Buku Lama.


Salam,

Sedang saya membelek2 buku di perpustakaan ICG (Islamic center of Gainesville) semalam sementara menunggu Magrib, mata saya terpandang 2 buku di rak sana dalam bahasa Malaysia. Terkejut sedikit. Sememangnya ada yang memberitahu sebelum ini ada Muslim Malaysia pernah ada disini.

Azlee, kota bharu, kelantan, 1993.. ringkas sticker MAS pada kulit buku. Buku dari Indonesia, tentang soal jawab agama.

Dah 16 tahun..

Kerusi dialih, duduk sebentar, buku yang setebal 500 mukasurat itu diselak, dan dibaca. Ayat dari era awal merdeka. Bahasanya mudah, cuma ejaan sedikit berbeza. Kurang 5 minit saya menoleh kebelakang melihat buku yang lain, dan mata terlihat satu buku dalam bahasa Melayu juga. Subhanallah! Tak sangka!

TAFSIR AL AZHAR

Buku yang diterbitkan pada tahun 1987 di Singarore itu diterbitkan dengan kebenaran pewaris Dr Hamka. Tafsir berkenaan surah dari juzu 30, bermula dari Surah Naba' hingga ke Surah An Nas.


Jom baca tafsir ini~ Juzu yang dikatakan oleh beliau kebanyakkannya pendek sahaja, tapi mempunyai makna yang dalam.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated