Saturday, January 30, 2010

Hari-hari Tanpa disedari.

“Allahuakbarullahuakbar! Allah~..”

bergema azan Mekah menandakan tibanya waktu Zohor. Gemersik suara azan menyentap fikiran supaya berhentikan kerja dunia dan teruskan pilihlah menyucikan diri ke hadrat Yang Maha Suci.

Tiap butir kalimah yang dilaungkan oleh Sang Muazim menyeru kepada hamba hamba yang bertauhidkan Uluhiyah dan berimamkan Muhammad s.a.w untuk tunduk sujud merendahkan diri, menyentak alpa persepsi, yang selalunya dipimpin oleh kerja-kerja dunia yang diamanahkan.

Jelas! Tersangat jelas kedengaran azan tersebut berkumandang menyapu gegendang telinga seperti halwa hendaknya. Mengusik jiwa-jiwa yang beriman. Aku membasuh tangan di sinki, mengelap tangan hingga kering lalu mengambil keputusan untuk menangguhkan sebentar hal dunia. 

Cepat cepat aku berjalan menyusuli koridor, menuju suara ia dikumandangkan.

Tibanya di destinasi, Heidi dan Mithu ada disitu.




MARI BERSOLAT

“Oh, what is this song Fadhli? Its very nice! How many times they have this called?” Tanya Heidi sejurus aku masuk menegur sapa “Hey guys!”

“5 times a day.Yes, it an athan, called us Moslem to pray.”” jawabku sambil tersenyum kepada kedua-dua ibu beranak satu itu.

“Fadhli, this reminded me of India. You know, every morning there will be the same called.” kata Mithu selepas itu pula.

“It’s a call for prayers? No wonder I felt like my spiritual increased”.sambung Heidi pula.



YA..

Langkah diteruskan menuju ke meja melihat netbook. Azan sudah hampir habis berkumandang. Aku menurunkan volume maximum di netbook.

We heard this song every day from your netbook” Heidi menambah lagi.

Aku terlupa menurunkan volume netbook, dan tiap-tiap kali masuk waktu solat Zohor dan Asar, berkumandanglah software Athan basic itu didalam office dengan penuh syiar.

Tiap-tiap hari, selepas menghidupkan netbook dioffice, aku akan berjalan ke lab yang jaraknya 1/2 puntung rokok atau ke kelas, meninggalkan netbook di office sendirian.

Alamak.. getus dalam hati.

“Sorry guys, I forgot to turn down the volume”. risau mengganggu konsentrasi mereka di dalam office.

I will turn off the volume next time. janjiku.

"No! We want to hear it everyday. It is a good song! Make me feel fresh! "Ujar Heidi dan Mithu dalam ayat yang lebih kurang sama. Sangat excited.

"This is a good song!" ulang mereka berkali-kali. Mengharap.

Oh.. mereka telah ditarbiyah dengan Azan ini hampir beberapa bulan tanpa aku sedari..

Maha Suci Allah..


Moral: marilah mendownload Athan basic secara berjemaah. :D

Thursday, January 14, 2010

Saya Lupa...FWD:FWD:RWD




Sorong papan tarik papan, 
Buah Kerinchi dalam perahu
Suruh makan kau makan, 
....




Salam, isu ini mungkin sudah 1 tahun lebih, tapi tidak pula saya rasakan lapuk, terutama jika terlepas pandang. Saya menerima email forward dari seorang kenalan yang berbunyi;


"Salam


tulah akibatnya kalau kita pandang mudah, semua nak yang instant,,,sebagai
orang Islam kita diberikan akal, gunakan lah akal sebaik2nye,, JUSTERU ITU
CARILAH AYAM YANG MASIH HIDUP DAN SEMBELIH SENDIRI, atau pun beli ayam
organik yang dah tentu2 orang Islam yang bela dan sembelih...jangan kira
mahal kalau takutkan akhirat..

Ayam keluaran Perak Duck yang dijual di Tesco didapati *TIDAK HALAL* dan
telah disaman RM 5 juta. Disiarkan dalam NST ms. 26 dan Berita Harian. Ayam
Tesco tak halal untuk makluman semua !!!

Coca-cola - Terdapat bendasing dalam coca cola yg belum dibuka.

Kopi Pahlawan - Kopi yg dilaporkan mengandungi racun membawa maut.

GSB Seafood Ent - Bebola ikan yg diproses dari usus babi

Sila war-warkan kpd kawan². "



Saya mengeluh panjang. Alhamdulillah, message ini ini sampai kepada saya, tetapi secara tiba tiba saya menjadi AMAT TIDAK PERCAYA dengan berita diatas.


KENAPA


Email ini saya terima seadanya seperti email-email forward yang lain, susah nak dihadam. Bukan salah penghantarnya, tetapi beberapa kekurangan yang saya amat menurun nilai keseriusan mesej yang cuba disampaikan.


Bahasa yang terlalu ringkas dan pasar seperti khabar gosip di pekan Sabtu. Yang lalu tak endah, hanya berkata, "oooo" lalu terus membeli murtabak. Betapa lekehnya email sebegini.


Saya menyampah. Mengapa permulaan ayat dimulakan dengan 'ayat bijak' tak tentu punca?Paling kurang pun kalau boleh di link kan dengan sumber seperti yang ditulis lebih meyakinkan. Saya tidak ingin memforward email yang ditakuti menjadi fitnah kepada orang lain, menjatuhkan orang lain.


LINK


Isu HALAL adalah besar. Setelah bertanyakan beberapa orang rakan, mereka memberi respon  yang  baik dengan memberi info yang sewajarnya.


Hadith pun boleh jadi daif kerana perawinya. Inikan pula isu sebegini. Kalau mendapat @ ingin memforward maklumat penting sebegini, TOLONGlah sertakan sekali dengan 'dalil'nya, sebelum ditendang masuk ke bakul SPAM.


Bagaimana pula dengan hal Coca-cola, Kopi Pahlawan,GSB Food Enterprise? Gerabak yang mengikut kepala keretapi, supaya bila dilihat keretapi bersama-sama gerabaknya, kita mengukur, panjangnyalah keretapi ni~! Padahal panjangnya disusuli oleh gerabak yang kosong, tiada isi, gerabak hantu!


KESIMPULAN.





http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.511.2

...
Suruh forwad kau forward, 
suruh bagi link, kau tak tau.

"tenangkan hati, lapangkan jiwa, moga sembangku sembang bermanfaat"(di celok dari Kak Mah. Hahaha).