Posts

Showing posts from November, 2009

Hajjatul Wada'- Pesan Baginda.

Salam, raya Haji ini, teringat akan khutbah RSAW semasa Hajinya yang terakhir. Bertuah amat bertuah kepada yang dapat menjadi tetamu Allah pada tahun ini, dan doa2kan yang belum sampai ini akan sampai juga. Raya Haji ibadah korban daan sebagainya, sepulangan baginda dari menunaikan haji yang pertama dan terakhir pada tahun 10 hijrah,  W ah ai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti memb

‘,’Raya~-->

Assalamualaikum, Kepada keluarga,  maaf kerana tahun ni pun tak dapat beraya bersama. Hanya doa supaya keluarga kita kekal bahagia dan harmoni, di cucuri rahmat oleh Allah SWT. Moga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Kepada mak dan abah, ampun dosa samada sengaja @ tidak. Doakan kejayaan orang jauh ni, insyallah. Kepada jeha, dah ada dikelantan tu ambil kesempatan belajar perkara yang lain.  Kepada Jei, tahniah atas tawaran univeristi, dan kepada Yun, moga keputusan SPM yang baru diambil minggu lepas beroleh kejayaan, bukan sahaja nilai dari segi A, tetapi juga nilai usaha di mata abah dan mak. Kepada ayung, selamat berpindah ke rumah baru, dan dapat baby izza yang baru. Kepada angah, teruskan dengan perjuangan kini, moga beroleh ketenangan dalam pencarian. Kepada kei dan syui, belajar la elok-elok. Kita bukanlah ahli agama, tapi agama itu pakaian seorang muslim, bukan sekadar pada taq nama. Pesan Lukman Al Hakim pada anaknya: Wahai anakku !  Elakkan dirimu dari me

Pergila dahulu, aku akan menyusul kemudian..

Image
Dikesempatan ramai sangat sahabat-sahabat kahwin ni, ana ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat sahabat yang baru sahaja menyelesaikan majlis pernikahan, dan juga yang akan melaksanakan pernikahan tak lama lagi. Semoga mahligai yang dibina dengan iman dan taqwa diRahmati oleh Allah SWT, dipenuhi dengan mahabbah dan saadah. Semoga antum beroleh ketenangan dan keberkatan dalam hidup serta dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh...amin.. Muhaini & suami Norazah & suami Fadzil & Wan Ilani Nor Azliza & Firdaus Osman Wan Shima & Ramzi Wardah & Nuruddin Nor Asyikin & suami Sakinah & suami Syawal & isteri Nik Mohd Idzham & isteri Syafirul & Fatimah Alias Fawwaz & isteri Iylia & suami Anep & isteri Kalau ada yang tertinggal tambahkan yer^_^ nanti kita buat list bagi yang dapat baby lak^_^ di copy terus dari  http://rumaisyaboundaries.blogspot.com/ Selamat Pengantin Baru, Moga berbahagia

Ziarah di Hujung Syaaban.

Image
Salam, Terlewat sudah rasanya nak cerita pasal ziarah ke Kansas & Nebraska pada bulan 8 haritu. Ziarah di akhir-akhir Syaaban, sebelum beberapa hari bermula puasa Ramadhan. MANHATTAN, KANSAS Setibanya di destinasi pertama, saya di jemput oleh Mr Manhanttan, a.k.a Nik Idzham. Beliau ni senior setahun dari USM. kini melanjutkan phD di di Kansas State University. Baguih orangnya, tersusun, cermat, berdikari, cuma SATU je yang tersangatlah kurang, hamba Allah ni nak pulang ke Malaysia untuk bernikah ( semua wanita jangan patah semangat ok..hahahaha ). Alhamdulilah, mabruk ya akhi~~!