Posts

Showing posts from 2012

Ada udang di sebalik mee

Image
“Yes! Berjaya juga dapat Power up Optimus Prime!” kata suami bangga. Isteri yang sedang asyik menonton televisyen menoleh ke arah suaminya. “Cantiknye abang! Bukan ke abang ada banyak lagi collections macam ni?” tanya isteri tersebut pada suami. “Em, ada.. tapi abang tinggalkan kat rumah parent abang” jawab suami ringkas. “Kalau abang aturkan semua model figures tu kat rak tu mesti cantik kan abang?” cadang isteri kepada suaminya itu. Selang beberapa minggu. Suami setelah menyusun model figure yang disimpannya sejak sebelum kahwin melihat satu persatu collectionnya. Dia senyap seketika.. “Banyak juga duit abang dah belanjakan untuk mainan ni. Dah lebih beratus-ratus” . kata suami tersebut dengan perasaan seperti bangga bercampur-campur dengan nostalgia. Lalu dengan lembut isteri berkata, “Ya… memang dah habis beratus-ratus.. Sebab tu la ayang suruh abang aturkan model figure tu macam ni.” *******TAMAT*********

Tiga perkara

Image

Monolog.

Image
Bismillah. Kehadiran Ramadhan hanya beberapa hari lagi. Saya masih belum bersedia. Inteleknya, Fizikal, Rohani, dan Emosi masih lagi samar-samar tidak kuat pasaknya. Lama sungguh saya tidak menulis dari hati. Kebanyakan penulisan yang ditulis baru-baru ini seperti dibuat-buat. Hati yang menjadi daging penentu seluruh perbuatan, tidak begitu ingin bersuara kerana kerinduan cinta. Menulis ini saya rasakan perlu. Menulis ini tidaklah sama dengan berdoa, kerana berdoa itu monolog secara bersedirian, bukanlah dikongsi di facebook , blog, twitter mahupun di papan kenyataan. Terkecuali hal-hal umum, yang melibatkan perkara-perkara sejagat. Menulis sebagai terapi. Supaya terang fikiran dan hati. Berpuluh-puluh perkara diingat dalam hati tanpa ditulis, akan menyesakkan perasaan. Menulis untuk melihat apakah kosongnya minda minta diisi. Tidak mahu terlalu padat dengan kerja harian di laboratory. Hidup pagi, petang dan malam membuat experimen. TIdak mahu jadi begitu, Bulan Julai ini masuk

Travelogue KB, KLIA, Narita, LAX

Image
Salam, Dinukilkan supaya mudah untuk isteri dan puteri kecil tercinta untuk bermusafir dimasa akan datang yang tidak berapa lama lagi. Urusan visa sudah pun selesai, dan Alhamdulillah tiada masalah. Kini hanya menunggu pengesahan dari Ummu Alisha untuk memberikan tarikh tetap supaya pembelian tiket, insurans perjalanan dapat dilakukan dengan segera. Moga travelog ringkas ini bermanfaat. KB ke KLIA Insyallah tiada masalah untuk ini, kerana telah beberapa kali ‘praktis’. Check in luggage terus ke LAX. (semua barang wajib di scan di sini sebelum di check in lagi dengan airlines domestic) KLIA ke Narita, Tokyo (transit) Tempoh perjalanan: 10 jam. Masa Lay over: 1 jam 30 minit Masa di Jepun adalah 1 jam cepat dari Malaysia. Jika Malaysia: Rabu; 8pm Jepun: Rabu; 9pm. Airport ini adalah untuk transit sementara sebelum pergi ke LAX. Banyak perjalanan MAS dari KLIA ke LAX akan transit di Narita Airport.

The 5 days story.

Image
Salam, We first meet at the KLIA airport early in the morning. Since we were apart almost 9 months, she becoming cautious with strangers, including her abah. Yes, we can smiles to each other, but holding her is still a big no. Next day, while waiting for flight return to my wife hometown, Kelantan, she still keep the smiling attitude, and voluntary sweeping the floor at boarding area. Perhaps she was still guessing who is this stranger that keep following her for few days? We went to Kota Bharu to renew my passport. Yes, it took me few hours to arrange it. While doing that, my wife, her sister, & Alisha roaming around at Giant store. Funny, that she like to sit in shopping cart and they took hours too to go lane by lane.  and at the end, Alhamdulillah, after 5 days, finally she 'allowe

Abu Humaira

Image
Salam, Semangat saya terasa pulih kembali. Insyallah minggu hadapan saya akan pulang ke Malaysia untuk menguruskan hal-hal berkaitan visa untuk isteri dan anak dan akan diam di sana selama beberapa minggu. Segala persiapan, termasuk dokumen untuk interview visa di Kedutaan USA sudah pun disiapkan (mungkin akan saya kongsikan di entry lain) Jika semasa bujang dahulu, saya terpaksa tinggal jauh dari 1 keluarga selama 2 tahun sudah terasa cukup payah. Kali ini dengan 2 keluarga (termasuk mentua), 1 isteri dan anak kecil yang baru lahir 2 hari, saya menggagahkan diri untuk pergi juga. “ Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, Sayangkan anak tangan-tangankan.” getus fikiran saya ketika itu. Hanya sempat bermalam 1 malam sahaja dengan puteri kecil di rumah, Ogos 15 2011 saya pergi ke lapangan terbang Pengkalan Chepa, Kelantan. Saya pula tidak mempunyai pilihan untuk tidak memilih Fall 2011 (Ogos) kerana penangguhan dari kemasukan Spring 2011 (Januari) ke Summer 2011 (Mei) sudah dilakukan.

Nazi grammar

Image
Salam, Mungkin tidak perlu dijelaskan lagi. English saya masih biasa walaupun sudah beberapa tahun di bumi orang. Alhamdulillah, tidaklah seteruk mana sehingga menyukarkan idea sampai. Mujur kursus saya sains, bukan sastera, tidak perlu kepada mengarang puitis dalam bahasa Inggeris. Budaya di negara sendiri agaknya, jika tersalah menyebut perkataan, ada saja Nazi grammar mengondem, kemudian tidak lagi memandang kepada idea yang ingin disampaikan. Kepada Nazi grammar (tatabahasa) ini, saya ucapkan, “Tahniah, anda adalah orang yang masih dijajah, sememangnya sikap seorang hamba jajahan amat memandang tinggi master nya (Tuannya).”. kasihan sekali.. Anda memandang tinggi pada bahasa itu tidak salah, tetapi memandang rendah kepada mereka yang tidak sehebat anda itulah sikap hamba jajahan, Jika anda ingin tahu, sikap ‘tuan’ kepada anda itu jauh berbeda. Idea itu didengar mereka dahulu, selagi mana maklumat itu mampu mereka hadami. Alhamdulillah bersyukur Allah mampu c

Tagline.

Image
Pali.

Lagi dan lagi

Image
Salam, Mungkin kebelakangan ini banyak pos berkenaan “Alisha”. Apa boleh buat, mungkin jasadku ada di bumi Gainesville, tapi hakikat ‘hati’ tidak ada di sini. Countdown.. 2 bulan lagi. insyallah.

Alisha: chicken pox & rocking chair

Image
Salam, Masa isteri sarat mengandung, dia rilek je takde rasa sakit apa-apa, terutama pada minggu akhir waktu mengandung. Kebetulan pula, suami pulak yang sakit demam serta muntah-muntah teruk. Bila suami kebah dari sakit, beberapa jam selepas itu, barulah isteri mengadu sakit nak bersalin. Kuasa Allah, biarlah suami menanggung sakit sedikit berbanding dari isteri yang sarat mengandung 9 bulan lebih. Itu doa yang tergetus dihati, tapi tidak terlafaz sebelum itu. Minggu lepas pula, kepala terasa pening-pening, dan seterusnya demam selesema secara mendadak. Alhamdulillah, sepanjang hidup diperantauan amat jarang sekali sakit. Memang tidak ke hospital lansung sebelum ini. Namun beberapa hari ini tewas rebah di katil. Pagi ini pun dengan selamba mengemail advisor dan semua orang di lab "I’m having a cold fever and still recovering. Maybe I will not come to the lab meeting. Sorry. Pali” Selang beberapa minit advisor membalas email, “ Stay home! Get better!” Bila berhubung denga

Pemakanan sihat~bersama Alisha

Image
anak anda perlukan makanan yang berkhasiat happynya alisha makan~ lagi alisha, lagi~! tambah2~ ingat, pemakanan sihat, ummi suka, abi setuju…     Alisha?…. (terlalu kekenyangan.. )

Lama.

Salam,  Lama sungguh tidak menulis di blog. Lebih banyak masa dihabiskan untuk aktiviti setempat dan kerja-kerja tertunggak yang setiap hari tidak jemu menyapa ramah. Menghitung hari untuk isteri dan anak untuk bersama-sama di sini.  Masih menanti. Mengharapkan perubahan progresif kelak! Mungkin akan datang blog ini akan dikongsi bersama isteri dan baby (kalau baby pandai menulis). Sekian.  Pali- 

Mek Alisha: Pipiku jangan diusik!

Image
Salam, Kecik-kecik sudah ada stand sendiri. Bagus la Alisha..haha~makin dicubit makin dibuat! Pali@2 Rabiul awal 1433H

Khalil Darwish

Image
Salam, Nikmat menulis itu hadir dalam kesibukan, bukan dalam masa kesenangan. Itulah yang saya rasai, kerana hikmah, hidayah dan rahmat Allah terasa mencurah-curah semasa kesibukan. Sibuk boleh mengingatkan kita kepada Al Khalid. Sibuk juga boleh melupakan kita kepadaNya. Beruntunglah kepada mereka yang semasa senang dan susah sentiasa ingat kepada Dia. Hari ini coretan dimulakan selepas selesa berkemas rumah. Saya baru sahaja siap berpindah ke apartment baru yang terletak di tingkat atas University Village. Alhamdulillah, lebih selesa, ada balkoni, lebih dekat dengan jalanraya dan yang lebih penting lebih murah sewanya! Segala puji bagi Allah yang mengatur kehidupan hambaNya untuk dipermudahkan. Pagi dari tingkap apartment di Maguire. Musim luruh sudah hampir kehujungnya. SAYANG Saya mula tiba di Gainesville pada 17 Ogos 2011, sejurus beberapa hari puteri kecil kami Alisha Humaira lahir. Pepatah melayu kalau sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tingal-tin

Memandu bersama Alisha~

Image
Salam, Mari belajar memandu~ bersama ALisha OK, pertama sekali pastikan tali pinggang siap dipakai. Kemudian, masuk gear satu, tekan clutch. Lepaskan clutch, dan tekan pedal minyak perlahan-lahan Masuk sehingga gear ke enam, dengan kelajuan 200km/hr dengan segera,!! pusingkan stering untuk drift!!  xD tarik hand break! (sampai tercabut kau..) pusing stering ke kiri sambil menekan pedal minyak! pastikan handbreak dalam kawalan sempurna jaga-jaga lalu lintas. perhatikan lampu isyarat merah juga. STOOOPP!!! Ooop!! oppp!!... alisha dah terlajak ke depan ni.. Sorry alisha~ (T.T) P/s : sorry.. inilah agaknya yang dikatakan 1st time parent syndrome.. haha

Antara 2 Usrah

Image
"Bismillah" Rice cooker dihidupkan setelah beras dibasuh sekali dimasukkan air 2 kali paras beras, sedikit minyak, perencah Briyani Pakistan, chili Halapeno, bawang, daging cincang, garam, sayur campuran lobak, jagung, kacang panjang. Kiub ayam Maggi halal yang dibeli  dari Falafel King itu sungguh berbakti. Sos salsa Prego juga dimasukkan akhir sekali bersama secubit garam dan daun bawang. Sambil membancuh secawan kopi pekat untuk pagi itu. Azam untuk tidak tertidur lagi pada waktu pagi. Pergi ke office dan kemudian pulang pada lewat petang menunggu ketibaan 8 tetamu terhormat roundtrip. Antara dua, samaada keluar ziarah, atau diziarah! Meraikan tetamu untuk berjalan ke Universal Studio Orlando pada hari sebelum tahun baru Masihi itu. Mereka sudah merancang ke Magical Kingdom , tetapi penuh pula. Tempahan harus dibuat seawal 3 bulan! Saya keluar bersama mereka selama 1 jam 30 minit meluncur dengan Honda Odyssey seramai 9 orang semuanya. Seharian di sana. Ya, seron