Terlewat 15 hari.
Ramadhan telah pun berlalu hampir separuh bulan. Maaf dengan entry yang terlewat. Ada apa dengan Ramadhan, apa yang ingin dicapai sebenarnya? Aku terkusut masai memikirkan perkara ini, terlupa sudah terang lagi bersuluh,
Syeikh Ammar berkata semasa khutbah jumaat minggu pertama Syawal,
“ Dengan Ramadhan hanya 1 perkara sahaja yang menjadi idaman setiap hambaNya, hanya ada 1 sahaja keputusan yang mungkin keluar dari bulan tarbiyah Ramadhan, iaitu TAQWA!
BUAH TAQWA
Benar, hanya 1 sahaja hasil dari latihan Ramadhan, tapi manfaat dari taqwa adalah sejuta! Kerana Allah telah menjanjikan bahawa orang yang benar yang berpegang teguh pada tali Allah, dan ajaran yang dibawa oleh kekasihNya, Muhammad saw akan mempunyai taqwa yang amat kental.
Bertapak kepada pembinaan mahkota diri, mahkota cita-cita, mahkota kebijaksanaan, yang mana setiap mahkota itu berada dibawah kemashyuran dan keredhaanNya, orang sebegini sentiasa dalam kemenangan.
Maka setiap nikmat itu diletakkan ditangan, bukan dihati. Seperti para sahabat yang mengagih-agihkan harta yang ada pada mereka, ibarat menyingkirkan tanah basah yang melekat ditapak kasut selepas hujan.
Selesai sahaja bulan Ramadhan, 1 Syawal perlu diraikan dengan kegembiraan, kemudian dengan penuh keinsafan dan tawaduk memohon kepada Allah supaya Ramadhan kami diterima, amal kami diterima, kesilapan kami semasa bulan penuh Mubarak itu diampunkan.
6 BULAN
Diriwayatkan para sahabat baginda RSAW memohon kepada Allah supaya menerima amalan Ramadhan yang lepas selama 6 bulan penuh pengharapan.
Bulan Ramadhan yang menjadi bulan rindu, bulan diri berbulan madu dengan kesedaran berpakejkan keimanan, yang diakhirnya buah taqwa terhasil dan dinikmati sebagai bekal untuk perjalanan masa yang panjang, roda 11 bulan, sebelum bertemu Ramadhan seterusnya.
6 bulan selepas Ramadhan berdoa supaya Allah terima amalan, ampunkan kekhilafan, disusuli 6 bulan kedua supaya Allah panjangkan umur supaya bertemu dengan bulan kelazatan, bulan taqwa, bulan Allah, bulan yang dilipat gandakan amalan.
Terhenjut jantung bila ada seorang Imam mengingatkan selepas solat,
“wahhai saudaraku, Ramadhan telah pergi untuk tahun ini, Ahlan wa shahlan Eidulfitri. Untuk kekal dalam suasana tarbiyah Ramadhan, kekalkan sentiasa membaca Quran, istiwamahkan qiam, biar withir 1 rakaat setiap malam, moga istiqamah, kerana Allah akan menjaga hambaNya yang benar2 mencintaiNya.”
Sambungnya lagi dengan mata berkaca2,
“Seandainya kita menjadi lebih baik selepas Ramadhan, ini bermakna Insyallah itu adalah tanda2 amalan Ramadhan kita sudah membuahkan buah taqwanya. yakni, setiap amalan baik yang dilakukan akan disusuli dengan amalan yang lain.”
Ditakuti bila sikap dan perangai kembali seperti sediakala selepas berakhirnya bulan Ramadhan ini, malah tidak berubah dan makin menjadi2. Bulan Ramadhan hanya dijadikan sebagai bulan ADAT, bukan bulan IBADAT, amat ditakuti Allah SWT sedikit pun tidak memandang kepada amalan hambaAllah tersebut.
AMEEN,AMEEN, AMEEN!
Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhuma:
أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.
Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.
Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.
Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” (Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644).
Pada ketika lain bertanya sahabat yang lain kepada baginda, meskipun Ramadhan telah berakhir, tetapi mengapa manisnya taqwa itu tidak dapat dirasai wahai Rasullullah?
Baginda menjawab, “Apabila manisnya taqwa itu tidak dapat dirasai, maka tibalah masanya untuk menziarahi hati”.
yakni bermakna bermuhasabah melihat kembali penyakit hati, ada banyak, rasanya senang untuk dicari sendiri. (betul tak?)
Cukuplah setakat ini, Eid Mubarak!
------------------------------------------------------------------------
La, ayah ada kat sini ke, semua dah tunggu kat atas tu, mari la naik makan. tegur Syawal kepada ayahnya En Ramadhan.
Sambil tersenyum dengan ditangannya kemas tergenggam senaskah buku latihan 70 mukasurat Pakcik Ramadhan bertanya,
Buah apa tu nak?
Buah mana pak? ooo, buah taqwa tu. jawab Syawal
Buah apa? tanyanya lagi
Buah taqwa. jawab syawal lagi
Buah apa?
Buah taqwa ayah
(selepas 5 minit).
Buah apa?
Ayah ni purak2 tak tau kura2 dalam perahu ke? Saya kata buah taqwa, buah taqwa la! terberang sedikit Syawal.
Tersenyum Pak Ramadhan lalu berkata,
Oh, nah baca buku ni…
Melirik mata syawal membaca setiap butir kata yang tersusun itu. (hahahaa)
*sila2 tambah perisa kisah diatas, rasanya korang tahu lepas ni jadi apa. :)
http://www.youtube.com/watch?v=I4a4ThMUlEk
“anak murid tumpang belajar”
heh. :P

yakni bermakna bermuhasabah melihat kembali penyakit hati, ada banyak, rasanya senang untuk dicari sendiri. (
Cukuplah setakat ini, Eid Mubarak!
------------------------------------------------------------------------
La, ayah ada kat sini ke, semua dah tunggu kat atas tu, mari la naik makan. tegur Syawal kepada ayahnya En Ramadhan.
Sambil tersenyum dengan ditangannya kemas tergenggam senaskah buku latihan 70 mukasurat Pakcik Ramadhan bertanya,
Buah apa tu nak?
Buah mana pak? ooo, buah taqwa tu. jawab Syawal
Buah apa? tanyanya lagi
Buah taqwa. jawab syawal lagi
Buah apa?
Buah taqwa ayah
(selepas 5 minit).
Buah apa?
Ayah ni purak2 tak tau kura2 dalam perahu ke? Saya kata buah taqwa, buah taqwa la! terberang sedikit Syawal.
Tersenyum Pak Ramadhan lalu berkata,
Oh, nah baca buku ni…
Melirik mata syawal membaca setiap butir kata yang tersusun itu. (

Comments