Friday, December 13, 2013

Dekat di Mata, Dekat Di Hati

Salam,

Kembalinya saya dari Malaysia pada bulan Ogos yang lepas membawa sekali keluarga amat mengembirakan saya. Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah kerana memberi kesempatan untuk bersama-sama keluarga pada tahun ini, setelah beberapa kali cubaan untuk membawa keluarga tinggal bersama di bumi Gainesville ini terpaksa ditangguhkan.




Berbeza, jika single, menjadi plural, kemudian single semula. Itulah yang saya alami selama dua tahun ditempat orang bersendirian, dengan orang tersayang jauh dimata.


Alhamdulilah, mungkin saya terlepas peluang untuk mengalami proses tarbiyah seorang 'bapa' kepada Puteri sulung saya; Alisha Humaira.


Namun, Alhamdulillah Allah beri saya peluang untuk menjalani tarbiyah tersebut pada awal tahun hadapan dengan seorang putera. Insyallah. :)