Pulang di hujung Syaaban.
Awan yang disangkakan kerajaan langit @ mungkin kepala naga. Cantik, berangan2 inikah yang dikatakan kota kayangan?
“Your flight have been cancelled. Please contact US airways for further information”. Jelas panggilan automatik itu semasa dalam perjalanan ke Kansas City International airport.
Van road runner meluncur laju mengejar jadual perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam dari Manhattan itu terasa amat lama. Pertama, kerana terlepas trip pertama dari Manhattan pada jam 1030am, dan terpaksa mengambil trip seterusnya pada jam 1230pm.
Memikirkan samada sempat atau tidak untuk penerbangan pada jam 3.40pm. Hari Sabtu akan mula berpuasa, masa akhir Syaaban ini digunakan untuk menziarahi teman2. Waktu yang sesuai sebelum kelas bermula, dan sebelum bermulanya bulan Ramadhan.
Masa mula2 sampai, pemandu road runner ( yang tahap atuk, tapi rata2 semua memang dah tahap pencen 2 kali) menyarakan supaya menukar return trip dari Clarion hotel di Manhattan dari masa tempahan jam 1230pm kepada lebih awal 1030am supaya sampai awal di airport.
“Tak sempat ni yop. ambik ler van pukul 1030. Kalau ambik jam 1230pm, takut terlepas flight kamu” begitulah bunyinya lebih kurang kalau diterjemah menurut kamus negeri Perak.
“Aa, ok, can you please make it up for me?” kata aku menurut kamus pakcik itu.
“Sure, be there at ten fifty/fifteen??” balas beliau bersahaja dengan dialeg pekat Kansasnya.
DIALEG
Kedua2 pakcik road runner itu mempunyai dialeg yang pekat, terutama dalam menyebut perkataan “berbelas” seperti fifteen , fourtheen, yang bunyinya kalau menurut telinga orang Malaysia seperti aku adalah FIFTY dan FOURTY.
Kerana dialeg inilah saya terlepas trip pada jam 1030am dari Manhattan, dan berkemungkinan terlepas pesawat pulang.
Pakcik road runner yang kurus berbanding dengan yang menyambut dari airport minggu sebelum itu, memecut laju road runner tanpa kompromi, dengan seorang penumpang yang gelisah; risau akan terlepas penerbangan, dan waktu untuk ke lavatories sudah tiba.
TERMINAL.
“Ok, la ni kita gi terminal B, dan lepas tu C.” kata pakcik tu.
Terkedu tekat terasa pahit ubat. Kenapa B dan C? kenapa tak A dahulu? Bukankah di sekolah rendah diajar A, B , C hingga ke Z?? Mengapa??
Lapangan terbang ini besar, 3 terminal dihubungkan oleh Red Bus yang berpusing disekitar terminal. Kalau mahu berjalan dari terminal A ke B dan C memang tidak bijak, kerana jarak amatlah jauh.
“Uncle, I need to go to restroom for 1 minutes!” bisik aku ketelinga pakcik tu, sebelum berlari dengan cepat. Kemudian, masa 2 jam yang dilalui dengan penuh kesabaran dan kesiksaan mencapai puncak syukurnya disitu.
Kemudian keluar kembali, dan melihat di sekeliling, van road runner sudah hilang, mungkin sudah pergi ke terminal C.
“Aaa, sudah, beg aku ada kat dalam tu” menyesal bercampur bersyukur dengan perasaan bercampur2. Nombor telefon pakcik tu tak ada, terpaksalah menunggu pakcik tu dengan melihat jam kurang 30 minit akan ke 3.40pm.
“You stay in the van, and after we go to terminal C, I will drive you to terminal A” tergiang2 suara pakcik tu memberitahu sebelum aku melakukan pecutan tanpa kawalan ke dalam airport terminal B.
Sekali lagi kepala memikirkan kemungkinan dan strategi apa yang perlu dilakukan.
Tenang Pali, tawakul allallah!
FIKIR
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.. apekah??
Dalam perjalanan dari Manhattan ke Kansas City, panggilan pembatalan tiket sedikit sebanyak memberi ketenangan tetapi pelbagai persoalan. Van jika sampai pun sudah terlewat untuk check in. Kenapa terbatal? Maka aku pun berfikir untuk mencari tiket penerbangan @ pergi ke kaunter USAirways untuk maklumat lanjut. Kemungkinan 1.
Semasa tiba di terminal B, setelah kehilangan beg, berfikir pula bagaimana untuk mendapatkan semula, mungkin boleh menelefon office mereka di Manhattan dan kemudian meminta bantuan dari nik ( Mr Manhattan) untuk mengambil beg tersebut ( yang mengandungi pakaian dan rempah ratus) untuk memposkannya semual ke Gainesville. Kemungkinan kedua.
Kemungkinan 3. Jam sudah menunjukkan pukul 4.00pm. Penerbangan jika ada pun mungkin sudah terlewat, gara2 terambil trip pada jam 1230pm. Tak mengapalah.
Tangan melambai Red Bus untuk pergi ke terminal A.
Dalam perjalanan ke terminal A, tiba2 mendapat panggilan dari no yang tidak biasa.
“Hello, I have your beg with me. I’m at terminal A, gate fourteen/fourty!”
MALU BERTANYA SESAT JALAN.
“Gate fourteen?” sengaja aku menekan perkataan TEEN itu berulang kali.
“Yes2. Where are you rite now?” tanya uncle road runner yang pencen 2 kali tu.
“I’m in the bus. On my way~!” ujarku sebelum menamatkan panggilan penuh bersyukur. kemungkinan kedua mungkin tidak perlu dilaksanakan. Kini perlu fokus kepada kemungkinan pertama.
Setiba di terminal A gate 14, aku menelefon beliau kembali, dan bertanyakan di mana beliau.
GATE FOURTY! FOURTY! ujar beliau berkali2
FOURTHEEN? FOURTHEEN?? tanya aku berkali2. Putus asa, lalu ternampak van road runner diluar tanpa pemandu. Mungkin itu van dia.
“Aha, I see you, will be there rite away” katanya. Pakcik yang tersenyum itu, nampak profesional dan sekilas pandangan teringat kepada arwah atuk yang telah lama meninggal. Panas di hati telah sejuk dengan sendiri.
Thank you, balas tersenyum lalu menuju ke dalam terminal A, lalu membuka netbook.
sekitar pemandangan di hadapan kaunter USAirways di Kansas City Airport.
EXTEND.
Sebelum ke kaunter, setelah mencari tiket termurah untuk perjalanan pulang, yang harganya 2 kali ganda.
Mencongak2 baki duit yang ada. Teringat pada pesanan seorang kawan,
“Money is a part of a process, not an event. We need money to make thing happen, but it is not necessary, even peoples with money can’t do whatever he/she wish if not permitted by Allah”
Benar juga. Seperti orang yang ada duit pun tak tentu boleh pergi Haji/ Umrah@ pergi ke Hawaii?. Yang banyak merancang ke sana ke sini pun, berapa banyak terpaksa dibatalkan perancangan pada saaat2 akhir.
Kita merancang, tetapi perancangan Dia lebih baik. Maha Perancang dari segala mereka yang merancang.
Pergi menuju ke kaunter USAirways setelah satu jam lebih dari masa penerbangan. Mujur mempunyai akses internet percuma di sini, tidak seperti di Washington, terima kasih kepada rakan2 yang memberi buah fikiran.
SEHARI.
Dipendekkan cerita, dapatlah tiket penerbangan yang diganti secara percuma, dan penginapan di 4th points Sheraton Hotel selama semalam, sementara menunggu penerbangan pada keesokan harinya, dari Kansas City Ke Charlotte, dan seterusnya ke Gainesville.
Ada la bebeberapa peristiwa dan proses yang terlalu banyak dan tidak perlu diperincikan dengan lebih lanjut, tapi Alhamdulillah, ziarah yang dirancang untuk 6 hari menjadi 1 minggu.
Diberi tidur selama 2 jam oleh Allah ( kerana dalam perancangan tidak mahu tidur di hotel, berjaga sepanjang malam kerana takut terlepas pesawat esok pagi, 7.35am; perlu berada di airport jam 630am).
Bersyukur juga, walaupun bermusafir keseorangan, tapi yakin kesulitan dipermudahkan, dalam kesulitan ada kemudahan, seperti dalam surah Al- Insyirah.
Sapa boleh menjangka, kelewatan mengambil Road Runner yang pasti akan terlepas pesawat Allah gantikan dengan pembatalan USAirways, yang kemudian, kehilangan beg dikembalikan, serta diberikan penginapan beserta penginapan dan hotel selama semalam?
cubaan untuk berjaga sementara menunggu flight ( gambar hiasan)
CHARLOTTE.
Semasa berada di Charlotte keesokan harinya pun penerbangan telah ditunda selama sejam,kerana cuaca buruk. Kebosanan menunggu di airport memberikan masa dan peluang untuk meneroka. Kali kedua berada disini.
Benar, kata ulama, manusia jika diuji oleh Allah hanya ada beberapa sebab
1. Allah mahu menaikkan maqam iman seorang hambaNya ke peringkat yang lebih tinggi
2. Allah mahu mengampunkan dosa para hambanya.
3. Allah mahu menarik perhatian hati hambaNya supaya kembali mengingatiNya. Hati yang mudah lalai, perlu kepada peringatan. Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat kepada mereka yang beriman.
secara rambang menyuruh seseorang mengambil gambar kerana kebosanan menunggu flight yang ditunda. ( sekadar gambar hiasan)
DELAY
“Delay lagi ke? Sabar ye Pali” ucapan2 ikhlas sahabat2 yang cuba menenangkan menerusi YM dan FB.
Terima kasih kawan2. Maaf kerana omelan. Menulis bukan kerana mengeluh, tetapi sebagai renungan dan takjub dengan setiap perancangan yang tidak terduga dan terfikir ( al maklumlah aku ni jarang berjalan yang bukan kaki berjalan) :)
Menepuk dahi kerana tersalah hantar email kepada orang yang cuba untuk dielak dihantar email, dengan isi penuh mesra yang sepatutnya dihantar kepada teman serumah yang menyatakan kelewatan untuk berada di rumah menyebabkan bulu tengkuk meremang. Buat masa ni, kalau dia tak respond kira tak ada apa2 la. Harap2 semua ok. huhuhu.
Ziarah ke Lincoln, Manhattan dan Kansas City insyallah akan dikongsi kelak.
Antara ziarah Manusia, tempat dan perlancongan, aku memilih manusia.
Hurm, nantilah aku beritahu kenapa. ( walaupun korang tak mau. aku nak cerita jugak . wahahaha.)
\(^;^)/
sekitar pemandangan semasa menunggu pesawat ke Gainesville yang delay
sekian, selamat berpuasa.
Comments
..::ramadhan kareem::..
Kullu 'Aam Wa Antum Bikhair
(^_^)
ameen
:)
penat membaca sebab panjang sangat ke? keke. Alhamdulillah sampai. Sebenarnya kalau nak diikutkan tak ada apa yang besar terjadi, perkara2 yang boleh selesai kalau rajin bertanya.
merasa bersyukur dengan pembatalan tiket flight, kerana kalau saya sampai pun tak sempat ambil.
Itulah, perancangan Maha Perancang lagi Mantop~!
Selamat berpuasa. :)