Posts

Showing posts from August, 2009

Sudah Kurang ka?

Salam, Perkara yang bermanfaat tak boleh dilakukan bersama2 dengan perkara yang lagha @ kurang berfaedah, sudah sifat makhluk tidak boleh melakukan 2 perbuatan yang sama dalam satu masa. Seperti seseorang yang tidak boleh DUDUK DIAM dalam pada masa yang sama BERGERAK BERJALAN/BERLARI. Tidak boleh JAGA dan pada masa yang sama TIDUR LENA. Tidak boleh SENYAP pada masa yang sama BERCAKAP RAMAH. AIR + MINYAK=? Sama seperti amalan2 apa jua, ibarat seperti minyak dan air hendaknya. Jika diberi pilihan samada mahu air penuh segelas atau minyak penuh segelas, mustahil secara lumrahnya ( kalau diberi enzim tertentu air boleh larut dalam minyak) air boleh memenuhi gelas tanpa membentuk sempadan dengan minyak, dan diantara sempadan itu ada kawasan yang samar2. Kalau diberitahu apa amalan nak dibuat masa Ramadhan semua dah bijak, tak payah diajar, secara free boleh jumpa amalan2 ini dimana2, Bulan Al Quran diturunkan, amalan digandakan, ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga seluas2nya.

Pulang di hujung Syaaban.

Image
Awan yang disangkakan kerajaan langit @ mungkin kepala naga. Cantik, berangan2 inikah yang dikatakan kota kayangan? “Your flight have been cancelled. Please contact US airways for further information”. Jelas panggilan automatik itu semasa dalam perjalanan ke Kansas City International airport. Van road runner meluncur laju mengejar jadual perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam dari Manhattan itu terasa amat lama. Pertama, kerana terlepas trip pertama dari Manhattan pada jam 1030am, dan terpaksa mengambil trip seterusnya pada jam 1230pm. Memikirkan samada sempat atau tidak untuk penerbangan pada jam 3.40pm. Hari Sabtu akan mula berpuasa, masa akhir Syaaban ini digunakan untuk menziarahi teman2. Waktu yang sesuai sebelum kelas bermula, dan sebelum bermulanya bulan Ramadhan. Masa mula2 sampai, pemandu road runner ( yang tahap atuk, tapi rata2 semua memang dah tahap pencen 2 kali) menyarakan supaya menukar return trip dari Clarion hotel di Manhattan dari masa tempahan

Face off.

Image
“Awat tak letak gambar hang , kan mudah nak kenal?” tanyaku pada kawan lelaki yang menggunakan gambar ‘barang’ sebagai profile pic nya. “Maaflah, cuba nak letak, tapi tak sampai sehari aku tukar.. malulah..” “Lol. Nak malu apanya, hang kan lelaki? Bukannya aurat pun yang nak dijaga”. balas aku yang pelik dengan penjelasannya. Yakin, dia senyap seketika sebab mahu menyusun jawapan kepada kawan yang tidak sependapat dalam hal ni tanpa menyebabkan aku melatah. Aduh Murad, masih tidak berubah selepas beberapa tahun tidak berjumpa. MALU TAPI MAHU Sahabat ni yang aku gelarkan sebagai “Murad” (bukan nama sebenar), lama dah kenal sejak bangku sekolah lagi. Lurus bendul orangnya, baik, selalunya menjadi presiden kelab2, tetapi ada sikap yang pemalu perempuan. Dalam ertikata lain, jenis lelaki pemalu tapi mahu. (hahahaha) Ingat lagi semasa tingkatan 3, 2 bulan sebelum PMR, dia tiba-tiba menghilangkan diri lebih kurang 2 minggu. Pada minggu ketiga, kemunculannya tiba-tiba di