Cas BaTeri.
Bismillah.
Kurang lagi sebulan semester fall akan bermula. Semester Summer ini hanya research sahaja berjalan. Rindu dengan kelas.
Menangis dan ketawa bertemankan sahabat bernama En dinding, yang tidak memantulkan bahasa lain, melainkan bahasa refleksi orang yang menyergahnya. Seperti anjing menyalak bukit.
An old adage says, "It is better to light a candle than to curse the darkness".
Advisor aku berkata, “But I think we better do both!”.
Menyalakan lilin sambil menyumpah.
Inikah yang dikatakan sebagai kritikan membina? Tidak hanya menyalak, tapi pada masa yang sama bergerak melakukan sesuatu dengan tidak hanya bersuara tanpa langkah anggota.
REDHA
Paling baik adalah dengan senyap dan redha, dan berazam supaya sentiasa bersedia. Mulut jika dikunci, panca indera lain akan lebih bermanfaat dan berfungsi. telinga akan lebih mendengar, fikiran akan lebih tenang berfikir. diri akan menjadi tenang.
Hampir 1 tahun saya menulis di blogspot ini. catatan untuk peringatan. Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Moga sedikit itu tapi istiqamah itu dikecapi.
Kurang sebulan sebelum masa sibuk bermula. Mesti diisi dengan sesuatu. Fikir. fikir..~! Tak rela aku menjadi katak bawah tempurung!~
Pali (mahu menge’cas bateri)
Comments
Apa-apapun, maju terus pemuda rabbani. Moga jadi tiang dan sendi, negara dan Ad-din.
Nak pesan bekas bento dan beg sekolah Jepun, ada yang sudi tak. :)
beg skolah dan bento kena tanya orang jepun.
amy sensei nak balik tahun ni. Bleh risik2 kat dia. ada kat bloglist saya. :)
Tinggalkan jejak juga barang satu dua, hehe.
Bila nak upgrate n3
ya, sudah diziarah, uih, puitis "hamka" ni? huhuhu.
bz lately, insyalah akan update jua nanti.