Posts

Showing posts from April, 2017

Kantoi

Image

Conditional Pass

Image
Bismillah, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menetapkan perjalanan, ujian, dan nikmat untuk hambaNya. Setiap kesukaran ada kesenangan. Dan Sesungguhnya dalam setiap kesukaran ada kesenangan. Jumaat lepas saya baru selesai exit seminar selama satu jam untuk public Audience. Kami sepatutnya bermula pada jam 1 pm. tapi saya sudah pun berada di dalam bilik seminar seawal jam 8 pagi. melihat slides yang disediakan, dan menyusun makanan dan minuman yang dibeli malam tadi. Menyusun sendirian. Berbaju rehan, berseluar khakis cream, berkasut aqua hitam, dan berbaju sejuk hitam merupakan tema untuk presentation saya ini. Bismillah, memang saya harapkan semua berjalan lancar. Dissertation telah pun diberikan kepada semua committee members seminggu sebelum itu, yang dikira juga agak terlewat, kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Kami tidak mempunyai masa lagi. Kurang 15 minit jam 1 pm, penyelia saya pun sampai. Sebelum itu saya pergi ke officenya dan