Posts

Showing posts from June, 2012

Travelogue KB, KLIA, Narita, LAX

Image
Salam, Dinukilkan supaya mudah untuk isteri dan puteri kecil tercinta untuk bermusafir dimasa akan datang yang tidak berapa lama lagi. Urusan visa sudah pun selesai, dan Alhamdulillah tiada masalah. Kini hanya menunggu pengesahan dari Ummu Alisha untuk memberikan tarikh tetap supaya pembelian tiket, insurans perjalanan dapat dilakukan dengan segera. Moga travelog ringkas ini bermanfaat. KB ke KLIA Insyallah tiada masalah untuk ini, kerana telah beberapa kali ‘praktis’. Check in luggage terus ke LAX. (semua barang wajib di scan di sini sebelum di check in lagi dengan airlines domestic) KLIA ke Narita, Tokyo (transit) Tempoh perjalanan: 10 jam. Masa Lay over: 1 jam 30 minit Masa di Jepun adalah 1 jam cepat dari Malaysia. Jika Malaysia: Rabu; 8pm Jepun: Rabu; 9pm. Airport ini adalah untuk transit sementara sebelum pergi ke LAX. Banyak perjalanan MAS dari KLIA ke LAX akan transit di Narita Airport.