Merdeka! Jumaat~1 Muharam.

Alhamdulillah, setel juga exam terakhir hari ni. Bermalam di ofis kerana takut terlepas exam pada jam 730am. Hampir 4 hari sebelum itu ( & juga kini) mata terkelip-kelip merajuk tidak mahu tidur. Siang mengantuk malam berjaga, mencari cucu di mana ada.. heh

Setibanya di office, terserempak Kevin dengan mata yang sembab. Bertegur sapa seketika dengan advisor aku  lalu terus mengadu kisah takleh tido. Dia tersengih dan berkata,

“WELCOME TO MY WORLD!”

IMG_1026Turlington Hall, menara jam ditengah-tengah kampus UF 

World- world juga, akhirat jangan lupa~” begitulah katanya mungkin kalau Kevin seorang muslim. Bunyi macam Mawi jaa. :P

Sangat kagum, terkesan dengan moral advisor aku sorang ni. Sentiasa optimis, workaholic, tak pernah mengumpat orang, kelakar, walhal berjuta kilo masalah ada di belakangnya.

Hampir selalu tersipu2 saya malu..

& soalan cepuk emas pula datang bertalu-talu,

Kenapa aku seorang muslim terasa amat kalah dengan usaha dan moral yang ditunjukkannya? Banyak sungguh nilai yang ditonjolkan oleh beliau, seolah-olah inilah model seorang muslim yang patut terjadi.

Dipesan, bekerjalah seolah-olah akan hidup selama-lamanya, dan beribadatlah seolah-olah akan mati esok hari. Jangan mencebik bibir berkata,

“Eleh, dia bekerja macam nak mati tu pun sebab dunia ini adalah syurga baginya!”

Benar, ada  hadith Nabi bermaksud, “Dunia ini adalah penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir”

Eh? Bukan ke pernah seorang kafir yang miskin bertanyakan kepada seorang sahabat RSAW yang hidupnya agak senang berkenaan hal ini? Jawab sahabat itu kepada orang miskin itu,

“Kerana yang menanti di akhirat untuk seorang Muslim adalah jauh lebih baik dari didunia, maka ia menjadi penjara buatku. Walhal, untuk kamu yang menanti di akhirat kelak adalah azab yang Maha Pedih, kamu merasakan kehidupan yang susah didunia ini ibarat syurga!”

IMG_1027 budak2 undergraduate yang busy memanjang..

SAAD YANG SUKA KISAH SAAD.

Kebetulan, Saad, seorang kenalan dari Kenya menetap di rumah kami untuk beberapa bulan sebelum berangkat ke Saudi berceritakan tentang kisah Saad bin Muaz.

Pengorbanan dan kecintaan Saad yang amat dasyat terhadap Allah dan Rasul, sanggup melupakan wanita yang akan dikahwininya kerana semboyan fisabilillah sudah bersuara. Syahid sehingga malaikat di Arash menangis hingga menggegarkan Arash.. tangisan ke atas seorang Syuhada.

Menatap aku melihat Saad terasa insaf. Dari sini motivasi yang diterimanya, kerana Saad yang berada di depan mata ini sinonim dengan warna kulit Saad bin Muaz, wallahualam detail bagaimana.

Setiap kali bercerita, dihujung dia pasti akan berkata,

“ Kembalilah kepada Sunnah”.

(member ni bukan wahabi @ apa2 jua label. Dia sangat halus bahasa, tenang dsb, sudah kawin beranak 1)

Mampukah  melupakan cinta kepada wanita yang akan dikahwini jika seruan yang lebih awla kerana Allah dan Rasul?Insyallah.. insyallah, doa2kan kekuatan & kemantapan itu digapai.

 

SUNAN IBN MAJAH.

Semasa sesi minum pagi semasa slot The Importance of Knowledge di ICG oleh Syeikh Khaliyl Jadd Abdullah Sylvester, terkesan saya dengan perdebatan kecil beliau dengan seorang lelaki (Qurani)

Lelaki itu lebih beriman dengan Quran, kerana menurutnya ada hadith yang bercanggah, maka dia tidak begitu menerima Sunnah. Hanya Quran sudah memadai katanya. Lelaki yang amat baik, terdengar ada yang berkata selepas itu hampir separuh gajinya didermakan ke Jalan Allah.

Rehat 10 minit menjadi 1 jam. Perbahasan masih panjang. Mana mungkin hal ini dapat disetelkan dengan sekali gus terutama dengan mereka yang sudah beritiqad amat dengan yang diketahuinya.

Syeikh itu selepas berbalas pantun dengan lelaki tersebut lalu bertanya beberapa soalan semula,

“Quran itu bagaimana boleh sampai kepada saya, kepada kamu? Adakah dalam bentuk teks dari Nabi Muhamaad SAW?”

