Posts

Showing posts from June, 2010

Abalang Bila Nak Balik?

Image
    bersama adik bongsu, Syukri ketika konvokesyen pada tahun 2006 di USM August 2008, 8 pm EST “Hello?” “Minggu depan abalang balik tak?” tanya adik bongsuku, Syukri yang ketika itu berumur 9 tahun. Kebetulan pula dia laju mengangkat telefon di rumah. “Kenapa, ada apa?” tanyaku semula, kerana sedikit terkejut dengan soalan itu. Aku baru 1 minggu selamat sampai di Florida, USA. Belum habis lagi penat, homesick pula menyebat supaya mengagahkan usaha untuk menelefon kampung halaman di Hutan Melintang, Perak. “Bukan apa, minggu depan ada banyak kenduri kahwin. Kalau abalang balik minggu depan boleh la pergi kenduri kahwin tu.” katanya bersahaja. “Syui tahu kan abalang ada kat USA dah kan, aritukan pergi hantar ke KLIA. Ingat lagi tak?” aku bertanya untuk memancing apa yang bermain difikirannya. “Ingatlah. Jadi minggu depan jadilah balik ye” tanyanya lagi. Adoii. tergeletek perut tapi ditahan ketawa. Satu persatu diperjelaskan, tentang jarak USA tu sangat jauh, te

Maher Zain - Baraka_Allahu_Lakuma with Lyrics

Mabruk! \(^;^)/

Saleem majnun

Image
Saleem mengeluh lagi hari itu. Sejak mengenalinya 6 bulan yang lalu, hampir setiap kali dia membuka suara, pasti dia akan berkata, “Saya rindukannya akhi” Sekadar lafaz sahaja. Puas kami memujuk Saleem supaya bertindak cerdas. Nyatakan hasratnya melalui perbuatan, bukan berulang-ulang memberitahu kami perkara yang kami tidak dapat ubah melainkan Saleem. Tidak betah rasanya memberi nasihat yang sama berulang-ulang kali. Kami faham, Atikah yang dari Saudi dan Saleem dari negara yang berjiran dengan India agak jauh dari segi budaya, tetapi di USA segalanya mungkin. Mungkin rasa inferior bila melihat solehan Atikah yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam phd, dan merasakan dirinya yang akan tamat ijazah tidak lama lagi membelenggu. Saleem bukannya tiada matlamat hidup, insyallah dia akan pulang ke negara kelahirannya untuk meneruskan bisnes keluarga. Bukan cikai-cikai punya. Tidak dapat dinafikan, setiap Hawa ada Adamnya, dan setiap Adam ada Hawa, Hawa, Hawa dan Hawanya .. :))

Thank you, a wish is a doa (du’a)

Image
salam, I would like to thank all of my friends who wishes me good luck before the defense. It did help to increase my confident by 30%? It was posted about 12 hours before my defense, and only after next day I able to reply all. Thank god, my studies here is over. Need to pack up my stuff and heading back home on August and celebrate Ramadhan with family after two years. There’s a lot to share actually, but let me finish thesis writing and journal obligations first, then I will start writing again. Yes, its all were past experiences, which I learned and observed from mistakes of my and others. jazakallah (thank you) to everyone again. Lets keep in touch!

Teach me how to pray to God