Posts

Showing posts from 2008

Gadis Philipina & 2 Lelaki itu.

Image
Dalam perjalanan ke University Avenue, dari jauh terlihat seorang gadis bertopi , berbeg galas berjalalan laju dari satu kedai ke kedai yang lain. Bukan sengaja dipandang, tetapi gadis Philipina terutama Asia (kecuali China dan India) adalah pemandangan yang bukan biasa di sini. Aku berhenti kerana lampu merah, dan menekan butang untuk pejalan kaki melintas. Dipandang langit suram, dan hujan renyai-renyai mensusuli sepanjang perjalanan. "dah boleh jalan". Kataku dalam hati sambil mula melangkah ke seberang jalan. Jalan raya tidak begitu sibuk kerana pada masa ini cuti, kampus dan pekan Gainesville memang macam pekan mati. Disini tidak sibuk, udara bersih, dan boleh dikatakan kebanyakan penduduk disini terdiri dari pelajar UF. Sambil memerhatikan sekeliling, dan beberapa orang mengisi minyak di Kanggaroo gas station, pantas aku melangkah ke destinasi, Kabab House untuk makan malam. Kelibat gadis itu tidak kelihatan. Mungkin dah pulang agaknya. Tiba-tiba, muncul gadis tersebut

Love Vs Lust

Image
Salams,  Bukan mudah bagi lelaki mengatakan YA pada cinta sebenarnya, dan amat sukar untuk membezakan antara cinta dan nafsu. Cinta lelaki kadang-kadang bersalut tepung nafsu. Tidak dapat tidak, bagi lelaki yang masih keliru untuk membezakan cinta(love) dan nafsu (lust), izinkan saya berkongsi sedikit pandangan. Wajar jika saya katakan lelaki ini adalah makhluk yang amat sensatif emosinya, kadang-kadang lebih dasyat dari wanita. Sikap merajuk, cemburu ibarat silence killer pada lelaki tersebut dan juga pada temannya. Wahai lelaki, sebelum kamu mengatakan cinta, tanyalah diri, adakah perasaan itu mendatangkan tenang pada jiwa kamu @ adakah perbuatan kamu ini mengganggu emosi wanita? Jika panas yang dirasakan seperti membara dihati, adakah itu cinta namanya? Dan jika kamu berasa tenang bila teringatkan dia, bukankah itu cinta juga? Sememangnya kaum Adam ini kadang-kadang buta dalam mentafsirkan cinta. "API cinta kami panas membara, tak mudah padam!  "Saya tak pernah terasa'

Miami de Tour: MaJoRiTi & KeTuA

Image
Jumaat lepas kami berempat bertolak ke Miami, dan bertemu dengan orang kelima disana (Malik dari NewYork). Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke Orlando.Dengan berbekalkan pakej percutian yang menawarkan penginapan di Ramada Hotel/ Resort untuk 5 malam, maka tarikh 19- 24 december diberi oleh pihak penaja. Tarikh selepas itu, semasa krismas dan tahun baru tidak diberi, mungkin dan memang disebabkan oleh permintaan yang tinggi semasa tarikh tersebut. Walaubagaimanapun, 6 hari dengan sebuah kereta sudah cukup untuk menerokai Selatan Florida (Selain key west; pulau-pulau kecil yang dihubungkan oleh jambatan dan bahagian paling selatan Florida). Saya (malaysia), Adeel (Pakistan), John (American) dan Khalil (Egypt) bergegas menyiapkan persiapan untuk melancong pada saat-saat akhir, meskipun perancangan telah dibuat awal-awal lagim kerana peperiksaan tamat pada hari khamis sebelum hari perlancongan. Masa yang diambil adalah selama 5 jam perjalanan ke Miami dari sini. Alhamdulillah, selep

KeKaSiH DiHaTiKu.

Image
Ah, "rindu awak, sayang awak", ungkapan yang popular pada satu ketika. Bagaimana perasaan bila jatuh cinta? Makan tak kenyang, mandi tak basah, hidup tak tenteram, kemana sahaja teringat dia, Cinta fitrah saya yakin semua amat arif. Yakni jika orang di Barat berbincang tentang kisah pengorbanan terkorban Romeo dan Juliet kerana cinta?, Kita sebagai Muslim ainulyakin Adam dan Hawa pula lebih terkenal dengan berkorban kerana cinta dalam mendakap mardhatillah, selepas diijabkabulkan.  Tanyalah hati, yang mana lebih mendatangkan ketenangan?  Cinta hakiki pula bagaimana? Salahkan mencintai seorang manusia, atau patutkah tidak mencintai sesiapa untuk mendapat cinta hakiki? Ini adalah persoalan yang bermain-main di fikiran kita, selalunya. Ditinggalkan cinta nafsi, terus sahaja meratap merayu kepada cinta hakiki, namum setelah cinta fitrah nafsi mengetuk kembali, sukar untuk mendakap cinta fitrah kembali. Dimana silapnya? Siapa sebenarnya kekasih dihati? SURAH AT TAUBAH, AYAT 24 : F

Jalan-jalan cari makang~

Image
Disebabkan Ruxandra Gala, "visiting scientist" dari France akan meninggalkan lab kami Sabtu ni, maka kami ada la makan2 kat satu restoran Jepun, known as Fiji Sushi. Best makanan kat situ, tambah2 plak di belanja supervisor. Hehehe. Pilihan hatiku? Mestilah Salmon Teriyaki Bento. "Bento" ni kalau tak silap bekal makanan utk lunch dalam bahasa Jepun? Kalau korang tengok movie jepun @ baca manga, bekal makanan untuk lunch tu la bento.  Bento ni kalau tak silap salah satu cara seseorang mengekspreskan dirinya dalam usaha untuk mentranskripkan hasrat hatinya pada seseorang, dan penyediaan dan menu menunjukkan betapa orang tersebut dihargai. Itulah kot falsafah disebalik bento. Bleh cari google tgk details. Dinosour roll, dan satu lagi tak sure pedia, nampak best. Ada nampak macam popia dalam pakej bento, tapi mujur terdengar depa dok sembang2 ," Hm, it taste good, is it chicken or pork?". Errkk.. putus selera utk 'popia' tu. Cakap pasal makanan, jalan-

This semester is done!

Image
I'm now in UF. I'm just completed my final exam for this semester on Tuesday this week. It not easy though, and not hard either. Choices to be Master candidate require absolute commitment, plus hard labor on class and research. Need to balance both. In Malaysia, if we referring about research, we apply exact same format as UK education, but US and Canada don't.  Each semester minimum 9 unit to take, and for Msc 30 unit is need to complete the degree. PhD is more demanding, with 90 unit, plus presentation and defense research proposal. Study group? I can say it almost IMPOSSIBLE to do it like traditional way; sitting around in a group, do discussion etc- because each one have to watch their own back. Anyway, the method and approach to implement the mechanism can be done. Especially through email, online group discussion etc.   Moreover, like I say before, here is not a place to fool around. Honeymoon semester is over. How about the classes are they good? Excellent? Well,

Mata seorang lelaki.

Image
Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, ana rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. PAY ATTENTION… GIRL….. DAH START DAHH NII Apabila seoran

Masa itu emas- unplugged

Image
Salams,  mungkin klasik bunyinya bila memberi tajuk "masa itu emas". Org tua dulu2 ada pepatah yang pendek tapi penuh makna. Orang sekarang mungkin kata, " Masa itu duit" dan sebagainya. Tapi nilai emas di pasaran sekarang lebih tinggi dari nilai matawang yang tak tentu punca. Nak kata "berharga" masa itu. Insyallah, cuba nak jadi workaholic walaupun tak minum horlic. Nak jadikan lab sebagai rumah pertama dari rumah yang disewa sekarang ni. Hm, bercakap pasal  "integrating sunnatullah and syariatullah",  bukanlah satu benda yang mudah, jika kita menambah perkataan "istiqamah" atau konsisten. Dah terasa jugak kesan biolnya kepala jika kerja lebih dari 8 jam sehari. kena rehat bersama kit kat selama bebrapa jam dan sambung semula. Di lab dan office la nak buat kerja dan serius untuk melaksanakan tugas. DI rumah, pelbagai tanggungjawab kena dilakukan sebagai tukang masak, tukang kemas rumah, tukang cuci tandas, tukang bertukang yang mengal

Issue on Malaysia fatwa againts yoga.

Hi  my friend here asked about Malaysia fatwa on yoga, and somehow feel nonsense act have been taken by Malaysian government. After reading this post, I then do understand why he respond like that. We need to realize, sometime international media do report things far beyond it accuracy, and always jump to different perspectives. Here is the link to BBC news where he get  link from. http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/asia-pacific/7743312.stm Unfortunate for those who cannot read Malay language, because all the discussion and explaination cames from local newspaper and blog. I wonder why it is not a favor for those who seeking materials before gazette. However , here is the link (for those who can read Malay language): http://www.malaysiakini.com/news/93565 I also translated the article above for English reader. Long story short, you can practise yoga as an exercise, but not systematically until nirvana. Gosh, I wonder what are other things that international miss report about us. *Sigh. “

Eidul Adha di Gainesville

Image
Raya haji disini macam biasa, Tiada kerbau mahupun Bison terkorban. Selepas solat berjemaah, kami mendengar khutbah, dan setelah itu makan beramai-ramai di Hoda Center. Alhamdulillah. Kali pertama beraya di luar dari tempat sendiri. Terasa amat ukhwah dikalangan Muslim. Dalam kesibukan melihat betapa ramainya umat yang jarang2 dilihat mukanya ( kecuali bulan Ramadhan , Solat Jumaat & HAri raya), terpandang satu jejaka memakai songkok putih berambut panjang melepasi bahu.  "Macam orang Indonesia ni"> kataku dalam hati, perlahan, PERTAMA kali jumpa dengan rakyat negara jiran. A'an, Anum dan Rangga. Mereka dah bermastautin disini 2 tahun. Ada juga kami bertukar2 maklumat tentang jumlah orang yang ada disini. Tapi jumlahnya amat kecil, mungkin mereka satu-satunya keluarga Indonesia yang menetap di Gainesville, tidak termasuk dengan Daniel ( seorang lelaki Cina Indonesia yang sopan santun yang kujumpa di Presiden House semasa International Student Orientation day). Raky

Bosnia in Focus: Bosnian Genocide Event

Image
Islam On Campus (IOC) organize an raising awareness event about the Bosnian Genocide that occurred in the early to mid 1990s, one of the most tragic events in our recent history, and stand with the Bosniak people in solidarity.   Date: Thursday, Nov. 20, 2008 Time: 6:30 pm, Doors open at 6 pm. Location: Rion Ballroom - Reitz Union at UF Background: During the 1992-95 Bosnian War, Serb forces engaged in ethnic  cleansing of the Bosniak population, the culmination of which  resulted in the Srebrenica Massacre of 1995, which has been  declared a Genocide by the International Court of Justice. These  tragic events belong to one of Europe's most recent, yet lesser  known genocides. The United Human Rights Council estimates that  there were as many as 200,000 killed and millions displaced. Keynote Speakers: Mirsad Krijestorac Born in 1967 in Kosovo, Mirsad is one of the founders of the  Balkan Multimedia Association of Arts, a freelance reporter for  many publications in the countries of

from august it suddently november!!

Hi everyone, salams, and Assalamualaikum. Hope you guys are fine and do not wonder around about this blog status whether its dead or life? The reason i start wrting again in this blog because friendster blog is lame, and annoying, especially when they do their maintanance which totally change my setting, pictures that I added seems broke, etc. They should make a survey though, but, hey what can we say, its their server. lol Its has been 3 month? since I came here. Well, with location are pretty remote/ edge from campus heart, I rarely came to Reitz Union and interact with undergrade student except for classes I attended. Less speak, less interact, make my pronounscation less sharp and somehow missunderstood by non naive speaker. No offence! I also sometime do not understand them, May I beg your pardon "please"? (british man are sure polite) With my undergraduated background in biotechnology, I have to learn from the scratch for plant physiology and things related. Its not eas

IOC Game night!! UF

Image

asignment- A LOT

there's a lot of things to do nowdays, less time for blogging

New blogs, new hope!

Image
Salams, There are few advise from several Professor on my MSc and a brief briefing about live in US as a student, and I would like to share to all. Not only i think it will benefit but as a good reminder for me. I write this on a spirit and full energy, and hopefully the spirit will be charge back after read this post again and again. I do my experiment at the very last moment and pray that it all will go smooth. Nearly at 11am, Dr Yahya Mat Arip give me a few advises on airport and Immigration. According to him, there will be no problem on meal if by MAS ( KLIA to LA), but if we are looking for Muslim Food or Halal Food, the US Airways will not preparing it for us. Instead, Kosher meal does not taste good, and taste odd! SO, he advise to book for "Sea Food" as another excellent alternative. The question is, whether the food will be mix up with alcohol etc non halal product? No, because US system are very straight and restrict. Sea food contain only sea food without adding of