Posts

Showing posts from January, 2017

Tulis

Salam, Semakin busy, semakin kerap menulis blog. Bukan bermakna tiada kerja atau mengabaikan tugasan yang lain. Cuma menulis pada blog ini mampu saya lakarkan satu persatu hal yang bersarang dikepala. Mahu diceritakan pada orang, takut disalah anggap, disalah erti, dan menjadi bahan. Sukar saya mahu percaya orang buat masa ini. Sudah terkena, depan-depan kita baik saja, belakang-belakang nauzubillah. ISTERI Isteri saya pesan, janganlah selalu kongsi gambar anak di media sosial. Dah saya pelik, kenapa. Kemudian saya teringat. Ada beberapa sebab 1. Pandangan ain Pandangan ain ini adalah pandangan mata, yang disertai dengan pujian atau kegaguman yang tidak disertai dengan kalimah Masyallah. Misalnya, dikongsi gambar anak yang sihat dan comel. Orang lain melihat, memuji, "sihatnya anak dia, comel pulak tu" tidak semena-mena anak tersebut sakit disebabkan kata-kata itu. Orang yang memuji tiada niat jahat pun, cuma pandangan ain ini merupakan salah

Intelectual Barbarism?

Image
 Salam, Artikel dibawah berkenaan intectual barbarism. Isinya bagus. Boleh juga dikatakan viral. NAMUN, apa bila saya cuba mencari istilah berkaitan online, sebarang artikel lain, atau journal, buku atau sumber yang boleh dijadikan bahan bacaan lanjutan, maklumat tersebut tidak kedapatan. Mungkin akan jumpa "intelectual barbarism", tetapi fokus atau kandungannya berbeza. Buat masa ini saya ambil sebagai pengetahuan, atau artikel yang ditulis dengan baik. Namun kesahihan isi kandungannya diragui. Viral, berhati-hati. Berkongsi perkara yang baik, tapi juga tiada asas boleh jadi fitnah.  ****************************************************************************** APA ITU “INTELLECTUAL BARBARISM” ? Artikel oleh : Ibn Jawi Di Barat, golongan akademik baru sahaja mengenali istilah “Intellectual Barbarism” ini. Namun dalam d unia Islam, istilah ini telah lama dibahaskan secara tidak langsung. Dunia Islam lebih awal menyedari bahaya penyakit “Intellectual

Pengajian tertinggi; Dua perkara

Image
"Master degree ini berbeza dengan Phd" Dr Musa memulakan bicaranya dengan saya. Pada awalnya dia mencari teaching asistant yang kebetulan kubikalnya terletak bersebelahan dengan kubikal saya. Office Dr Musa ini pun hanya selang satu bilik. Kubikal saya ini membelakangi pintu masuk, yang selalu saya tutup dan kunci kalau bersendirian dalam pejabat yang dikongsi dengan enam orang lain. "Master degree, ini macam undergraduate, tetapi dengan sedikit research. Result kalau tak jadi pun boleh dimasukkan" kata saya memberikan idea. "Betul. Preliminary data pun boleh dimasukkan dalam perbincangan" .tambah Dr Musa. Saya mengangguk dan menunggu beliau berkata-kata lagi. Dr Musa juga merupakan seorang graduate coordinator. Semua permohonan biasiswa (samada dapat atau tidak), perlulah mempunyai surat sokongan dari beliau. "Bezanya Phd ini, penting dengan dua perkara" SCHOLARLY Kesarjanaan. Menulis thesis, menerbitkan journal, arti

DILEMA JARGON

Image
Salam. Saya menulis beberapa catatan dalam buku nota sebagai checklist "1. pH indicator medium for FaRALF plants, data taken at 6, 12 and 24 hrs. repeat for 3 independent experiments. accomplish in 3 days.  2. different range of pH HEPES buffer solution from 5.2 until 5.8, using pH indicator medium data taken after 24 hrs. repeat 3 times with four replicates.  3. rooting medium in magenta boxes, 1.5 uM IBA, 1% glucose, 0.7% phytoagar, 0.5 x MS, pH 5.8. transfer putative transgenic 10 mg/L kanamycin shoots  4. take pictures of shoots in (3) 5. find a way to measure FaRALF mutant plants, crown diameters, petiole lengths, from published literatures .... " and list goes on, perkara di atas mesti diselesaikan pada hari ini. DILEMA  Dilema bagi aliran sains tulen untuk menerangkan jargon kajian dalam bidang ini kepada masyarakat. Idea seolah-olah tak sampai, tiada kaitan Dilema juga aliran sains sosial untuk menerangkan tajuk kajiannya penting untu

Suri Hati Mr Pali.

Image
Salam, Tajuk post ini mungkin agak poyo, tapi saya sangat rindukan isteri dan anak-anak saya. Ini bukan keluhan, tetapi lebih kepada luahan, supaya tidak bersarang di kepala.  Sebelum saya dikatakan mengada-ada, izinkan saya kongsikan kronologi timeframe kebersamaan hidup kami. TIMELINE Oktober 2010 hingga Ogos 2011 Berkahwin, dan selepas 2 hari anak sulung lahir, saya datang ke USA untuk menyambung pengajian kerana telah tertangguh dari Spring kepada Summer semester. Tiada penangguhan lagi boleh diberikan untuk tahun 2011, kerana untuk tahun Spring 2012, permohonan baru perlu dibentangkan. Ogos 2011 hingga Ogos 2013 Saya berada di Gainesville, FL, isteri pula berada di USM Pulau Pinang menyiapkan thesis masternya, dan anak sulung, Alisha Humaira pula berada di Kelantan bersama Tokku dan Tok Ma. Isteri berulang- alik setiap2 minggu dari Penang ke Kelantan menjenguk anak. Saya pula sempat pulang setahun sekali, pertama kali untuk menguruskan visa ana

Aku Pelik

Image
"Kalau ada orang cakap apa-apa jangan percaya tahu" tiba-tiba Suri berkata kepada Mimi dengan nada yang serius. Mimi agak tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh Suri itu. Pada ketika yang lain, Mimi bertanya kepada Zack, "I pelik la. Haritu Suri ada cakap kat I, 'kalau ada orang cakap apa-apa jangan percaya tahu'. Apa maksud dia Zack? You tahu?" Zack selepas mendengar pertanyaan Mimi dalam hatinya berbisik, "Betullah kalau orang ada rasa buat salah ni, takut tak bertempat" Zack menjawab soalan Mimi, " Entahlah, apa maksud Suri itu. You tak tanya ke Mimi? Biarlah, you pelik, I pun lagi pelik you tanya macam ni" Mereka berdua tertawa, mengelakkan sebarang andaian yang boleh mengundang dosa.   SENYAP ITU LEBIH BAIK   Orang yang suka bercakap perkara buruk dibelakang orang, meskipun benar, jarang sedar ianya termasuk dalam dosa mengumpat. Kalau perkara tidak benar, ia menjadi fitnah.  Salah menjustifikasika