Sudah Kurang ka?

Salam,

Perkara yang bermanfaat tak boleh dilakukan bersama2 dengan perkara yang lagha @ kurang berfaedah, sudah sifat makhluk tidak boleh melakukan 2 perbuatan yang sama dalam satu masa.

Seperti seseorang yang tidak boleh DUDUK DIAM dalam pada masa yang sama BERGERAK BERJALAN/BERLARI. Tidak boleh JAGA dan pada masa yang sama TIDUR LENA. Tidak boleh SENYAP pada masa yang sama BERCAKAP RAMAH.

AIR + MINYAK=?

Sama seperti amalan2 apa jua, ibarat seperti minyak dan air hendaknya. Jika diberi pilihan samada mahu air penuh segelas atau minyak penuh segelas, mustahil secara lumrahnya ( kalau diberi enzim tertentu air boleh larut dalam minyak) air boleh memenuhi gelas tanpa membentuk sempadan dengan minyak, dan diantara sempadan itu ada kawasan yang samar2.

Kalau diberitahu apa amalan nak dibuat masa Ramadhan semua dah bijak, tak payah diajar, secara free boleh jumpa amalan2 ini dimana2, Bulan Al Quran diturunkan, amalan digandakan, ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga seluas2nya.

POSA YOP!

Ramadhan yang penuh rahmat, mardhatillah dan baraqah ( apa2 lagi la perkara yang baik). Berpuasa ini Allah kata untukNya, dan sebagai balasan akan dibalas dengan perkara yang lebih baik, yang kita sendiri tidak mengetahui apakah itu? Allah SWT Maha Mengetahui keperluan hamba2Nya.

KURANG

Kalau pakar pemakanan ( diatetik?) sarankan kurang makan makanan ringan dan makan banyak makanan seimbang, masa ini lah kita perlu kurangkan amalan yang lagha (ringan) dan ambil amalan yang sihat untuk RUH.

hurm.. tengah cuba nak kurangkan

1. YM
2. MSN
3. Facebook
4. Friendster
5. Blogging
6. Melayari internet.

Kerana pada masa yang terlabur untuk perkara diatas bukannya sikit. Kalau baca Quran mau Khatam 3 juzuk dah kau! Huhuhu, Insyallah, akan cuba kurangkan, mungkin seminggu sekali, cuba lihat macamana. Insyallah.

kalau mahu target, mulakan dengan kecil dan remeh dahulu, dan baik pada masa yang sama mempunyai sasaran yang besar juga, seperti killing 2 birds with one stone?

Ok, Salam Ramadhan, dan selamat beramal~ :)

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated