tulis..tulis.. tulis..

Salam,

Mood untuk berblogging sebenarnya masih ada, cuma macam tak banyak perkara boleh  ditulis, disebabkan beberapa perkara.

Pertama, kebanyakan yang diketahui dari segi ilmu semata-mata, tapi dari segi amalan @ aplikasi, masih tidak mampu. Jauh panggang dari api. Tengah menunggu masa untuk menutup pintu zaman bujang ini dan membuka kepada pintu yang lain. Insyallah, doakan apa yang akan dihadapi kelak mampu dihadapi dengan sabar.

Memangkah kalender melihat bilakah masa utnuk menutup pintu fitnah zaman bujang ini. Susah, mengeluh, dan kadang-kadang ketawa menepuk dahi berkali-kali. Selalunya, punyalah berhati-hati, tapi masih terkena juga talbisiblisnya.

Buat yang merasakan saya kurang mesra, tidak 'secaring' dulu, maaf ler. Untuk kebaikan bersama, supaya fitnah tidak terkena tempiasnya pada mana-mana pihak. Supaya fitnah "macam nak masuk line jer" tidak terlabel pada saya.

Kedua, serik sudah. Mustahil untuk insan bukan muhrim yang Allah jadikan seperti pasangan malam dan siang, hidup dan mati, susah dan senang untuk bersahabat karib, berjalan seiringan bersama-sama, tanpa aqad. Tiada istilah aku tahu agama, tapi aku open minded, fleksibel, sebab itu bahasa hipokrit.

Bulan dan Matahari, dengan izin Allah, tidaklah salah satu mendahului antara keduanya,  tetapi masing-masing  beredar diatas paksinya dengan patuh dan taat dengan sunnatullah, jalan Allah. Yang berlainan jantina single pun seharusnya begitulah juga.

Nasihat diberi jika dipinta, kalau nak mengadu emosi, terbaik adalah pada muhrim, atau ahli keluarga. Yang tahu sedikit ini bukannya sesiapa. Ada haiwan dalam Bahaya...

Salam kemaafan dan selamat berperiksa everyone~:D

Comments

Nadiah Sidek said…
tak fhm la baca entry ni. apa pun, all the best in ur coming exam (same goes to mr.wan zaki :D)
pali said…
ikhtilat, ditulis dalam keadaan emosi. biasa, musim exam.. sensetif.. :P

sudah saya kemas kini tatabahasanya. :D
Nurul Izza said…
salam..
mcm paham je apa yg ditulis.terkadang niat kt disalah tafsir.juga terkadang kebaikan kt disalah tafsir.terkadang juga..kebaikan ,menjadi fitnah.

nasihat utk diri juga.

jaga diri, hiasi peribadi.teringt kata2 ustaz hasrizal, apa2 yg kt ucapkan, lafazkan, apa2 yg kt buat sekecik biji sawi pon akan menjadikan kt samaada dekat denagn syurga atau dekat dgn neraka..

god luckkkgambatte
pali said…
berbelit-belit ye? al maklumlah, aku ni orang melayu.. cakap direct memang tak pandai, berlapik-lapik, berkias-kias, yang memakan cili terasalah pedasnya.

Makasih ummi iman, kirim salam abu iman. chee~
Yla rahYla said…
pali..ada yg terjatuh hati kt ko ker?hehehe...take care ya.all d best exam.dah dah dah...takmo sensitip2 lg.cheeese!!!
pali said…
yla, eh, citer aku tak sama mcm citer hang. haha. mustahil ada jatuh hati. eeee.. lari~

sekadar muhasabah dan peringatan sahaja. :D

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap