4 Kali Takbir

salam

Minggu lepas semasa solat Jumaat, khatib memberi khutbah yang diberitahu olehnya ditukar tajuk pada masa2 terakhir.

“I have change our topic to day from “Time” to “Death””.

Setelah menyatakan keuntungan orang yang mengingati mati seperti yang diberitahu oleh RSAW, dan keyakinan bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati seperti dalam Quran, khutbah beliau dipanjangkan. Setiap butir kata menginsafkan.

Bicaranya yang spontan tanpa teks (kerana ditubah tajuk pada saat2 akhir) mencelikkan mata ahli jumaat semua.

Setiap dari nikmat adalah pinjaman, dan setiap pinjaman akan ditanyakan samada digunakan kearah perniagaan yang diredhai atau hanya dibelanja ikut sultan nafsu sendiri.

20 minit sebelum itu..

“Jumaat ni ramai orang lebih dari biasa..”

getus bila melihat muka-muka yang tidak biasa dilihat, dan seawal setengah jam sebelum waktu solat, masjid sudah berpusu2 orang beri’tikaf di dalamnya.

PERINGATAN

Setelah usai solat jumaat, tampil seorang lelaki lalu meminta para jemaah tunggu seketika.

“Wasiat dari si mati, supaya menyolatkan beliau dengan jemaah dari mukim ini semasa menunaikan fardu umrah pada tahun lepas.” sebak seorang lelaki berkulit hitam yang mempunyai janggut lebat yang kemas itu bersuara.

OOO, patutlah khutbah pun tukar pada saat akhir.

“Tidak mengapa untuk menangis , tetapi janganlah berlebihan. Kenapa? kerana saya pasti akan menangis, tetapi jangan sampai meratap, kerana ia akan menyiksa arwahyarham”.

Setelah memastikan saf dalam bilangan ganjil ( kerana menurutnya jika ingin menurut sunnah, 3 saf dibuat; tetapi kerana bilangan jemaah yang ramai, 13 saf dilakukan”.

4 KALI TAKBIR

Kemudian beliau menerangkan kaedah solat jenazah satu persatu, dari takbir pertama hinggalah takbir keempat. Setelah memberitahu nama arwahyarham, lalu solat di Imamkannya, bermakmumkan orang yang mengetahui siapa yang disolatkan dan bagaimana untuk menyolatkan.

Sejujurnya, tak semua orang ingat bagaimana untuk solat jenazah walaupun ada memperlajarinya. Di tanah air, terutama di kampung halaman, Imam akan memberitahu kaedah untuk solat eidulfitri@ eiduladha.

Tetapi solat jenazah??

Alangkah baik jika di Malaysia, sebelum menyolatkan jenazah, Imam mengajar secara ringkas bagaimana solat dilakukan, agar makmum benar2 menyolatkan jenazah, bukan bercampur aduk rasa serba salah dan malu semasa menyolatkan.

Selesai solat jumaat, para jemaah berpusu-pusu pergi ke tanah perkuburan di Ocala..

Comments

Anonymous said…
dua minggu lepas, moyang saudara yang kami panggil "nyang" meninggal dunia pada usia 91thn..sy agak ralat mase arwah dikafankan..anak2 perempuan arwah yang saya panggil "wan" semuanya berkerumun untuk membantu pengurusan jenazah, tapi semua tidak tahu cara kafan yang betul..saya teringin hendak membantu, tapi saya pun tak ingat!! rase kesal sangat sebab mase kat sekolah dulu tak pay attention betol2..skrg saya rugi teramat..
pali said…
Innalillahiwainnailaihiro jiun.

pernah juga mengambil kursus pendek pengurusan jenazah. dari mandi sehinggalah mengapankan.

belajar sahaja tanpa praktikaliti memang takkan ingat. saya pun terlupa bagaimana nak buat dah. Cuma masa tu ustaz tu ada kata, perkara ni kalau tak diamalkan memang senang terlupa.

Pesannya, jika ada kematian, tenaga muda bantulah pengurusan jenazah setakat yang mampu, sebab tinggal yang tua sahaja. Takut takde pelapis,

Ilmu boleh belajar, tapi pengalaman dalam berhadapan dengan jenazah banyak boleh didapati dari orang yang biasa mengendalikan.

jika sudah belajar, mudah, kena refresh dengan buku pun sudah okay. kalau tak tahu, tanyalah kepada mereka yang tahu, seperti pesanan Allah dalam Quran.

sama2 belajar. :)
Nadiah Sidek said…
ye la..akk rs pun imam ptt mengajar/mengingatkan kembali makmum ttg solat jenazah sblm memulakn solat jenazah
pali said…
em. kalau boleh, baik kalau anak2 sendiri yang mampu menguruskan jenazah ibubapa, mengimamkan solat dan menguruskan pengebumian..

ps: antara 3 amalan yang berterusan apabila meninggal dunia, anak yang soleh/ solehah? Insyallah. Mari ke sana. :)

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated