Parasit

“Uih~!!” meremang bulu tengkuk Nazri bila memikir hal itu.
“Saat akhir baru nak terhegeh2?” mengeluh dia dalam hati. Ya Allah, manalah silapnya?
Beristigfar terus Nazri memicit kepala yang kepenatan. Assignment ini perlu dihantar sebelum malam ini. Mujur dia sudah siap.
Pengalaman mengajar kerja saat2 akhir tidak sesuai dilakukan, di Malaysia mungkin ada nasib boleh jadi, tapi di negara orang maknanya hanya menempah kegagalan. Benar, fail to plan is planning to fail.
IMG_0316

TENANG.
Minggu lepas Prof Uda memberi tugasan untuk diselesaikan oleh para pelajarnya. Tugasan boleh diselesaikan secara berpasangan. Maka berpasang2lah mereka.
“Ada member dah?” tanya Nazri kepada Usop.


“Belum”, katanya ringkas sambil tersenyum.
Usop baik orangnya, atas dasar saudara seaqidah Nazri memilih untuk membuat tugasan bersama, sedangkan pada masa yang sama dia merasakan lebih selesa untuk bersama Charlie.
Mengenangkan Usop masih baru dan nampak boleh diharap untuk bersama2 berbincang, maka salam perkongsian tugasan dihulurkan.
NANTI
“Ok, aku buat nota tu malam ni” balas Usop sambil tersenyum . Mereka mengambil giliran menulis nota kuliah. 2 minggu lepas Nazri mengambil nota, sudah pun selesai dikongsi bersama Usop.
Tertunggu- tunggu Nazri akan nota Usop untuk dibincang dan dibuat perbandingan, tetapi tunggu2 hanya jadi hampa.
“Takpe, husnuzon, bersangka baik, mungkin dia ada masalah” azam Nazri sambil menghantar email menghulurkan bantuan kepada beliau.
*************************************************
“Kita jumpa kat lab komputer untuk buat tugasan bersama, ok? Lepas solat jumaat”.kata Nazri kepada Usop. Tersenyum Usop mengangguk sambil tersenyum manis.
“Insyallah”. katanya pagi itu.
Jam 4.30pm, makmal komputer.
Nazri bersendirian membuat tugasan. Tugasan itu tidak la sesukar mana, cuma perisian yang digunakan masing masing baru belajar.
Mengeluh lagi Nazri hari itu, tapi dalam hatinya masih berkata, “Astagfirullah, aku berpuasa”.
“Takpe, husnuzon, bersangka baik, mungkin dia ada masalah” azam Nazri sambil menghantar text message menghulurkan bantuan kepada Usop.

Aku nak balik dah ni, Hang ok ke? tunggu2 tak mai2? Semua ok?
Send.
Jam 6pm barulah Usop membalas,

OMG, maaf bro, aku terlupa. Takpe, hari minggu ni aku cuba setelkan lepas tu kita bincang lagi minggu depan, macamna?

Ok, kita bincang minggu depan. Sedia dengan jawapan dan sebagainya ok? balas Nazri.
SAKIT JIWA
“Soalan ni mudah je nak buat, tapi aku tak sure macamana nak jawab. Kod ni pula macamana?..bla2.” kata Usop pada Nazri sehari sebelum tugasan dihantar.
Nak demam, Pitam, nak menangis, macam2 ada~ (hahaha) rasanya Nazri dengan pengakuan Usop itu. Usop tu budak baik, dia yakin tapi kenapa sikapnya macam ni? Ambil mudah semua perkara.
Kan aku dah ajak pegi lab minggu lepas?-katanya dalam hati
Kan ke aku ajak study sesama?- katanya dalam hati
hampir meletup Nazri hari itu, tetapi Alhamdulillah dia masih ingat, aku berpuasa.
“Usop, aku pening kepala ni. Petang ni kita bincang ok? :)” ujar Nazri tersenyum juga.
BINCANG
Petang itu bukan berbincang, tapi lebih kepada meniru akhirnya. Semua perkara ada didalam nota kuliah dan latihan.
Mengapa Usop tak faham2 lagi walaupun setelah berkali2 selepas ditunjuk berkata
Ohhh~! Senang je tu, faham2
dan kemudian bertanya kembali nota yang mana, dan kod mana.
3 kali berjumpa masih bertanya soalan yang sama, tugasan? masih tidak terjawab katanya, tapi masih kata, aku akan study, aku akan buat, Insyallah.
AKHIR
Lagi 6 jam sebelum tamat masa tugasan. Nazri mencari dimana Usop. Tak dijumpa.
Dibuka email
Salam,
Tau tak macamana nak buat soalan 2, 3? kaedah nak buat macamana dan kod tu pun macamana pula? :)
Usop.

Sakit jiwa. Nazri mengeluh tapi masih ingat “Aku berpuasa”. Kalau tidak sudah lama dimakinya Usop @ ditinggalkan beliau terkuntang kanting begitu sahaja. (Kalau aku, dah lama aku sepak muka dia kalau buat perangai macam ni kat aku)
Kalau memberi kod dan jawapan, tidak ada manfaat @ tidak aku membantu Usop ni, tetapi membuat keadaan lebih parah. Maka dengan sabar Nazri memberi no telefon dan email MSN nya.
5 minit selepas itu, sesi tutor pun bermula. Persoalan? Masih sama. Attitude? Masih sama.
Mudah je.. ooo.. begitu..
AKU BERPUASA.
Hadith nabi yang mengingatkan jika ada sebarang permasalahan melanda @ ada insan mencari pasal, katakan padanya “Aku berpuasa”.
Menjelaskan bukan bermakna nak kata aku berpuasa semata2 tetapi mengingatkan @ memberi amaran kerana puasa inilah benteng terakhir aku dari membalas kezaliman/ kejahatan manusia keatas diri.
Kalau aku tak berpuasa?( dah lama aku balas 10 kali ganda sama itu pepedam!)
Moga berpuasa kita bermanfaat, dan tidak sia2.
Salam Ramadhan. 10 malam terakhir perlu dikejar. say Ameen
AMEEN!



Comments

Deen said…
Assalamualaikum,

Di mana silapnya? Ada orang muslim yang baik, tapi dalam perkara sebegini ambil mudah.

Orang baik belum tentu ada sikap yang baik?
pali said…
salam Deen,

silapnya..
1) mungkin aku ni hanya membesar2kan cerita. Manusia itu tidak statik, dan akan belajar, serta MAMPU berubah. Perkembangan manusia secara fitrahnya tidak sama jika menusuri masa.

2). Membesar2kan perkara yang kecil adalah kemahiran yang terbelajar setelah menulis blog. kadang2 perkara itu kecil, tapi pena mampu sahaja menjadikan perkara itu besar. Sudah menulis baru tersedar.

ps: sama sahaja seperti mana2 penulisan dari tangan manusia, bukan ke akhir2 ini kecoh berkenaan isu budaya Malaysia dan Indonesia?

sebenarnya perkara kecil sahaja diatas, semua orang pernah menjadi parasit, tidak mengapa untuk sementara, tapi parah kalau tidak mahu berubah.

Sekian, salam Ramadhan. :)

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap