Sunday, August 28, 2011

Lensa Jendela

"Wei, lambatnya taip"

sengaja mengusik ketika menunggu seorang lelaki membalas perbincangan kami dalam ruangan facebook chat.

"Aku ni menulis dari hati, sebab tu lambat., bukan macam ko tulis tak pikir", balasnya pula berang.

Ketawa sendiri  apabila membaca tulisannya itu yang mengambil 1 minit juga untuk di tulis.



TEORI ITU KALORI

Kami berbincang berkenaan soal jodoh. Sahabat ini meminta pandangan berkenaan perkahwinan. Alhamdulillah, mungkin kerana saya sudah beramal, dan bukan sekadar berteori, saya merasakan lebih tetap dalam memberi pandangan.

Banyak berteori kita hanya menambah kalori pemikiran.. lama kelamaan kita akan menjadi malas bertindak.

Tindakan itu perlu untuk membakar kalori tersebut kepada semangat, dan mungkin menjadikan otot pemikiran kita bertambah pejal, dan seterusnya mengelakkan dari menjadi hipokrit basi. :)

Kami bercerita perkara biasa, iaitu perihal cinta, dan hal kehidupan.

Kedua-duanya adalah komplementasi, seperti jujukan bebenang DNA helix. Jika ada bebenang sense 5'-3', maka adalah juga bebenang 3'-5'.

Itulah yang menjadikan kita seorang manusia. DNA, bukannya RNA semata-mata (retinya kita sudah menjadi protozua atau mungkin virus jika lebih ringkas dari RNA)



SUASANA.

Setahun berada di Malaysia tidak merajinkan saya menulis di blog. Pandangan saya, jika seseorang itu banyak menghabiskan masa di laman sesawang, maka kehidupan realitinya tidak sebesar mana. Ada pengecualian, tapi itu bukan majoriti okay?

Dan jika seseorang kurang menghabiskan masa di laman sesawang, ada kemungkinan kehidupan sosialnya dengan masyarakat itu lebih banyak.

Itulah yang terjadi sejurus saya pulang ke Malaysia pada bulan Ogos 2010. Kemudian berkahwin pada bulan Oktober, ber'sandar'an dengan Pusat pengajian pada bulan 12, ke Jepun pada bulan Januari, dan menyiapkan persediaan ke Gainesville pada bulan-bulan seterusnya.

Tanggungjawab baru itu digalas dengan penyesuaian secara perlahan-lahan. Ada kurang, tapi kita belajar dari kesilapan dan kekhilafan.

Memang sangat sibuk!





AKTIF KEMBALI

Mungkin suasana seperti tazkirah (peringatan) dari rakan sekeliling dan keluarga yang sentiasa berhubung menyebabkan saya tidak menulis banyak. Peringatan itu semasa di kampung halaman ada sentiasa.

Tapi bila berada di negara orang, banyak cabarannya, berbeza adat dan pandangan agama, rasa dan semangat untuk menukilkan itu datang semula. TULIS SEBAGAI PERINGATAN kepada diri sendiri, dan jika ada manfaat, mungkin boleh berkongsi.

Entah mengapa, setelah membaca penulisan saya sejak dari awal blog ini, perasaan sayu dan kasihan itu terasa.

Jika dibaca disebalik penulisan, ada jiwa yang sedang bergelut dengan suasana semasa, dan cuba untuk menetapkan aqidah dan taqwa.

Perasaan itu insyallah saya harap akan tetap subur, dan terus menjalar. Mungkin bukan dari lensa fadhli 2008-2010, tapi dari jendela baru penuh harapan bermakna.


-Anak murid tumpang belajar.- 

Saturday, August 27, 2011

Alisha Humaira

Salam,

Maaf kalau penulisan seperti puisi, 
dah menulis karangan sebelum ini, 
Seperti terlalu banyak untuk dituliskan, 
terlalu banyak untuk dikongsikan 

Menurut doktor dari pemeriksaan, 
jangkaan bayi dilahirkan adalah pada 20 Ogos 2011,
Dipendekkan cerita yang panjang,  
Tiket penerbangan  pada 15 Ogos 2011.
Yakinilah jodoh itu sudah tersurat di Luh Mahfuz  
Takdir Allah menemukan kita..
Alhamdulillah. 

Pagi sabtu 13 Ogos isteri mengadu sakit, 
Sejurus selepas suami sihat 5 hari demam dan sakit,
Selepas 6 jam menunggu diluar wad bersalin,
Bersama abah dan ma mertua serta mok,
Kurang 15 minit matahari diatas kepala,
tiba-tiba 'misi; berkata,
"Mana suami Tengku Fahima ye?"
Maka masuklah ke dalam wad mencari-cari,
dengan pelbagai perasaan bercampur di hati.
Ya Allah Ya Robbil Alamin, 
Permudahkanlah urusan hambaMu ini. 

Akhirnya duduk disisi isteri,
selama 15 minit paling panjang dalam hidup,
melihat isteri sedang dalam kepayahan,
Bersyukur aku ya Allah, 
Alhamdulilah selamat dilahirkan akhirnya, 
seorang puteri kecil pink yang kuat menangis.
dan seorang abah yang hampir menangis.
Alhamdulillah

Fathiah Athirah nama cadangan pada mulanya,
Kemudian terduduk keseorang termenung,
Fikir punya fikir punya fikir, 
Datang bisikan ilham membisik,
"Alisha Humaira, Alisha Humaira".. 
itulah namanya,
nama yang dipilih pada saat terakhir' 
puteri kesayangan kami berdua. 


Alhamdulillah.

Terima kasih Allah, 

Terima kasih ayang..



Selamat datang Alisha Humaira.