“Siapa yang mengarahkan  susunan Surah dalam Quran?”

“Apakah itu sunnah?”

Ya, sunnah itu segala lisan, perlakuan, perbuatan dan perakuan oleh Nabi Muhammad SAW sepanjang hayat beliau. Malaikat Jibrail mewahyukan Quran secara berperingkat kepada RSAW melalui lisan, bukannya melalui teks.

RSAW bertanggungjawab mengarah susunan surah dalam Quran bermula dengan Al Fatihah dan akhirnya surah An Nas dengan pimpinan wahyu dari Allah.

Quran diwariskan oleh RSAW kepada para sahabat adalah melalui lisan, dan hanya dibukukan ketika pemerintahan Khalifah Uthman. Maka Quran itu disampaikan secara sunnah (perlakuan) RSAW. Jadi ia tidak dapat dipisahkan. Aisyah r.a sendiri pernah mengatakan RSAW adalah Al Quran yang hidup.

IMG_0974

 sepandai- pandai tupai melompat..

MENEKAN CALCULATOR:

Kali terakhir menekan alat ini semasa exam statistik minggu lepas. Kini mencongak-congak pula pengiraan tentang diri, amalan, keikhlasan, interaksi dengan mereka yang disekeliling. Takut kalau ada yang terasa hati lagi, kan sudah berdosa..

Macamana nak mencongak cinta dunia, cinta wanita, dan rasa takut mati? Astagfirullah, sememangnya dah jauh dari sunnah Nabi..

Sebelum pena berlari lebih panjang, setakat ini dulu la no? :D

Akhir kate,

Selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah, Jadikan tahun ini lebih baik dari sebelumnya! Jauhkanlah kami dari fitnah dunia, fitnah dajjal dan fitnah wanita. Ameen!

Jangan mencari fitnah..

Comments

Nadiah Sidek said…
dh hbs exam meh la bercuti di lincoln ni..main snow..ehe..
pali said…
abg zaki ada perancangan apa2 winter break ni? sejuk NE tu. huhuhu
Naz said…
Salam... Maaf atas lontaran bicara daripada saya yg cetek agama ini..

Saya tertarik dengan cerita lelaki yang tidak begitu menerima Sunnah, hanya Quran memadai baginya. Tetapi, untuk menjadikan Islam itu syumul, terdapat 4 sumber yg disepakati ulamak iaitu al-Quran, al-Hadis, ijmak dan qias. Setiap satu sumber itu adalah bersifat pelengkap. Tanpa ijmak dan qias misalnya, hukum Islam adalah terbatas kepada apa yang dinyatakan secara zahir dalam al-Quran tanpa meneroka kepada makna disebaliknya. Apabila zaman berubah akan sentiasa ada situasi baru yang tidak diketahui atau samar hukumnya maka qias memainkan peranan penting dalam menentukan halal dan haramnya. Walaupun qias berlandaskan kepada akal fikiran dan kewarasan tetapi ia disyaratkan selari dengan al-Quran dan al-Hadis kerana hukum asalnya terdapat di dalam al-Quran, al-Hadis dan Ijmak. Ini contoh yg menunjukkan bahawa sumber2 hukum di dalam Islam tidak boleh berlandaskan kepada Al-Quran semata-mata. Perlunya al-Hadis, perlunya ijmak dan perlu adanya juga qias. Wallahualam..
pali said…
salam naz,

kalau kamu cetek agama, cetek la juga saya.

Benar yang kamu tulis diatas. Masalah ini turut melanda masyarakat di Malaysia.

Di pesan oleh pak ustaz, belajar agama mesti bersabar, berguru, dan ikhlas.

selamat tahun baru naz. :D
pali said…
Saad, rakan Muslim dari kenya, baru sahaja berangkat ke Saudi untuk memulakan tugasnya mengajar di salah universiti disana.

Sahabat yang amat baik. Beliau berangkat setelah beberapa mehnah kerana cuaca buruk, di Washington, hingga menyebabkan beliau kalut sungguh dalam persediaan.

Namun nampak tawakalnya pada Allah sangat jelas.

Bila ditanya pakaian putih apa yang di beri oleh saudara Bilal (African Ameican) kepadanya, dia berkata,

"I will do Umrah first when I reach Saudi, there will a good brother waiting for me over there. After that I will go to the university up north (lupa nama universiti tu)Madinah.

Make du'a for me."

katanya.

Itulah perpisahan dengan saudara Saad yang suka kisah Saad.

Moga kita semua sampai juga ke tanah suci. Ameen.

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap