihan memilih pasangan. Dari mata turun ke hati. Jadi, berhati-hati, kecantikan tanpa disertakan dengan faktor lain hanya mengundang tumpulnya mata hati dalam memilih, dan akan menjadi pencarian yang tak sudah.

Ada beberapa persoalan sahabat saya tanya kenapa lelaki ni suka melihat kepada perempuan? Kita mungkin banyak mendengar rintihan-rintihan seperti ni dari kaum Hawa. Mereka merasa rimas, dan ada yang mengambil tindakan yang mungkin merugikan mereka. Baiklah.

Sememangnya lelaki itu adalah PEMBURU, tapi kadang-kadang tersasar arah pada kali pertama pandangan. Pemburu tanpa ilmu dan pengalaman? ibarat 4 rakan buta yang menilai gajah dengan menyentuhnya. Tanyalah kamu kepada orang yang tahu.

Sekadar pandangan seorang lelaki. Nabi sendiri pernah mengakui bahawa wanita itu adalah tempat jatuhnya pandangan lelaki, dan sememangnya fitrahnya begitu. Ada riwayat yang menyatakan ( tak pasti kesahihannya) bahawa wanita itu mendapat 9 bahagian kecantikan dan lelaki 1 bahagian. Kerana kecantikan yang ada pada diri wanita tersebut perlulah dijaga dan di perlihatkan kepada yang hak sahaja ( suami ) dan muhrimnya, maka Islam mensyariatkan wanita itu melabuhkan pakaiannya , dalam masa yag sama menunjukkan bahawa wanita itu adalah orang yang baik-baik.. ( secara zahir kita boleh nilai dari cara pemakaian.

Jika ada yang mempertikaikan bab2," Ala, kalau tak pakaian tak begitu menutup aurat pun tak semestinya tak baik", saya nak ingatkan bahawa bab2 hati dan perkara seperti ikhlas hanya Allah sahaja yang tahu rahsianya, kita sebagai manusia hanya mampu mentafsir dari segi perilaku dan amalan orang tersebut.

Masalah , " tak menutup aurat tak semstinya tak baik, dan kekadang yang menutup aurat tu lagi teruk dsb" perlu difahami dari beberapa faktor. Tidak dinafikan bahawa tak menutup aurat tu tak semestinya x baik. Saya bersetuju bahawa mereka adalah orang baik, dan kadang2 terlau baik.. tapi perlu diingat orang yang BAIK dan BERAKHLAK BAIK adalah 2 perkara yang amat berbeza.

Orang yang berakhlak baik merupakan buah yang dituai selepas benih aqidah yang benar disuburkan, dan pohon ibadah dijaga dengan sebaik2nya, dan seterusnya mengeluarkan buah2 akhlak yang baik yang bukan sahaja memberi manfaat terhadap dirinya, malah terhadap orang lain. Ringkas kata, aqidah yang mantop, diikuti ibadah yang benar akan menzahirkan akhlak yang terpuji. kan? sedangkan baik itu sendiri adalah aspek dari segi MORAL semata2, dan tiada penglibatan aqidah dan ibadah yang ditekankan. Tengok sndiri orang yang bukan Islam, adakah mereka ni semua jahat? tak.. ramai jugak yang baik.. cuma bukan diistilahkan sebagai berakhlak baik.. jelas?

NAk jugak la kongsi pengalaman dan pengamatan sebagai seorang lelaki ( dah 20 tahun lebih jadi lelaki, hohoho)..suara yang tercetus dari seorang lelaki apabila memandang tempat jatuh pandangan yang sama tapi berlainan kromosom. Wanita adalah perhiasan, dan sebaik2 perhiasan adalah wanita yang solehah, kata nabi. "perhiasan" dari perkataan arab yang berbunyi "mata' " bukanlah tafsiran secara lansung kepada perhiasan sebenarnya, kerana perkataan mata' itu membawa maksud kepada sesuatu yang menjadi idaman @ kehendak manusia. Sebagai contoh , apabila seseorang yang suka kepada kereta, dalam sesuatu keadaan , mengantuk misalnya, tetiba akan menjadi segar dan fokusnya ditumpukan dika terlihat kepada kereta yang diminatinya@ kecur air liur... perkara yang amat digemari la lebih kurang. Jadi dalam memahami hadish ini wanita janganlah membayangkan bahawa dirinya itu adalah perhiasan sebagai barang tontonan @ pameran yang boleh ditonton oleh orang ramai, kerana tafsiran terhadap perkataan (mata') yang bukan sebenarnya menjurus kepada 'perhiasan' sebenarnya ( kerana perhiasan mempunyai maksud lain dalam bahasa arab), perlulah di hayati sehingga ke akhir ayat, bahawa .."sebaik2 perhiasan adalah wanita yang solehah".

Ok, suara hati seorang lelaki apabila melihat wanita dalam situasi yang berbeza..

a) Apabila melihat wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

mata lelaki ini nakal, saya ringkaskan bahawa segala susuk tubuh yang termungkin terbentuk (memang dah terbentuk pun :P) dari pemakaian yang tidak longgar akan menjurus kepada ransangan nafsu syahwat dari lelak, tak dapat mata, bentuk muka, hidung, leher, bentuk badan, buah dada, punggung, kaki , tangan dan sebagainya akan dilihat oleh mata lelaki. Malah perkataan yang akan tergetus dari hati lelaki tersebut lebih cenderung berkata :

WOW, CANTIKNYA, ERM..AKU MESTI DAPATKAN WANITA TERSEBUT!

dan nafas yang boleh dirasa ketika itu adalah nafas yang panas.. (ada riwayat@ kata2 hukama yang menyatakan , nafas yang sejuk itu dari roh, dan nafas yang panas itu dari nafsu). Jika lelaki menafsirkan rasa panas ini sebagai cinta, saya seru muhasabah kembali bersama-sama.

Janganlah marah wahai muslimat, bukankah wanita itu tempat jatuhnya pandangan, sudah memang fitrahnya lelaki akan memandang wanita. Nabi sendiri pernah terlihat seorang wanita yang menarik perhatiannya, tetapi bukan muhrimnya ( bukan isteri), lalu pulang ke rumah dan melaksanakan hasratnya itu ke atas Zainab, kerana nabi berpesan bahawa apa yang ada pada isteri kamu itu ada pada wanita yang kamu inginkan itu. Janganlah sampai kamu menurut hawa nafsu kamu sehingga mengajak wanita yang kamu ingini itu ke lembah perzinaan.

B) Apabila melihat seorang wanita yag menutup aurat dan menyempurnakan ciri2 pakaian muslimat. (apa dia?,diantaranya melabuhkan pakaiannya sehingga menutup dada, tidak memakai warna yang menarik perhatian, tidak berpakaian seperti lelaki..etc), lelaki ini tetap akan memandang wanita tersebut! Kenapa ni muslimin, asyik2 nak pandang muslimat je. jangan marah, wanita itu kan tempat jatuhnya pandangan... tapi percentange ( peratusan) lelaki yang melihat wanita sebegini adalah tergolong kepada lelaki yang berkehendakan wanita yang baik, untuk dibuat baik kepada wanita tersebut. Apa yang akan tercetus difikiran @ hati muslimin pada ketika ini??

"SUBHANALLAH, BAIKNYA AKHLAK WANITA TERSEBUT, ALANGKAH BERUNTUNG KEPADA JIWA YANG MENJADI ADAM UNTUKNYA.. ALANGKAH BAHAGIA JIKA DAPAT MENJADIKAN DIA SURI, PENYERI RUMAHNTANGGA, IBU KEPADA ANAK2 KU YANG SOLEH INSYAALLAH, SHE LOOK VERY PROMISSING.. YA ALLAH JIKA KAU TAQDIRKAN.. JADIKANLAH DIA SEBAGAI PEMAISURI HATI..UNTUK MENDAPAT REDHAMU.."

Yang pastinya, hati lelaki itu pasti amat senang dengan penampilan wanita tersebut, dan mungkinlah itu adalah secabis dari bait2 kata yang diarahkan oleh iman anugerah Allah. Berbanding dengan lelaki dalam situasi A, sudah pasti saya yakin dan percaya, takan tergetus niat untuk memperlakukan elok kepada wanita tersebut ikut syariat, rahsianya, habis madu sepah dibuang la.. sudah dapat gading bertuah, tanduk tak berguna lagi.. tulah.. kesian saya tengok wanita yang menjadi mangsa(?) macam ni.. tapi apa boleh buat, wanita itukan tempat jatuhnya pandangan, so berhati2lah.

Mulianya wanita/perempuan sampai disebut dalam Al Quran dalam surah An Nisa ( perempuan). Tak ada surah Ar Rijal (lelaki). Jadilah perhiasan yang membantu kami memasuki syurga. Kerana lelaki ini nafsunya tewas pada pandangan, yang lebih ampuh dari senjata.

Panjang lagi kalau nak bincang bab2 berbedanya cinta seorang lelaki yang tercetus dari nafsu dan iman... lain kali la ye.. anda semua lagi maklum agaknya, sesapa pun bleh la tolong poskan dsb.

Akhir sekali, saya nak tanya satu soalan untuk diri saya dan semua.. dalam forum @ perbincangan di nternet , pelbagai hujah2 dan dalil2 aqli dan naqli keluar menghentam habis2an wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna, tetapi adakah orang yang menghentam@ begitu syadid di arena penulisan begitu akhlaknya di realiti sebenar? ( saya tak kata mereka tak baik ye.. ) Tak terasa hipokrit kebegitu? Wanita yang membaca post saya ini mungkin lebih maklum.. adakah kita maksudkan apa yang kita tulis@ sekadar menulis melepaskan masa, menunjukkan betapa berilmunya kita? pengalaman kita? tapi hakikatnya jauh panggang dari api..di blog ini menulis suatu yang kita yakin , wa, hebatnya, sempurnya pegangan dan prinsip yang dipegang, tapi secara realitinya? sedih2.. jangan jadi retorik.. " Amat besar murka Allah terhadap perkara yang kamu cakap tetapi tak buat"( surah A-Soff)

Saya bukan orang yang faqih dalam agama dan mampu menilai orang lain dsb, tetapi kita berbaik sangkalah kepada mereka yang menulis, membaca tulisan di blog bahawa apa yang dizahirkan itulah yang kita nilai, kan? tapi kalau dah jumpa in person orang tu, nilai jugalah dari penampilannya kan? dah sentuh pasal imej dan aurat, kena la tengok luaran kan??? hohoho.

Realitinya, saya sendiri pun tak sempurna, tak bercouple, dan tidak menipu apabila menulis dalam blog ini.. insyallah apa yang saya tulis akan saya tujukan kepada diri saya dahulu, dan sememangnya itulah yang kita semua patut lakukan sepertimana RAsullulah dan para sahabat.. ( ingat tak kes buah delima, bila da wanita tu tanya baginda tentang sakit perut anaknya, Rasulluah hanya berkata esok datang semula sehingga 3 hari, then barulah Baginda menjawab, anak tersebut sakit perut kerana makan buah delima. Apabila ditanya, kenapa perlu 3 hari baru nak kata, baginda menjawab baginda mula berhenti makan buah delima, barulah baginda memberitahu wanita tersebut asbab penyakit tersebut.. alangkah baik akhlaknya!! )

Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan dengan izinnya jualah saya dapat menaip, dan anda semua dapat membaca.. Manfaatkanlah apa yang boleh dimanfaatkan, dan jika ada berlakku pengulangan dan banyak kekurangan, saya minta maaf, sayan bukannya insan sebaik Muhammad, mahupun penulis agung seperti Syed Qutb... dan saya bukanlah berilmu yang faqih dalam hal2 agama.. tapi bila mengenangkan pesan nabi.. sampaikanlah walaupun satu ayat. Wallahualam.

p/s: minta maaf sebab tak menyertakan dalil2 dan bahan rujukan yang terkini dari buku2 sperti mebuat footnote dan sebagainya, seperti yang saya katakan, kalau ada kurang, tolonglah perbaiki, dan saya mencuri sedikit masa untuk entry ini.. syukran jazilan.

Friday, January 30, 2009

2 Gadis yang ku rindu..


Tengok muka kanak-kanak, rasa tenang sangat. Muka ahli fitrah, kerana mereka seperti kain putih. Takde dosa. Baru 5 bulan tak jumpa, dah banyak perubahan.Dah besar dah anak buah dua orang ni. Dua-dua dah pandai jalan, umur masing2 dalam setahun lebih, beza 2-5 bulan je. Gambar ni baru dapat dari adik semalam. Gambar ayah dan ibu pun dihatar. 
Nampak kedut-kedut usia yang kian ketara. Bukan sebarang kedut, tapi itu tanda orang yang banyak pengalaman, suka, duka, susah, senang. Cekalnya ayah dan bonda. Saya rindu..

Nurnajah Afeafah, Nurul Iman Batrisyia, Pak Alang doakan jadi anak solehah, Insyallah. Jangan nakal-nakal.

 "sayang-sayang Allah, sayang-sayang Nabi, sayang-sayang Ayah, sayang-sayang ibu~"




Tuesday, January 27, 2009

Shoe-ing out the president




Salams.

I found this interesting article written by Professor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd Razak;Vice Chancellor University Sains Malaysia (USM) on Bush retirement and change of American political view. It was published in New Sunday Times (NST) on Jan 18, 2009. For me, its better to read it from the actual sources so we able to see and understand how critical and humble he is in presenting his ideas.

http://notes.usm.my/VC's%20Article.nsf

Salute you , Dato'!

Saturday, January 24, 2009

Gaza: A Struggle for Humanity- updated jan 28

Event Info Host: Islam On Campus
Type: Education - Lecture
Network:Global
Time and Place Date: Tuesday, January 27, 2009
Time: 6:30pm - 8:00pm
Location: Reitz Union - Rion Ballroom
City/Town: Gainesville, FL

Description

As a result of the recent disproportionate, collective attacks on Gaza, Islam On Campus will be hosting a highly informative event on the plight of this tiny Palestinian territory.

In addition to recent military bombardment by Israel, Gaza has also been under an international blockade for over a year and half, led by Israel and the United States. Israel has enforced the blockade so vigorously that even emergency food and medical aid from international relief agencies such as the Red Cross, and even the UN, have not been allowed in.

Ahmed Bedier, Florida-based human rights advocate and radio show host, will be speaking on the topic.
************************************************************************************

*below is short-notes i take from his speech, there are powerpoint presentation on this which show many pictures. Anyway, you can searh on google/ wikipedia on unclear terms.

Have we heard about a child were trapped with their dead mother with few other dead body for weeks in Gaza?

In order to understand the situation in Gaza, we MUST look back at the historical facts.

History * he may skip few important dates, anyway these are among the big events.

1947- ISRAEL is not existed. During British occupied in Palestine, they promise a land to European Jewish at Palestine Land.

Jewish during that time undergo HOLLOCOST tragedy which been conducted by NAZI.

UN during that time also proposed partitions between Israel (55%) and Palestine (45%). Both parties (Palestine and Israel at that time does not agree).

Originally, Palestine land is owned by Palestinian people, Palestinian disagrees with the proposal. While Jewish do not want 55% of Palestine land. They want more than that, at the beginning.

1948- ISRAEL was born & so with Palestinian “Nakba”; catastrophe.

1967- Israel occupied 78%of Palestinian land by expansion illegal settlement & colonies on Palestinian land.

This also included Sinai & Golden Height. –

1993- Oslo Peace Agreement. (Yitzhak RabinBill Clinton, and Yasser Arafat during the Oslo Accords on 13 September 1993.)

2000- Camp David Negotiations- 18% Land for Palestine; Yasser Arafat era, Clinton.

September 2000- Intifada II

2001- Arial Sharon became Prime Minister

2003- The Road Map- 11% Land for Palestine.

Palestine cannot have border with other country, besides Israel. So, Palestine Land is separate to 2 “island”. Gaza Strip and West Bank.

Palestine under seige, from early beginning

-economy, national security and other affairs are control by Israel government, including Foreign Aid, utilities; water, electricity.

-illegal settlement in Palestine land will remain there. Jews can build building on Palestine land, but Palestine MUST have a permit to build anything on their land. Huh? Even for maintenance purpose. If not, Israeli will demolish the building.

-Principe of collective Punishment; in the name of security and defenses (Israel definition), if one militant fire up from one town, the whole town should be destroy, regardless WHO and WHY they are there, even CHILDREN.

-land confiscation for illegal settlement for Jewish only; means no Arab can stay there.

-land confiscation by pass road for Jewish only; only Jewish can use Highway. There is Israel military equipped with Helicopter and heavy armed to ensure only Jewish can use it.

-Discrimination toward Israel-Palestinian people. Jobless, they don’t have same right as Israeli-Jews does.

-Home demolition on  Palestinian land.

-Check point –the apartheid wall- 436 miles long, 25 feet high on Palestine land build by Israel.

-The Ghetthos- the gates have business time:

                745-800

                1400-1425

                1645-1700

Thousand of people have to wait at the check point, they are no transportation can pass through. Each time they pass a check point, they might have to wait for transportation from friend etc. Not all of them can make it in time as the gates only open 45 minutes perday, and sometime does not open at all for weeks.

This leads to hetric, violence.

Conflicts death toll since Sep 2000 until middle 2008

People Dead

Children Dead

Israeli

Palestinian

Israeli

Palestinian

1062

4897

123

1050

 

Home demolition

Israeli

Palestinian

0

18147

 

Prisoners

Israeli

Palestinian

1

10750

World talking about 1 Israel capture by Hamas, but none where report about Palestinian capture by Israel. Bias.

2005- Israel Unilateral Gaza “Withdraw”

-settlers forces to leave, paid USD 300K

-IDF pulls back to Gaza border- control Gaza, land, air, sea.

Israel also controls utilities, trade, borders.

2006- elections- Palestine. HAMAS won the elections. Few years before election, HAMAS stop suicide booming to show they ready to tolerate towards peace.

US- boycott HAMAS by stop all foreign aid to Palestine. However, they persuade FATAH to be on their side and formed military/ armed to FATAH; stop food/aid but at the same time formed armed?

July 2007, Gaza under control of HAMAS and West Bank is under FATAH.


GAZA?

25 miles x 7 miles

-50% are children, most dense population at that place.

July 2008- cease fire between Israel and Palestine.

November 4- Israel launched attack to Gaza strip. At the same time when world are focusing on USA Election Day.

December 19, cease fire ended.

Statistic from 12/27/2008 until 1/18/09 (may vary, because it not included people that die because of their own army bullet/ bombing).

People Dead

Children Dead

Israeli

Palestinian

Israeli

Palestinian

9

1314

0

412

*sorry, mistaken wrote 9 israeli dead as 1 people before. 

White Phosphorus- a weapon that used at battlefield only cause smokes and prevent enemy to see what through them. Anyway, this weapon is never permitted to be used in the city. But Israel used it on Gaza city! Cause huge causality in Gaza. As I mention before, Gaza strip is only about 25 miles times 7 miles.

Not all jews support Israel. They understand when Hollocust happen to their ancestor, they said "Never again"!. This should be implemented to all nation and races and not only jews.

Few jews group that againts Palestine seige.(www.jstreet.org)

Winter Maple~ Welcome

"Alhamdulillah.." aku menarik nafas lega seketika melihat kepada jadual bulanan yang disusun, apa yang dicapai dan dirancang. 

Bukannya seorang yang sangat sibuk berkejar ke sana ke mari seperti beberapa tokoh yang aku segani. Tapi dalam mengejar "ke hulu ke hilir" dalam memenuhi keperluan sunnatullah. Hidup lab ini mesti diteruskan.

Semester kedua di UF. Banyak yang dipelajari dari semester pertama. Pesan Prof Abu Hassan semasa di Sains kajihayat USM dulu, 

" If you gonna study like student in USM study, you gonna fail! I witness many good people cannot proceed/ fail because they study last minutes!"

 Benar kata beliau. Tapi dalam semester pertama juga mengambil masa untuk selesa. Diketahui, orang disini workaholic, sentiasa ceria (positive attitute), datang awal , dan pulang lambat dari hari seharian mereka. Hari minggu pun datang bekerja. Malu  rasanya..

Jika 20 januari merupakan tarikh America dan dunia menarik nafas lega kerana Obama, maka tarikh sebelum itu 15 januari merupakan tarikh menarik nafas lega bagi aku untuk kali pertama tahun ini. Dalam beberapa ucapannya, Obama ada menyebut, lebih kurang~ 

"..with muslim world, we seek for mutual respect & mutual interest ...and see that we  judge you by what you build neither what you destroy.."
 
"...and we seek hope than fear"

Lihat media di Malaysia menafsirkan "hope" dan "fear" yang dikatakan obama adalah politic of hope dan politic of fear. Rasa macam kelakar pun ada. Tapi ada kebenarannya. Obama mengubah beberapa perkara dalam masa terdekat. Laman web sukarelawan diwujudkan dalam membentuk USA yang lebih maju. Rekruit2 obama.Ken Guantanamo diarahkan tutup dalam masa setahun ni. Dia mempunyai pasukan yang baik. Err.. ada banyak benda kalau nak cerita pasal Obama ni. Cuma harapkan krediabiliti dan wawasan yang ingin dibawa oleh dia di permudahkan. Bukan sahaja bermanfaat kepada rakyat USA, tetapi juga kepada Muslim juga khususnya.
   
......

Rasa sudah terurus sedikit rasanya. Tak perlu mengusung ke hulu hilir beg, dan kalut mencari soket untuk laptop yang ibarat Maple yang berada dalam musim kemarau. Aku sudah berjumpa teman baru.

Mungkin teman baru ini tidaklah sehebat teman yang sudah lama menemani aku sejak beberapa tahun yang lalu, tapi sudah cukup mem
buatkan jiwaku tenang. Tidak lagi lagha @ serabut memikirkan banyak perkara. Kini aku sudah fokus.

Kadang-kadang perkara yang dulu tidak rasa perlu tetiba menjadi keperluan. 

Selamat datang "winter maple", teman baru! Doakan aku lebih produktif!















Hint: Maple; nama saintifik adalah Acer spp.
Snapshot adalah dari Aspire one netboook. :P

Friday, January 23, 2009

Malaysian table! Horeyy!

"Salams, I got your miscalls this morning. Sorry I didn't pick up the phone. I'm the middle of something.. So, wassap bro?"

Kataku memulakan butir bicara pagi ini. Cuba memujuk hati sahabat yang meninggalkan miscalled sebanyak 3 kali dan 1 SMS.

" Salams. That's okay. We have  Islamic Cultural Fair held next Thursday, and we try to get everyone from around the world to gather around and represent about their culture, etc."

sapa sahabat tersebut spontan dengan suara penuh girang.

"Huh? That sound interesting. So there will be people coming and asked Q? Is that what u meant?"

"Exactly. Well, you know. You can present Malaysian food, cultures, information, make an information board of them."

"Nice, nice. For sure that I will be interesting. But can u give me time to think about it?"

Ujarku padanya minta masa untuk berfikir kerana ada macam ada benda yang tak kena.

"Okay, no problem. Take your time."

"See you then. Salams brother.."


Punat cancel call ditekan.


Seronok.

PSA (Pakistani Student Association), HSA (Hispanic Student Association), dan beberapa persatuan lain dari China, Timur tengah di ramalkan akan membuka table pada hari tersebut. Tentunya meriah. Manusia dari pelbagai negara berkumpul dan berkongsi "rahsia" setiap negara.

Inilah peluang untuk bercerita tentang Malaysia dan menjawab persoalan yang bermain difikiran penduduk disini tentang Malaysia. Tapi bile teringatkan tentang makanan, kebudayaan, maklumat yang ingin dipamerkan masa 1 minggu, tiba-tiba angin sejuk menerpa dalam hati.. Rasa sunyi seketika..  


baru aku sedar kenapa..

Sunday, January 18, 2009

The simple talk.

Its amazing how the ideas can be delivered by those that non fluent English on certain occasion. Last Friday, one Khatib spoke about the important of time. He's probably from Africa, but the message of his khutbah were awesome and amaze all of us. He talked about TIME

"Brother, I would like to ask on what we do about our time? Do we WASTE it? SPENDING it? or INVESTING our time? Many people including me sometimes does not realize we do wasting our time. It has been said 1 day in akhirat is equal to 1000 years in dunia.

There is one book (i can't recall it now) that says, if someone live for 60 years, half of it is fill with sleeping. Meaning, 30 years is for sleeping and 30 years is awake. In 30 years awake, half of it is used to search food, favourities and work, which meant 15 years left. This particular 15 years is the time where we really used to WASTE, SPEND or INVEST.

During al qiamah, and at Masyar, do we think our ibadah is sufficient to obtain heaven? Heaven have it own dowry/mahar, the price is depend on time we consume it right now. Time have many defination in Arabic, ;zaman, etc. If we lost our house, car, wife@husband, you can obtain new house, car, wife@ husband. No problem at all. But if you lost time. Its gone. There are no other Friday like today, even you may say next week is also Friday, but it not can replace this week. That is time.

Remember 5 things before 5 things come, like our prophet says, young before old, rich before poverty come, health before unhealth, free time before busy and life before death. I call u all my brother and myself to act because we have all 5 luxious condition right now. And beneath that, all 5 after glorious time is sure to come. Definately. Don't be cheated by ourself that we are still young, because death have overcome more younger people than us"

That's pretty much everything that he say, simple huh? But it all tru. Some friend send me a wish during my birthday, " You know, yesterday is past, tomorrow is future, now is present. You know why they call it it "present"? Its a gift from Allah. Be thankful.

Ameen.

Sunday, January 11, 2009

GaZa PrOtEs di UF-updated

Gambar ini diambil semasa protes untuk Perang yang berlaku di Gaza. Program ni anjuran IOC (islam on campus). Mereka menentang Israel, tapi sebagai tiket untuk demo, mereka berdemo atas tiket hak asasi manusia, kerana terdapat ramai diantara penyokong Palestine bukan dari kalangan Muslim. Maka, demo bukan dibuat atas tiket Muslim

Namun, demo pada hari itu telah turut disertai oleh student Yahudi yang menyalahkan HAMAS atas apa yg terjadi. Maka terjadilah, "protes untuk protes". One groups multiple event. 3 penjuru sebenarnya. IOC, student Yahudi dan pihak neutral yang tak menyokong mana-mana pihak dan inginkan keamanan.  

Gambar di bawah bercampur aduk, saya cuba untuk menjelaskan situasi disini.

































































































*updated pictures from UF protest on Gaza, Thursday, Turlington Plaza, 10am-3pm. Jan 15. One event, multiple groups..
yg ada poster kutuk-kutuk HAMAS tu student Yahudi la. Yang sokong Gaza tu IOC.
********************************************************************************

Tahun baru 2009 mencatatkan peristiwa ketika para pelajar kembali semula ke kampus, boleh dikatakan setiap minggu perhimpunan aman dari para pelajar dan komuniti dalam menyatakan bantahan mereka terhadap apa yang berlaku di Gaza diadakan. Malah hari ini juga (1-4pm) dan minggu hadapan 15 jan demotrasi dilakukan oleh pelbagai kumpulan /komuniti yang tidak terhad kepada Islam on Campus (IOC) semata-mata, tetapi juga melibatkan kumpulan-kumpulan lain termasuk mereka yang beragama kristian dan segelintir yahudi.

10% Pelajar di UF adalah Yahudi dan pelajar Muslim kurang dari 1%. Majoriti Yahudi akan mengadakan bantahan terhadap HAMAS pada hari Isnin ini dengan berarak dari stadium ke downtown Ganesville. Pihak IOC pula akan mengadakan protes pada hari yang sama dan juga pada hari Khamis.

Tujuan perhimpunan ini diadakan bukanlah untuk menyatakan ketidakpuashati terhadap Yahudi, tetapi terhadap tindakan Israel yang melanggar gencatan senjata dan melancarkan perang ke atas tebing Gaza.

Melihat kepada senario mereka (para pelajar UF), perkataan KONSISTEN ke arah "peace" jelas cuba disampaikan kepada bakal presiden Barrack Hussien Obama yang akan menerajui USA pada 20 januari ini. Suara yang inginkan keamanan yang merujuk kepada hak asasi manusia.

Bukan sekadar demotrasi dan wang diperlukan oleh saudara kita di Palestin, tetapi yang paling penting doa kita semua, atau sebalikya. Buatlah Qiamulalail secara berkumpulan (seperti IOC lakukan malam tadi) @ secara bersendirian, yang mana lebih baik bagi pandangan kamu. Nilai ia bukan untuk nilaian sesiapa, tetapi tanda sayang kepada saudara seagama kita.

Hentikan apa yang berlaku di Gaza! Selamatkan Palestin!




Saturday, January 10, 2009

Miami de tour: updated :bot tour
















Hi, here is the few pictures during our boat ride, in Orlando, FL. No alligator pictures, sori.:(

As I say, pictures tell more story than words. Enjoy!



Monday, January 05, 2009