BerKorBan iTu Di MaNa?
Sekali lagi, hidup kita ini tidak seperti kisah Batu belah batu bertangkup. Allah SWT tidak pernah meminta pengorbanan dari manusia. Jika Allah tidak menagih korban, apa yang Allah mahukan dari kita?
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (As Saff (10-11))
Secara hakikatnya, manusia itu tiada apa yang boleh dikorbankan, kerana setiap nikmat adalah modal perniagaan yang diberikan kepada pemegang amanah (trustee)
Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya*. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebagian) dari hartanya memperoleh pahala yang besar. (al Hadid;17)
*Yang dimaksud dengan menguasai di sini ialah penguasaan yang bukan secara mutlak. Hak milik pada hakikatnya adalah pada Allah. Manusia menafkahkan hartanya itu haruslah menurut hukum-hukum yang telah disyariatkan Allah. Karena itu tidaklah boleh kikir dan boros.
Berhati- hati dengan hati. Jangan sampai merasakan pengorbanan telah kita lakukan dengan apa yang kita rasakan MILIK kita. Allah memberikan kita modal. Jangan sampai merasakan sudah cukup aku menyumbang dan "berkorban" dengan APA YANG AKU ADA..
Kumpulan miskin merasakan cemburu dengan golongan kaya lalu berjumpa RSAW menanyakan amalan. Baginda memberikan bacaan tasbih, tahmid dan takbir kepada mereka. Diamalkan dengan gembira kerana dijanjikan kepada mereka ia mampu menyayingi amalan si kaya yang mempunyai kelebihan harta untuk bersedekah dsb.
Tapi bila golongan kaya mendapat tahu perkara ini dan diamalkan, menangislah golongan miskin kerana kelebihan yang diketahui telah menjadi umum. Dikhabarkan kepada RSAW, baginda bersabda: Itulah kelebihan orang kaya. Nikmat/ modal untuk berniaga boleh datang dalam keadaan pelbagai2. Harta adalah salah satunya. dan pula jangan jadikan harta sebagai alasan tidak mempunyai modal untuk berniaga.
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. (Al Ibrahim ayat 7)
Pengorbanan jika dikhabarkan pada mana2 manusia sekalipun mengikut definasi menuntut pemberian dari segi masa, tenaga wang ringgit dan nyawa seorang manusia. Hakikat apa yang perlu dikorbankan? Adakah setiap yang kita miliki oleh kita ini DIPUNYAI oleh diri? Kepandaian otak, harta, kereta, laptop, baju yang cantik, anak dan keluarga, ilmu, hatta kemampuan untuk bernafas itu dan degupan jantung.
BERNIAGA ITU DI MANA?
Jika mahukan berniaga, dengan bermodalkan amanah yang diberi, maka hak menurut Quran dan Sunnah boleh diringkaskan kepada golongan ini.
1. Kepada diri sendiri; supaya mampu lebih maju, memperolehi banyak ilmu, wang dan sebagainya supaya kelak mampu memberi manfaat kepada orang lain dengan ilmu , harta @ apa2 jua kelebihan yang ada pada diri
2. Kepada ahli keluarga; anak dan isteri/ suami.
Untuk anak, ada beberapa amanah @ tanggungjawab yang perlu dilaksanakan @ dilakukan jika ingin berniaga dengan Allah.
i) mencarikan calon IBU yang baik untuk anak
ii) memberikan NAMA panggilan yang baik untuk anak.
iii) membesarkan anak sebagai seorang mukmin
iv) mengahwinkan anak ketika mereka mahu berkahwin ( tahap wajib), bukan tahap mengikut RASA ibubapa @ adat.
3. kepada para guru dan orang yang terdekat dengan kita.
Guru boleh jadi sesiapa sahaja yang mengajarkan kita ilmu walaupun satu ayat.
Orang yang terdekat itu boleh jadi sesiapa sahaja, seperti ahli keluarga, sanak saudara di Malaysia, jiran tetangga walau dimana kita berada, dsb. Secara basicnya, sesiapa sahaja yang dalam jangkauan kita. Siapakah??
Sesiapa sahaja.. yang dekat dengan kita, tak kiralah pertalian darah @ geografi, selagi mana hak seorang muslim dengan muslim boleh dilaksanakan.
Jadilah seperti pepatah, dicampak dilaut jadi pulau, campak di darat jadi pokok yang subur. Terlalu awal untuk mengatakan kita sudah berjaya dalam berniaga, kerana hasilnya itu hanya boleh dituai di masyar nanti.
Doa2lah supaya berakhir di dunia dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik). Ameen.
Jadi, ukur baju badan sendiri, sebelum mengukur baju orang lain. Lainlah jika anda tukang jahit yang mengambil ukuran untuk baju raya nanti. wahaha.
Afwan.
Pali (masih bertatih satu persatu.)
Comments