DeViL MaY CrY


"May Allah bless u, keep in touch."

itulah kata2 terakhir saya pada malam sebelum Adeel, sahabat serumah pulang semula ke tanah airnya yang hari2 penuh bergolak, Pakistan. Tidak sedar hampir setahun kami menjadi teman rumah bersama, bersama seorang lagi teman, Muhammad dari Mesir.

Bulan ini bulan perpisahan. 1 minggu selepas itu, seorang rakan semakmal pulang ke China untuk masa 3 minggu.

2 minggu kemudian, Hernan Rosli, Toktham & Jack ; 3 orang lagi visiting scientists pulang ke Argentina, Iran dan Titusville setelah hampir lebih 6 bulan bersama.

1 minggu selepas itu, Kevin (advisor) pula pergi ke Italy kerana ada urusan conferences untuk beberapa minggu. Pada Masa yang sama Mithu juga pergi menemani suaminya outstation atas urusan kerja.

Dari hari kesehari bertambah ramai orang pergi, mungkin hanya untuk seminggu dua.

"Folta family" berselerakan seketika. Tiap2 hari pergi ke makmal, hanya tinggal 2-3 orang sahaja. Kami memandang antara satu sama lain,

"Man, its so quiet!"


Kedengaran bunyi AC yang jarang2 didengar sebelum ini.
 
YM


List names di YM semakin pendek. Rakan2 yang dilabel bawah USA semakin ramai yang pulang ke Malaysia.

Di perantauan, teman2 inilah yang menjadi sokong penyokong antara satu sama lain. Satu demi satu pulang.

Rasa kosong. Swine flu bukan penghalang maranya sireh pulang ke ganggang.


ANAK PERANTAUAN


Saya ni One Malaysia pun tak habis pergi. Terengganu, Pahang tambah2 lagi Sabah dan Sarawak pun kaki tak pernah jejak. Tambah2 pula ke luar negara.

Bukan seorang kaki berjalan seorang2. Kalau ada pun mengikut kawan.

Bulan July tahun lepas 1 bulan diminta cuti dari majikan untuk bersama keluarga di kampung. Masa sebulan itu dimanfaatkan sebaik2nya.

Walaupun kurang rindu ( kerana hampir tiap2 bulan pulang ke kampung menjenguk), tapi rasa paranoid untuk berpisah dengan keluarga untuk masa yang lama cuba untuk dijadikan cermin untuk mesra dari biasa.

Saya meninggalkan Malaysia sebelum sempat berpuasa Ramadhan.



BUKAN KAYANGAN

"Wow, bestnya dapat pergi oversea, negara uncle sam pula tu. Bestnya2!"
"Tak nak bawak aku sekali ke? hehe" teman bergurau bercanda.
"Yelah sekurang2nya kamu sudah jejak kaki kesana. bestnya!" kata beberapa orang lagi.

Disini bukan kayangan. Hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri. Tapi lama kelamaan rasa "sakit" itu biasa diubati oleh masa.

Tempat orang, tiadala seperti kayangan pun.. huhuhu


CUKUPLAH


Mana ada manusia mampu hidup keseorangan, tidak bermasyarakat.

"Ha, kalau nak hidup sorang, gi duduk kat hutan tu, jadi macam tarzan. wahaha".

ini antara lawak sempoi dengan kawan2 bila ada member merajuk tak bersebab.

Selepas itu sesi berdebat pun bermula. Aduss.. korang.. teman tapi mesra.

Sebelum entry ini menjadi semakin panjang, akhir kalam,

Hidup didunia ini tak boleh nafsi2 (sendiri2). nanti diakhirat nanti amalan tidak jadi kita punya sendiri..

Jangan sibuk jaga tepi kain orang? Takpe menjaga @ memerhati, tapi kain jangan dibelek lebih2 kalau tidak minta. Ini bukannya Project Runaway. keh3.



Cukuplah Allah & Rasul bagiku...


ps: Man U @Red Devil kalah bebaru ni dengan Bacerlona. wahahaha.~




Comments

nak bernostalgia tak salah wahai bro..!!!

tapi yang dok gelak sebab MAN U kalah tu ape hal plak...???
pali said…
hahaha,
kalau bacerlona kalah pun aku gelak jugak. takpe. yang penting chelsea dah kalah awal2 dulu. huhuhu.

Itulah hakikat, Man U@ Red Devil May Cry. keh3.
ummujannah said…
Salam,
hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang..lagi best balik kampung halaman(nyambung nggaak?)

~*esok KCB kuar, nak pi tgk..

_tak sabar sgt2 nak balik dah ni!
pali said…
Iman Aisyah,

kalau diikutkan memanglah nak balik hari ni jugak. Tapi mcm tak bijak pula. kewarasan masih lagi berkata

"inilah dia pilihan yang kamu buat. Jadi hadapinya!"

Ikut hati mati, ikut rasa binasa.. jadi ikutlah.. Nabi~! ( menulis tidak semudah melaksanakannya. huhuhu).

KCB= aku tau. khamis ni kan? ada indonesian gitau. kekeke. kalau ada link bleh tgk gitau ok? salams.

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap