Tuesday, March 31, 2009

Windows LiVe Writer. Uih..

Salams & hey everyone!

When I was downloading updates for Windows Vista, I was stumble over an optional update; Windows Live Essential. One of the awesome software is Windows Live Writer, is power tool to update our blog, editing,uploading as easy as using Microsoft word.

Vista? Its not too bad. I’m a Vista user for almost 2 years and a half. XP user since secondary school and still have them installed in my netbook. However, drastic changing from XP to Vista really give trouble to many people, as Vista need double performance of CPU and GPU for optimum operation. After ~2 years it in the market, more bad critique than positive comment we heard. Especially from XP single core processor user.Its really tarnished Vista reputation, and Microsoft have to figure out how to escape from this crisis.

That’s why they came out with Windows Seven; much smaller kernel, more stable and “light” compare to Vista. By hoping they can win back over the  OS user back. They also have updated Service Pack 2 for Vista! If you are XP user, you must understand how SP2 XP work tremendously better compare to SP1.

For Malaysian Vista user, if you brought Vista after May 2008, you might get a free update for Windows Seven. yea~~

Sorry guys, I was like too lazy to search for those informations again & put linked. You can find these informations easily by “googling” them.

Of course, you need to have live or hotmail ID to use windows live essential. Actually, its optional, not essential. :P

wlw

at temptation to upload pictures! Never been so easy before!

Still, I have a problem to upload videos. Need to check my server connection.. hurm.

PasCa DeMaM. \(^;^)/



Alhamdulillah! 

Getus hati aku sambil menarik nafas lega. Dah berakhir.. 


“Thank you for coming. I was really nervous and feel like crying. Haha” kata aku kepada beberapa orang yang mencucapkan tahniah. 

“Nah, you doing just fine. DO NOT have to be nervous, they just human” kata salah seorang daripada mereka sambil tersenyum. 

“Good job! This is first time I heard your voices!” ujar seorang lagi teman yang mengambil kelas journal club pada semester yang lepas.  Kami sama-sama tersenyum. 

“Thank you” kataku berulang-ulang kali. Bersyukur pada Allah ia sudah berakhir. Bukan sebagai penghabis , tapi pemangkin kepada perjalanan yang masih panjang. 


Pada semester ini aku baru kebah dari demam yang panjang…

 

DEMAM. 

Pada semester lepas aku tak sedar berada dalam culture shock; sehinggalah berbincang dengan beberapa pensyarah setelah membincangkan prestasi pada semester pertama. Prestasi biasa sahaja.

 

“You are just too SHY”.

 

“I understand, you just come to new environment and need time. You will be okay”.

 

Bermacam-macam lagi.

 

Tersentak bila mendengar kata-kata sebegitu. Tak sedar dalam demam culture shock, sehinggalah orang memberitahu..muhasabah sentiasa perlu dibuat..

 

UBAT

 

Cuti Spring break lepas benar-benar member dosage yang kuat untuk pemulihan dari demam. 

Terima kasih kepada group wonder pets! Di sini, hanya dua orang sahaja Malaysian. AKu dan Sharon; merupakan lepasan ijazah salah sebuah university di Oregan. 

Demam tak kebah jika simpan sendiri. Kebanyakan Graduate student boleh la berkata, “it only gonna take few month, after that you will be okay”. Rakan senegara mereka ramai disini. 


Terlalu ramai rakan dari negara boleh jadi perkara yang baik, dan juga kurang baik. Terpulang pada situasi. 

Balik dari Spring break terus aku berkata pada advisor; “ I just recover from a long fever…”.

Dan berita baik itu disampaikan.. Kami sama-sama ketawa.

 

SEMINAR

Baru sahaja selesai memberi proposal seminar di hadapan faculty members & graduate students di sini.


Jumaat lepas mendapat nasihat dari advisor.  “Do not read the slides. Try to remember the key point”. Aku sangat gemuruh dan  latihan yang sepatutnya mengambil masa 30 minit menjadi 2 jam!

Dua minggu sebelum itu (selepas Spring break), kalut menyiapkan presentation slides. Teringat kata Pedu “Waktu cuti ini la nak jalan tak hengat, waktu semester berjalan mengadap labwork dan buku”. 

Dua minggu yang tak tenang. Berantai-rantai YM dan skype ditanya kepada nama yang ada di list. Bagaimana untuk member seminar berkesan dalam English. Terima kasih pada tips2 anda.  Nazmi, tips hang best!

 “Make a conclusion to conclude all information we present. Remember the key point of each slides” 


EXPECTATION

 

It’s not hard to meet the requirement, but it’s more difficult to meet the expectation” kataku pada Kevin (advisor) apabila ditanya samada aku okay atau tidak selepas semester pertama.

 

Requirement & expectation..

 

Hari minggu dua hari sebelum ini ibarat zombie. Tak mau pikir banyak. Takut.

 

Penting untuk memberi first impression pada department yang baru.

 

Dua presenter dalam 1 minggu.

 

“Now, we go to our second presenter for today, Mr…” selepas itu, aku tak dengar apa-apa.

 

Dengan lafaz Bismilah (dalam hati yee), “Thank you Dr Chase. Thank you for coming to my 1st research progress seminar…”dengan senyuman semanis mungkin ( hahahahah)

 

Selepas 30 minit, bilik yang dipenuhi 50 orang itu ramai-ramai ketawa dan semua menjadi kawan.. Aku pun gembira.

 

Alhamdulillah…ini baru permulaan..?

 

Semasa menulis entry ini sekilas teringat;


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." Al Hujaarat; 13

Benar katamu Ya Allah.

 

 


ps: gambar ini diambil semasa hari raya aidilfitri. takde kena mengena dengan seminar. Kalau sama pun mungkin baju yang dipakai. \(^;^)/ 

Friday, March 27, 2009

OpTiMis DaLaM LiMiT

Insyallah esok exam pun malam ni tak perlu la study sangat, kalau dah terlulis di Luh Mahfuz Berjaya, Berjaya juga. Usaha ini alat sahaja. Yang menentukan Allah!

Ujar Kasim kepada Sawal. Senyum sahaja Sawal bila mendengar.

“Optimisnya kau. Kalau asyik  bee-zzz memanjang, kelas jarang datang, tutorial jarang buat, takut nanti jadi fitnah kepada diri sendiri”.

Menggeleng-geleng Kasim mendengar kata Sawal. , “Anta tak faham.  Ana yakin Allah sentiasa membantu hambaNya yang berjuang dijalannya.”

Tersenyum lagi  Sawal bila Kasim berhujah begitu.Sudah pandai ber'anta-ana" sekarang. Semangat. Baguslah begitu.:)

“Allah tidak akan membantu sesuatu kaum berubah melainkan jika kaum itu sendiri mengubahnya.. Kata kunci, USAHA!” tegas Sawal menekan.

"Ana yakin dan bertawakal kepada Allah”. tersenyum Kasim berkata.

“Rasullullah SAW pun bertawakal. Tawakal baginda tetap juga menambat buraq di luar masjidil aqsa. Tidak dibiarkan begitu sahaja”. 

Sawal berkata bersahaja, mencucuk pinggang Kasim dengan jarinya, sebelum kedua-dua mereka menaiki bas yang berhenti di depan mereka.

Kadang-kadang semangat yang membara secara tiba-tiba ibarat api yang dituang minyak. Marak menyala. Namun lama kelamaan jika tanpa pohon2 kayu ilmu dan amal, ditakuti maraknya api itu takkan lama.

Optimis, perlu kepada limit. Berpijak di bumi nyata, perlu kepada usaha, doa, dan bukan bertawakal semata-mata. Kita hanya orang biasa..

*********************************************************************************

Mengeluh..

Tak sedar sedang mengalami demam “culture shock”.  Tak sedar kita adalah begitu dan begini… sehinggalah ada orang memberitahu..

OPV (Other people view) berbuih-buih Dr Amirul Ashraf memberi kuliah Kemahiran berfikir.. Pelbagai warna topi dipakai untuk berfikir, “hitam, merah, hijau, putih , biru”? Semua sudah merasa. Seronok untuk cuba memikirkan cara berfikir satu persatu dari perspektif yang berbeza. Berfikir secara sihat itu “topi” seorang muslim”.  :D

Edward de Bono adalah salah seorang pakar pemikiran dari Barat, dan mashur juga dari bidang physiologi. Dengan Topi pelbagai warnanya. :P

 

Pentingkah OPV?

Di pekan pertama seorang ayah tua & anak muda yang kecil berjalan seiringan dengan keldai mereka yang memikul barang. Kemudian ditegur oleh orang ramai; " Kasihan anak kecil itu dibiarkan berjalan, kan ke lagi elok kalau dibiarkan dia menunggang keldai". Mendengar kata itu, ayah mengangkat anaknya keatas keldai dan meneruskan perjalanan.


Sampai ke pekan seterusnya, orang ramai berkata; Apalah anak muda itu, membiarkan ayahnya yang tua dibawah, sedangkan dia sedap2 menunggang keldai” Lalu turun anak tersebut, lalu meletakkan ayahnya di belakang keldai itu

 

Masuk ke pekan yang lain, "Apalah orang tua itu, anaknya dibiarkan berjalan, dia sedap-sedap menunggang keldai.”. Lalu naik ayahnya bersama2 anak tersebut ke atas keldai itu.


Sampai ke pekan yang lain, Kesian keldai itu, apalah ayah tua dan anak muda itu, tidakkah mereka berfikir akan kesusahan keldai itu menanggung terlalu banyak beban?”


Di pekan yang baru, orang ramai tercengang melihat seorang lelaki tua dan anak muda memikul keldai masuk berjalan ke pekan mereka. Tidak lama kemudian, terdengar suara, “Apalah….( dan seterusnya)”


Terlalu mendengar kata-kata orang boleh menjadi sangat meletihkan.

 

Suasana & Islam.

Islam itu yang sepatutnya membentuk suasana, bukannya suasana itu yang membentuk Islam. Jika nilai Islam itu dinilai dari mata masyarakat semata-mata, bukan Islam syumul yang akan didapati.


“Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”.-hadith


Orang boleh berkata. Mendengar dan memahami serta menimbangkan pandangan itu adalah perkara yang wajar, tetapi kerelevalan membuat keputusan terletak diatas bahu masing-masing. Timbang-timbanglah dengan neraca Ilmu dan Aqal.

 

Kalau bergaul cuba elakkan ikhtilat (pergaulan bebas antara bukan muhrim)

Kalau makan, makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang, makan makanan yang baik-baik.

Kalau tidur, selepas isyak tidurlah segera agar mudah untuk bangun tahajjud  Fajr, jangan tidur berlebihan.

Kalau bercakap, bercakaplah yang baik-baik, jangan terlalu banyak berkata-kata, takut nanti kerana lidah badan binasa.

Kalau kita fleksibel, limitnya adalah ajaran agama. Tak semua boleh disapu "bersih". Untuk kebaikan diri kita juga.

Dan sebagainya..

begitulah pesan orang kepada aku sebelum ke sini.


Don't get me wrong, its good to be optimis!


click here if you cannot view this video

(thanks Jep for the video!)

OpTimis dalam limit?

 We’ll be okay. \(^;^)/


p/s: menghunus keris sambil mengucap takbir? Buleh?

Friday, March 20, 2009

wonder pets di WDC










Spring break sudah berlalu minggu lalu. Malam ini, selepas menyiapkan powerpoint presentation untuk department seminar dan di submit kepada advisor untuk dinilai, sedikit masa diambil untuk mengabadikan kisah Spring break pertama di sini.

Di sini, cuti tak banyak. Kalau ada pun 1 bulan, paling panjang di bulan Disember. Bulan -bulan lain, amat jarang rasanya. Hanya kerja menunggu. Minggu lepas, Kak Tini dan Kak Shida yang berfungsi sebagai drebar membawa iron cheff ( sebab kena masak) ke WDC, untuk melihat cherry blossom. Fasa untuk blooming adalah pada peringkat kedua dari keempat kalau tak silap. 

Tunas sudah pecah, setelah GDH dipenuhi, tetapi tidak mekar berkembang. Mungkin bulan april nanti agaknya dapat dilihat. Boleh check di sini


Perjalanan menaiki kereta mengambil masa ~12 jam jika tanpa henti. Khamis malam sampai, dan dua hari dipenuhi dengan lagu tema wonderpets. Apa yang penting? KERJASAMA!!



Thanks guys. I truly have a blast in WDC. Terubat sikit rindu.


Di sini, main betul-betul. belajar betul-betul. Makan betul betul. tidur betul-betul. berjalan pun betul betul,

betul betul betul~

return to lab cycle.. again..( dengan lagu tema X files)

"work- work work, good good good!"tergiang2 suara advisor, Kevin menyanyi di lab.

Wednesday, March 18, 2009

Terima kasih RSAW.

Salah satu hadith yang sangat bermakna untuk aku, seorang yang panas baran. Terima kasih
nabi. Memberi kekuatan dalam melayan kerenah manusia.  

Daripada Abu Hurairah r.a.:

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Kefahaman Hadis:

1) Marah - pengenalan - punca/ sebab-sebab yang boleh melahirkannya.

2) Marah/murka Allah - thabit sifat ini pada Allah dan tidak boleh dita’wil lagi, (al-Fath : 6) (Thoha : 81) - yakin sifat marahNya tak sama dengan makhluk.

3) Sifat marah yang dicela : Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki hamun, mencela, memukul dll.

4) Sifat marah yang dipuji : Apabila mempertahankan yang hak, melihat kemungkaran dan apa yang dibenci oleh Allah.- contoh : rujuk hadis- hadis mengenainya, kisah Musa bersama kaumnya,Yunus bersama kaumnya.

5) Cara untuk menghilangkan sifat marah :
Doa - agar dibimbing oleh Allah.
Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapatmengawal dirinya - bidadari di Syurga.
Ta’wiz dari syaitan / ambil wudhu’.
Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.

Pengajaran hadis:

Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain.

Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk.

Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan marah.

Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah, namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.

*****************************************************************
terima kasih RSAW..
*****************************************************************

Wednesday, March 11, 2009

Bila Jari Jemari ini menari.



Bila jari jejemari ini menari,

Di pentas kekunci papan notebook,

Ada hidayah yang ingin diabadi,

Ada cerita ingin dikongsi,

Ada nukilan ingin dirasa,

Ada khabar dalam gembira, dan duka

Menulis bukan sekadar sahaja-sahaja,

Alunan sepi bicara sendiri,

Kerana khabarku ada disini.

 

Bila jari jemari ini menari,

Iktiqad mahu memuhasabah diri,

Dekatkah diri pada cinta Rabbul izzati,

Rindukah kalam Nabi terakhir pemulih kalbu,

Dalam menyentak ilusi nafsu,

Niat bukan untuk mengajar,

Aqidah, Ibadah, Muamalah, Siasah dan Jinayah

Tidak pun sedebu aku miliki,

Jelas akan lompang celaan,

Tok guru, berkatilah kudus hatiku mengejar,

Anak murid daif tumpang belajar

 

Bila jari jemari ini menari,

Mahukan diri tunduk merasa abdi,

Sirna , Fana, aku bukan apa-apa,


Bila jari jemari ini menari,

Pandulah aku cinta seorang lelaki,

Aku mendamba wahyu ya Robbi,

Saban hari panas terasa

Tahkala cita-cita itu terlalu tinggi,

Hakikat sebenar pantunan hidayah,

Yang aku selalu termenung jauh,

Sering terlupa ia dekat ada disisi.

 

Bila jari jemari ini menari,

Sahabat Mungkar Naqir maaf terlupa.

Soalan bonusmu yang MAHA berat,

Rumah kata pergi, kubur kata mari.


Ya Robbi, ampuni kami,

Kami tidak mahu menanam pokok tanpa hasil buah,

Atau “bekerja” semberono tanpa  ilmu  hakiki

Aku jarang sekali sedar & insaf,

perlu menzuhud mata seorang lelaki,

Di Masyar kelak kau bertanya,

Siapakah kekasih dihati?

Siapa yang memakai pakaianku di dunia dulu?!!

“Riak itu selendangKu, dan kebesaran ( berbangga diri ) itu pakaian aku”

 

Bila jari jemari ini menari,

Insan yang kini jari jemarinya  sedang menari,

Diatas pentas notebook usang ini,

Hakikatnya tidak lebih,

 

Hanyalah  seorang sang petani.

 

“Growers that planting good deeds to be harvest at the land of eternity.



 

Singgah sebentar di Minda Tajdid,

berhubung isu nama Allah,  

lalu terjumpa lagu ini di blog Iman Aisyah

kemudian sajak dilakar,

Terkesan di Abu saif dengan  Polis cinta nya.

Lalu nekad aku untuk mem"publish entry".

Bismillah.

Saturday, March 07, 2009

20 most common question about islam



Author: Dr Zakir Naik
contents:

1. Polygamy
2. Polyandry
3. Hijab for Women
4. Was Islam Spread by The Sword?
5. Muslims Are Fundamentalists and Terrorists?
6. Eating Non- Vegetarian Food
7. Islamic Method of Slaughtering Animals Appears Ruthless?
8. Non Vegetarian Food Makes Muslims Violent?
9. Muslim Worship The Kaaba
10. Non- Muslims Not Allowed in Makkah
11. Pork Forbidden
12. Prohibition of Alcohol
13. Circumcision
14. Equality of Withness
15. Inheritance
16. Hereafter- Life After Death
17. Why Are Muslims Divided Into Sects/ Different Schools of Thought?
18. All Religions Teach Men to be Righteous, Then Why Follow Only Islam?
19. Vast Difference Between Islamand The Actual Practice of Muslims
20. Non- Muslims Reffered To as "Kafirs"

This books will not only benefit to our friends, but also a good revision as a Muslims themselves.

>>>>you can download the file here
(if you cannot download this file after register, try use internet explorer, instead of opera, mozilla firefox or google chrome) TQs

Friday, March 06, 2009

En Mealy..

Hi semua,

saya nak kenalkan kawan saya kat sini. Baru berjumpa dengan dia di greenhouse 2 minggu lepas. Putih memang tak ingat. Dia ni bila dah datang tak reti nak balik. terpaksa la guna teknik tertentu untuk meminta  dia pulang. 


menggunakan kamera digital 8.0 pixel bersama kombinasi mikroskop cahaya mampu mengambil gambar seperti mikroskop elektron! :P
en mealy suka duduk "melekat" pada petioles strawberry.


en mealy, sifat malumu memberi ganjaran..

Dimana en mealy? mula2 dia segan nak bergambar. dapat tangkap gambar belakang dia je. Tapi last2 dia setuju untuk memberi pose eksklusif untuk semua. Hanya di sini! Tepuk-tepuk. Hadirin diminta berdiri.

Kusangkakan fungus, rupanya insect, sebab dari mata kasar nampak macam tompok2 putih.

Quote kata-kata mutiara kak Tini untuk meminta en Mealy pulang;

"Application method simple jek. Guna handsprayer pun bleh. Apply when necessary, that is, whenever u see an infestation occuring. Spray on the insect, because u want the soap water to reach the wax layer which covers the insect, which means, it'll degrade the wax layer, expose the insect to dessication/degrade the exoskeleton, which will eventually kill the insect."

Ya, jangan duduk lama2 sangat en mealy bugs. Tetamu jangan lebih 3 hari, ok? Dah 2 minggu dah ni...

Thursday, March 05, 2009

Cita-cita iTu TeRLaLU TinGGi~

“If my husband know you are a Muslim, he will be very excited to see you”,ujar pos doc wanita dari Taiwan itu memulakan perbualan. Menegur aku yang ketika itu sedang asyik melayan email .

“Really, why is that?” aku berpaling ke kanan lalu spontan tersengih.

Semasa waktu lunch hour, wanita yang mempunyai babygirl yang comel ini “meminta” izin bertanyakan soalan dengan penuh sopan. Hanya aku dan 2 wanita di dalam office sibuk membuat hal masing-masing ketika itu. Mereka adalah Pn Heidi dan Miss Zhang, yang masing- masing wanita dari Taiwan dan China.

The first question he would asked, is it true that muslim allowed man to married up to 4 wives?

Semakin melebar senyuman aku mendengar persoalan tersebut. Kalau boleh memang tak mahu berbincang lagi hal-hal perkahwinan, tetapi kerana yang bertanya adalah not yet muslim, ia menjadi fardu kifayah.

Well, YES & NO.

Jawapan ringkas itu menyebabkan Miss Zhang yang dari mula tidak memberi perhatian mengalihkan posisinya ke arah kami.

Ya~Welcome-welcome..


Rasa sedikit "takut" untuk menulis pada kali ini. Saya mengambil sedikit masa untuk memastikan setidak-tidaknya perkara yang ingin disampaikan difahami @sudah @ sedang releven dengan perlakuan diri. Menulis ini sebagai muhasabah untuk diri sendiri juga. Kalau nak diikutkan, saya adalah orang yang paling kerap berkunjung ke blog sendiri, kerana tulisan-tulisan semasa merasa iman itu tinggi memberi manfaat ketika merasa lemah. Mengingatkan diri ini telah mempunyai benchmark yang telah ditetapkan.

Kepada dua wanita tersebut, jawapan yang saya berikan biasa sahaja. Sama seperti apa yang pernah diberikan oleh ramai ustaz dan bloggers. Berkenaan “keadilan” dan “kemampuan” sang suami yang ingin menakhoda lebih dari satu kapal dalam satu pelayaran.

SAtu analogi diberikan; seorang kakak yang mempunyai dua adik yang kurus dan gemuk, dan kerana ingin bertindak adil, membelikan baju bersaiz S @ sebaliknya, XXXXL untuk adik yang berlainan saiz. Kakak yang ingin berlaku adil seharusnya memberikan pakaian yang yang sesuai dengan individu, kerana itulah keadilan yang dimaksudkan. Individual needs. Samalah seperti para isteri.

Ramai yang sudah mengetahui hal ini.

Perkara pokok tentang hukum poligami, kenapa diperintahkan, dan siapa yang layak untuk melaksanakan. Manfaat terhadap isteri dan haknya, serta suami dan anak-anak. Semua itu boleh dicari @ setidak-tidaknya mudah didapati.

Jika bercakap berkenaan munakahah, yang merupakan salah satu cabang Islam ini memerlukan ilmu, yang bukan semata-mata kerana menghadiri kursus nikah kerana hampir masa mendirikan rumahtangga, tetapi kerana kesedaran dalam memahami perlaksanaanya. Pernah aku dinasihatkan, lebih awal lebih baik.

Biarlah bila bercontoh itu menggunakan hujah ustaz @ alimin yang mengajar, agar mudah difahami, berbanding mengeluarkan hujah atas analisis sendiri,lalu mengeluarkan analogi tahi.

Imam Malik ada berpandangan, feqah tanpa tasawuf, merugikan, dan tasawuf tanpa feqah adalah sesat. Maknanya,orang yang banyak ilmu agamanya, jika tidak mendidik hati supaya zuhud, tawadduk @ tasawwuf, ditakuti amalan itu disertai dengan rasa riak, bongkak dan cam best, dia dalam kerugian. Orang yang mementingkan hati sahaja, berzikir @ ingin beramal tanpa mempunyai pengetahuan agama yang jelas, dikhuatiri menyerupai kafir dzimni, ditakuti lebih ke arah kesesatan.

Rasa hati semata-mata tidak memadai tanpa panduan Al Quran & hadith.


Di akhir perbincangan, hampir- hampir sahaja aku menjerit ketakutan bila mereka berdua ingin bersuara.


Trauma.


trauma

Trauma bila mengenangkan banyak jawapan yang pernah didengari dari "muslimah-muslimah" di Malaysia, yang bermula dengan nada , “Huh, poligami”.. @ banyak “tapi” nya, sebelum dihujani dengan pelbagai hujah dan pandangan mereka. (Em, takde bangkangan..)

Tapi..,

Dua wanita itu tersenyum menerima.

Menurut mereka, di Taiwan dan China mengamalkan monogami, dan jika seorang lelaki mereka pergi ke China untuk berurusan perniagaan, maka isteri di rumah akan merasa kegerunan, kerana bisnes yang dimaksudkan mungkin ada dua, iaitu sebagai sugar daddy @ berjumpa isteri kedua, ketiga, keempat, kelima…. Tambah-tambah pula bilangan lelaki yang berkemampuan di sana tidak ramai jika nak dibandingkan dengan bilangan wanita yang lebih ramai. Skandal dimana-mana. Sama juga di USA ini.

Bagi mereka, poligami itu adalah perkara yang baik.

"Come to Malaysia if you want to see man with four wives live happily. :D Visit Malaysia, truly Asia. Lol", sekadar ajak –ajak ayam

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri dan kemudian mengangguk-angguk. Alhamdulillah, harap mesej itu sampai..

Sebelum menamatkan perbualan, Heidi sempat bertanyak soalan samada aku ada berniat untuk berpoligami. 

tersengih aku, kerana sebelum ini pernah di satu ketika memberikan jawapan yang sama..


Semasa di tahun akhir,

Kenapa tak dipilih sahaja awek2-aweks yang ada kat sini? Kan ke ramai?

Haha, yelah tu, bukan senang wei nak pilih.. jawapanku seolah-olah suci

Apa susah, laki kan boleh kawin sampai empat.Hahaha~

kami sama-sama tertawa nakal kerana mendengar jawapan itu..

sekadar sembang kosong pelajar tahun akhir. 

Kami sedar..

bahawa lelaki yang masih belum berkeluarga, memancing kehendak untuk memasang lebih dari satu merupakan angan-angan yang panjang & sia-sia, tetapi perbincangn mesti lakukan seawal mungkin. haha


Jika ada pun yang bersemangat, kami akan berkata;


Sahabat,


Cita-cita iTu terlalu tinggi.


p/s: niat penulisan adalah untuk berkongsi pengalaman sahaja, bukan untuk menyerang mana2 pihak. Peace~