Posts

Showing posts from March, 2016

Fikir dan random

Baru mendengar ceramah oleh Nauman Ali khan,  seorang penceramah di USA ini.  Background beliau yang unik semasa membesar di New York dan bagaimana beliau mendalami ilmu al Quran sangat menarik minat saya. Antara perkara paling awal saya ingat berkenaan ceramah beliau adalah berkaitan sikap orang yang baru kenal dan terlebih semangat dalam agama.  "haram police! " Menurutnya orang yang selalu nampak yang negatif saja berkenaan orang lain  dan cepat menghukum.  Sempat saya hadir ke Story Night di Orlando dimana beliau menceritakan kisah nabi Musa as dalam Quran. Penceritaan beliau sangat menarik.  Diterangkan bagaimana al surah dalam al Quran disusun seperti sebuah filem bukanlah tidak disengajakan. Bermula dalam Quran nabi Musa dan harun berhadapan dengan firaun supaya menyembah Allah.  Kemudian terus diceritakan  flashback ke tahun apabila firaun mendapat amaran dari ahli nujum berkenaan bayi lelaki yang akan menggugat kerajaan beliau,   dan seterusnya.  Seperti filem