Petai; cakap politik.


“Uih, petai, ni kalau masak sambal petai ni mesti best!” menelan air liur adik saya apabila melihat abah membawa pulang petai dari pasar malam. Emak yang tadi asyik di halaman rumah ber’gardening’ mengambil petai itu lalu menuju ke dapur. Saya pun mengikut emak.

Masak lemak pucuk ubi kayu, sambal belacan atau sambal petai memang menjadi kegemaran saya. Tambah-tambah kalau ada ikan termenung goreng. Sememangnya menjadi habuan melantak 5 pinggan nasi dengan penuh berselera sekali.

Masakan emak, mudah sahaja, tapi keenakan air tangan ibu sensor lidah anak dapat merasa. Manalah sama makan masakan dikedai dan rumah bujang, jarang-jarang dimasak dengan kasih sayang. Resepi rahsia agaknya, ibu memasak dengan ikhlas dan kasih sayang, tentulah lebih baraqah. ;)

“Hoii!! Sapa makan petai ni???!!” bertempik senior di Asrama Desa SMKHM lewat petang itu. ‘Harum Semerbak’ tandas asrama. Tak tahu siapa yang memakan petai mentah-mentah, dan ‘melaburkan’ produknya disitu. Petai dan jering, kedua-duanya ada citarasa yang sama, walaupun sedikit berbeza.



PETAI & JERING
800px-Pithecellobium_jiringa
Orang tua –tua kata, elok makan petai ni, cuci air kencing. Memang tak dinafikan dari sudut perubatan pun sudah membuktikan.

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing manispula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

Jering dikelaskan sebagai racun serdahana kerana ia mempunyai asid djenkolic, asid amino, yang menyebabkan keracunan Jering (djenkolism - jengkol bean poisoning). Ia menyebabkan "sakit mencucuk/berdenyut (spasmodic pain), penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut (acute renal failure)".Keadaan ni biasanya menyerang lelaki, dan tidak ditentukan oleh cara penyediaan jering, dan merekayang memakannya banyak kali tanpa apa-apa kesan, mungkin mendapat kegagalan renal pada satu ketika lain.

Apa sahaja makanan, kecuali madu lebah, kalau makan lebih akan bermudarat, memang sedap, tapi selera kini tak sebesar dulu. Entah mengapa. Cuma mungkin setakat 2 pinggan sahaja (tidak termasuk 3 kali mengulang makan. haha)


PETAI ; CAKAP POLITIK
Selalu bersembang dan ditanya rakan-rakan, kenapa tak menulis berkenaan politik dalam blog, apa pandangan saya tentang senario politik tanah air, dan sebagainya. Sejujurnya saya bukanlah bijak dalam berpolitik ini. Mengikutnya ada, cuma tidaklah sepakar ‘ahli’nya. Maksud saya, ahli politik & orang yang menulis hal politik Malaysia itu sendiri, sehingga mampu mengeluarkan analisis-analisis kritikal. Subhanallah, sememangnya mereka itu diberi keberanian dan kelebihan disitu. Saya lebih selesa sebagai orang yang sudah memilih pihak, bersikap seimbang dalam menganalisa sesuatu isu, supaya yang ditulis tidak berbau PETAI atau JERING seperti yang hanya dikatakan orang.

“Kamu tahu, petai ni rasanya begini, baunya begitu, dan jering pula begini begitu” katakan seseorang memberitahu tentang rasa petai & jering.

Persoalannya, adakah sama dengan diberitahu pihak ketiga dengan sendiri merasakannya? Tentulah tak sama (aiseh, jawab sendiri pulak).
prujc0 (1)



POLITIK ITU PETAI

Sebelum saya menulis panjang, politik yang saya maksudkan dalam penulisan saya bukan bermakna politik di zaman Rasullullah SAW, politik Islam, tetapi politik senario tanah air yang selalu bertukar wajah, dan acara, kadang-kadang seperti Doraemon, meletihkan penonton yang tua semangatnya.

Diibaratkan sahaja, 2 parti politik diwakilkan oleh petai dan jering, baunya sama sahaja. Boleh dimakan mentah-mentah atau dimasak dengan pelbagai cara. Kena cara memasak, bau yang di hidu oleh mangsa ketiga tidaklah separah bau petai dan jering dimakan mentah-mentah.

Begitu juga perihal politik, kalau kena cara dan kaedahnya, orang yang memakannya (ahli politik) tidaklah mengeluarkan ‘bau’ yang sangat hancing kepada orang ketiga (rakyat). Sudah berapa ramai yang sudah kena ‘kencing’ gara-gara pemakan petai yang hanya mahu memakan petai IKUT SUKA AKU.

Petai dan jering kedua-duanya mempunyai khasiat kesihatan, tetapi jering secara tidak lansung mempunyai kesan sampingan dari sudut kesihatan seperti yang saya jelaskan diatas. Parti politik itu pun begitu juga, secara kasar ‘bau’ mungkin sama, tapi teras dan dasar serta komponennya itu yang membezakan.
PETAI tidak semudarat JERING kalau memakan.



TAK MAU MAKAN


“Eh, saya tak suka petai @ jering, & tak teringin nak makan pun” kata Munirah memberitahu rakannya, sambil berlari keluar rumah menutup hidung.


“Aku suka, Aisyah & Ramlah pun suka” beritahu Siti kepada Munirah tersengih lalu menuju ke dapur. Munirah berlalu pergi kerana tidak suka baunya, lalu tinggalkan 3 sahabiah itu ‘mengerjakan’ en Petai.


“Aisyah, kenapa tak makan petai @ jering tu? Tak suka ke?” tegur Ramlah memerhati Aisyah.
“Aku suka sangat petai, aku nak sangat makan, tapi..” menangis terus Aisyah ke riba Siti.

Terkejut Ramlah dan Siti. “Eh, kalau tak nak makan takpe, kami simpankan,ok?” pujuk Siti.
images




JANGAN! AKU NAK MAKAN PETAI TU!!!


“Aku nak makan ok? Korang tinggalkan sahaja kat situ, aku nak makan la ni!” tempik Aisyah mengejutkan rakannya.

Setelah seminggu, petai pun dah tak cantik lagi, Aisyah masih menggomel teringin nak makan petai tapi lansung tak disentuhnya, tapi selalu mengadu mahu makan petai.

Kesimpulannya?-

Mari kaitkan dengan politik.


Munirah- orang yang tidak suka petai, awal-awal lagi sudah angkat kaki; bermakna, orang yang awal-awal tiada kesedaran politik, jauh sudah dari menjamah hal politik.


Siti, Ramlah dan Aisyah- semua suka petai. Yakni semua mempercayai POLITIK itu perlu, ada dalam pentadbiran negara, sebagai Muslim, ia adalah komponen siasah.


Cuma yang peliknya Aisyah tidak mahu memakan petai meskipun dia tahu petai itu sedap, enak dan menjadi kegemarannya, dan selalu beromongan sangat suka petai, rindukan petai.. Bukan ke mereng namanya?
Ini adalah contoh orang yang masih atas pagar, tahu politik itu ada, tapi tindakan tidak mencerminkan kata-kata. Patut tempatnya di mana?


JAUHLAH BAU!

Orang yang suka benar politik petai @ jering, kalau boleh janganlah keterlaluan membawa perkara ini sehingga ke masjid, rumah Allah, sehingga mengganggu para jemaah yang datang untuk beribadah.
Politik petai, bukan sehari dua kita mendengar solat fardu berpecah dua jemaah gara-gara politik petai. Politik Jering tambah-tambah lagi.

Sekali lagi, saya tidak merujuk kepada politik yang dibawa oleh Islam menurut acuan RSAW, hanya merujuk kepada Politik Petai & Jering di Malaysia.

Itu pandagan saya, setelah merasa petai dan jering, dan kemudian membuat pilihan. Saya sudah. Anda bagaimana?(soalan ni macam iklan mana ye.. lupa pulak. :P)

Sekian.
ps: kalau analogi kurang sesuai maafla ye, nukilan tangan manusia, mana lari dari kelemahan. Betulkan aja yuk!

Comments

Za's said…
kesian petai dan jering jd mangsa..
tapi analogi ni betul jugak.

cumanya, kalau rujuk balik kpd starting entry ni, petai & jering still ada byk manfaat. Sama jugak lah dgn politik petai dn jering. Manfaat akan diperolehi jika diambil, digunakan dan dibuang pd waktu yg tepatt! :p

Tidak dinafikan kebykan kita mcm aisyah. maknenye mereng lah tu!huhu
pali said…
sorry la kalau bahasa yang diguna 'mereng' tu kasar pada sesetengah pihak. logik akal semata2. letih bersembang dengan orang macam ni.

Aa.. aku tak kata kebanyakan kita macam 'aisyah' tu, hang kata. heh. :P

apapun, aku masih suka petai. kalau makan mentah2 tanpa memikirkan kaedah apa yang sesuai untuk me'masak'nya, memang baunya memang kuat.

-amtb-
Deen said…
"Diibaratkan sahaja, 2 parti politik diwakilkan oleh petai dan jering, baunya sama sahaja. Boleh dimakan mentah-mentah atau dimasak dengan pelbagai cara. Kena cara memasak, bau yang di hidu oleh mangsa ketiga tidaklah separah bau petai dan jering dimakan mentah-mentah."

yang ini bermaksud kaedah berpolitik kan? Kalau kaedah tu betul, memang jadi. :)

nice entry, bro. like it
pali said…
Deen,

katakan dikhabarkan berita dari sebelah parti, dan mentah2 kita menelan, dan kemudian bercakap dengan orang lain berkenaannya, bau petai yang mentah memang kuat.

Tapi kalau kita mengambil sikap meneliti dulu berita yang diterima dengan kaedah yang betul, dengan bersabar, sudah tentu berita yang diterima itu kurang bias, @ lebih menepati keadaan sebenar (walaupun hampir2).

Dalam kewartawanan, @ blogging, membesar2kan isu yang kecil itu perkara biasa bagi orang yang menulis. Perlu difikirkan bagaimana penerimaan orang ketiga. Blog berbau jering semata2 @ petai.

Tapi yelah kan, nak cakap banyak pun petai dan jering ini perlu. Biarlah yang pakar meneruskan 'perang siber' ni. Yang tidak pakar, teruskan dengan perkara lain yang lebih awla.

-aku tak tau.
wan-niza said…
salam akhi,
menumpang lalu..kalau tak silap, tu iklan kwsp dulu2..kalau tak silap la

analogi yang menarik..mengaku, sy spesis aisyah..mungkin mereng tp nak buat mcm mana, mana2 pun sy tak percaya..jd tukang tgk dari jauh je lah
pali said…
its okay, take your time. :)

manalah sama dengan mendengar orang lain memberitahu rasa petai dan jering dari sendiri merasa?
pali said…
salam,

moga Munirah dapat kesedaran politik.

Ameen. :)

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap