Posts

Showing posts from July, 2011

Seperti sebelum

Image
Salam, Seperti tahun sebelumnya.. Perkara yang bermanfaat tak boleh dilakukan bersama-sama dengan perkara yang lagha atau kurang berfaedah, sudah sifat makhluk tidak boleh melakukan dua perbuatan yang sama dalam satu masa. Seperti seseorang yang tidak boleh DUDUK DIAM dalam pada masa yang sama BERGERAK BERJALAN/BERLARI. Tidak boleh JAGA dan pada masa yang sama TIDUR LENA. Tidak boleh SENYAP pada masa yang sama BERCAKAP RAMAH. AIR + MINYAK=? Sama seperti amalan apa jua, ibarat seperti minyak dan air hendaknya. Jika diberi pilihan samada mahu air penuh segelas atau minyak penuh segelas, mustahil secara lumrahnya ( kalau diberi enzim tertentu air boleh larut dalam minyak) air boleh memenuhi gelas tanpa membentuk sempadan dengan minyak, dan diantara sempadan itu ada kawasan yang samar-samar. Kalau diberitahu apa amalan nak dibuat masa Ramadhan semua dah bijak, tak payah diajar, secara free boleh jumpa amalan-amalan ini dimana-mana, Bulan Al Quran diturunkan, amalan digandakan, dit

Tak terjangkau dek akalku

Image
Salam Beberapa persoalan untuk difikirkan,  "Bolehkan seorang bayi yang berada dalam rahim seorang ibu mampu membayangkan apa yang berada dalam dunia?  "Tidak?" Adakah bayi tersebut boleh membayangkan terdapat nikmat, persekitaran yang lebih baik dari rahim ibunya semasa dalam kandungan? "Tidak?"  Bolehkan seorang bayi dalam kandungan membayangkan perihal pokok-pokok, ikan, padang rumput dan merasakan betapa enaknya angin sepoi-sepoi bahasa? "Tidak?" Sebagaimana seorang bayi berada dalam alam rahim tidak mampu memikirkan apa yang ada di alam dunia, sebegitulah kita yang kini berada dalam alam dunia tidak mampu memikirkan apa yang ada di alam akhirat. Kan? Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.