Tuesday, December 30, 2008

Gadis Philipina & 2 Lelaki itu.


Dalam perjalanan ke University Avenue, dari jauh terlihat seorang gadis bertopi , berbeg galas berjalalan laju dari satu kedai ke kedai yang lain. Bukan sengaja dipandang, tetapi gadis Philipina terutama Asia (kecuali China dan India) adalah pemandangan yang bukan biasa di sini. Aku berhenti kerana lampu merah, dan menekan butang untuk pejalan kaki melintas. Dipandang langit suram, dan hujan renyai-renyai mensusuli sepanjang perjalanan.

"dah boleh jalan". Kataku dalam hati sambil mula melangkah ke seberang jalan. Jalan raya tidak begitu sibuk kerana pada masa ini cuti, kampus dan pekan Gainesville memang macam pekan mati. Disini tidak sibuk, udara bersih, dan boleh dikatakan kebanyakan penduduk disini terdiri dari pelajar UF. Sambil memerhatikan sekeliling, dan beberapa orang mengisi minyak di Kanggaroo gas station, pantas aku melangkah ke destinasi, Kabab House untuk makan malam. Kelibat gadis itu tidak kelihatan. Mungkin dah pulang agaknya.

Tiba-tiba, muncul gadis tersebut dari kedai sebelah kanan. Dia muncul lebih awal, jadi aku berjalan dibelakangnya kira-kira 3 meter. Sambil berjalan-jalan kepalanya ligat memerhati sekeliling, lalu dia menoleh ke arah aku, dibelakangnya. Spontan dia tersenyum manis dan menunggu aku berjalan kearahnya.

"Aaa, sudah??" getusku dalam hati. Panik.

Kira-kira 2 bulan pertama disini, aku pernah disapa beberapa orang lelaki berbahasa Spanish dengan gelaran ,"Amigo". Selepas itu dalam bulan yang sama, seorang lelaki Philiphino juga tersenyum memandang aku di Walmart sambil mengucapkan sesuatu ,"Apa Khabar (agaknya dalam bahasa dia)". Dalam beberapa kes aku mampu membalas senyuman sehinggalah keluar butir-butir bicara yang asing yang ku tak fahami. Ku balas dengan senyuman, "I'm sorry, I can only understand English". Mereka melihat aku dari atas dan bawah, sedikit terkejut mungkin, kemudian mengangguk, lalu tersenyum dan bertanya, "Where are you from brother?"

Sejam selepas pertemuan dengan gadis Philipina itu, dalam keadaan tergesa-gesa, hari semakin gelap, dan berjanji dengan Khalil nak beli barang dapur sebelum magrib. "hanset tak bawa. Kena cepat!". Sambil memerhati kiri dan kanan sebelum melintas (walaupun dalam kampus dan keadaan lengang) ekor mata terlihat dua lelaki America berpakaian formal (Tie tanpa kot) melambai-lambai tangan dan berkata ,"Brother!"

"Aaa.. sudah!" getusku buat kali kedua!

***********************************************************************************

Hey, how are you brother? What's your name?

Good, good. I'm Fazzlee, and you guys are??

**** & *****.We are missionary from Jesus Christ Church, & would like to share with you about some information, bla2... 

"Dah agak dah".kataku perlahan.

I meet one girl at University Ave also in missionary mission just now, and she sell stuff etc. Are you guys from the same group? She's from Philipina and are here about 1 year for missionary work. kataku inginkan kepastian.

Nah, we from another church, we don't sell stuff, don;t worry. Bla2.Do you know Joseph, etc, and there are new prophet name Thomas *****? He's in Utah right now. There are also new testament name *****Bla2! Here our card, and website for it.

Gadis itu menjual barang seperti rantai dan keychain Jesus, dan 2 lelaki ini pula kata ada testament dan Nabi baru?  Aii, manusia..

Pada masa ni, surah Al- Kafirun bermain-main di kepala..

Saturday, December 27, 2008

Love Vs Lust

Salams, 

Bukan mudah bagi lelaki mengatakan YA pada cinta sebenarnya, dan amat sukar untuk membezakan antara cinta dan nafsu. Cinta lelaki kadang-kadang bersalut tepung nafsu. Tidak dapat tidak, bagi lelaki yang masih keliru untuk membezakan cinta(love) dan nafsu (lust), izinkan saya berkongsi sedikit pandangan.

Wajar jika saya katakan lelaki ini adalah makhluk yang amat sensatif emosinya, kadang-kadang lebih dasyat dari wanita. Sikap merajuk, cemburu ibarat silence killer pada lelaki tersebut dan juga pada temannya. Wahai lelaki, sebelum kamu mengatakan cinta, tanyalah diri, adakah perasaan itu mendatangkan tenang pada jiwa kamu @ adakah perbuatan kamu ini mengganggu emosi wanita? Jika panas yang dirasakan seperti membara dihati, adakah itu cinta namanya? Dan jika kamu berasa tenang bila teringatkan dia, bukankah itu cinta juga? Sememangnya kaum Adam ini kadang-kadang buta dalam mentafsirkan cinta.

"API cinta kami panas membara, tak mudah padam! 

"Saya tak pernah terasa'kehilangan" sebegini, bila ditanya diri apa perkara yang paling akan saya rindu, awak mungkin tahu jawapannya"

"Saya pasti awak adalah Hawa bagi saya dan saya adalah Adam bagi awak, mungkin sebaliknya, tapi saya percaya Allah menjadikan semua makhluk berpasang-pasangan."

"Urg, saya tak tau, bila difikir-fikirkan, hati saya rasa sakit, seolah-olah hilang benda yang penting."

"Saya dah solat istikharah, dan saya nampak awak dalam hati saya".

Adalah diantara ayat-ayat diatas biasa didengar @ biasa diucapkan? Wahai Adam, ketika kamu mengucapkan ayat-ayat ini kepada seorang wanita yang bukan muhrim, terfikirkah kamu, bagaimana mampu mengucapkan madah bicara seumpama ini? Dari mana kekuatan itu hadir? Saya setuju jika ada yang berpendapat bahawa ayat-ayat diatas mungkin datang dari hati yang ikhlas, dan tidak dinafikan jika ia dilafazkan pada masa, orang , dan ketika yang betul, ia bleh menjadi perkara yang baik. "Baiklah, jadi bila, siapa, bagaimana lafaz ini boleh digunakan?" Mudah jawapannya, lafazkan ia selepas kamu melafazkan nama orang yang kamu kehendaki dengan walinya beserta maharnya. LAfazkanlah segala apa yang kamu mahu selepas itu!

Sekilas teringat kepada butir-butir mutiara Ustaz Shamsuri dalam ceramahnya.  

"Kitab Tabisu Iblis. Bagiuh kitab tu. Kitab yang membincangkan  berkenaan cara iblis menggoda manusia. Baik ikut mana pun, ustaz ka, ulama ka, pemimpin ka, pelajar universiti ka, saya dan semua yang membaca, iblis pasti ada cara nak goda kita. Tuan-tuan, iblis ni dia hidup lebih lama dari manusia, dia tau macamana nak trigger kelemahan kita. Yang alim digoda cara alim, yang ustaz digoda cara ustaz, Ni kacau, kacau habis. Bila kita baca kitab ni, rasa berderau darah kita. Ooo, macam ni rupanya iblis goda kita!. Minta berlindung dengan  Allah banyak-banyak dari syaitan yang direjam"


Thursday, December 25, 2008

Miami de Tour: MaJoRiTi & KeTuA





Jumaat lepas kami berempat bertolak ke Miami, dan bertemu dengan orang kelima disana (Malik dari NewYork). Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke Orlando.Dengan berbekalkan pakej percutian yang menawarkan penginapan di Ramada Hotel/ Resort untuk 5 malam, maka tarikh 19- 24 december diberi oleh pihak penaja. Tarikh selepas itu, semasa krismas dan tahun baru tidak diberi, mungkin dan memang disebabkan oleh permintaan yang tinggi semasa tarikh tersebut. Walaubagaimanapun, 6 hari dengan sebuah kereta sudah cukup untuk menerokai Selatan Florida (Selain key west; pulau-pulau kecil yang dihubungkan oleh jambatan dan bahagian paling selatan Florida).

Saya (malaysia), Adeel (Pakistan), John (American) dan Khalil (Egypt) bergegas menyiapkan persiapan untuk melancong pada saat-saat akhir, meskipun perancangan telah dibuat awal-awal lagim kerana peperiksaan tamat pada hari khamis sebelum hari perlancongan. Masa yang diambil adalah selama 5 jam perjalanan ke Miami dari sini. Alhamdulillah, selepas doa bermusafir kami bertolak awal pagi dan singgah untuk solat selepas itu.

Semasa di Malaysia, rata-rata saya terdengar orang berkata Miami beach tempat yang PANAS! Mujurlah kami kesini pada musim sejuk( walaupun Florida tiada salji), tapi cuaca agak dingin dan berangin, menyebabkan tidak ramai sangat ikan-
ikan salai berjemulan dengan seurat benang. Dari sumber yang boleh dipercayai, waktu summer/musim panas adalah waktu yang paling PANAS disini. Lebih banyak "ikan salai" dijemur. Tidak terhad kepada "bawal putih" tetapi juga ikan dari bermacam-macam rupa. Pantai disini amat bersih, panjang dan lebar.Kami juga ke Hollywood town dan terjumpa Trumph Tower. Yang ni ke dalam Apparentice tu? 

Kemudian, kami window shopping di Downtown Miami. Banyak sungguh bar-bar disini, dan jika ada restoran pun harga sepotong kek boleh mencecah USD 50. Dilihat tiada siapa yang makan. Mereka hanya memesan minuman dan menikmati panorama bandar yang dihiasi neon untuk krismas. John says" This place is only good for thosed drunk ***, nothing much to do here, except for window shoping and have some ice-cream.lol (laugh out lout)". Dalam kedinginan malam, kami memesan ice-cream dan berjalan-jalan melihat bandar dan gelagat manusia disini. Kadang-kadang saya terfikir," Tak ada bezanya disini dengan Malaysia, tidaklah sama seperti apa yang didengar dari mulut-mulut orang. Tempat ini bestlah, beza dengan Malaysialah. Jika berbeza pun, mungkin majoriti orangnya, kerana disini kami dilihat sebagai pelancong asing. Haha.". Benar, hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. 

Ada banyak lagi tempat yang dilawati tapi "pictures speak more than words". Gambar-gambar semasa melancong telah diupload di Facebook. Tentang makanan pula tidak menjadi masalah, dengan berbekalkan GPS dan kereta, kami sampai ke Barbar, Apna, Madras, dan Jurusalem restaurant yang menyediakan makanan halal dari Algeria, Lebanon, India dan sebagainya. Saya selaku bendahari merekodkan perbelanjaan kami disini. Kebanyakan masa 3 hari di Miami pula dihabiskan dengan "sight seeing"bandar, dan meronda sekitar pantai. Bersih persekitaran, dan agak bersih dari "ikan salai" ( hampir-hampir tiada).

Beberapa rakan kami teruja untuk bermandi manda di Pantai Miami. Saya, dan Khalil hanya baring-baring di tepi pantai berpakaian lengkap dan cuba menikmati panas yang pada masa ini sukar untuk di rasai di Gainesville. John pula menghilang entah ke mana. Semasa mengambil wuduk, air laut yang sejuk dan berbau hanyir sedikit memahamkan saya tentang kondisi disini. Pantai Miami, tiada bezanya dari Pulau Pangkor, Langkawi dan pantai-pantai lain dari segi persekitaran. Benar, indar khabar dari rupa. Tapi sekurang-kurangnya saya sampai juga kesini. Lebih baik melancong dalam negara (Malaysia). Perancangan kami diubah pada saat-saat akhir atas faktor tiket yang mahal USD70 kebanyakannya, dan pemandu yang keletihan.

Di sebabkan musim cuti, memang ramai orang di tempat-tempat rekrasi kecuali beberapa tempat.Kami ke Aquatica ( water theme park), yang bersebelahan dengan Seaworld , Orlando. Tak ramai sangat orang disini, suhu tak begitu dingin, dan kami mencuba kebanyakan permainan disitu. Seronok, tak sedar sesiapa pun disekeliling. Sesekali terfikir, tak ada bezanya dengan Taman Tema Bukit Merah @ Sunway Lagoon. Lebih kurang sama ja.

Kami berjalan-jalan pula di universal studio dan sekitarnya pada sebelah malam. Tempat yang besar , menarik dan berpotensi menipiskan poket. Setelah beberapa jam disini, dingin malam membuatkan beberapa rakan ingin menikmati minuman panas di Starbuck cafe di Universal Studio. Kami bersembang untuk beberapa jam sebelum pulang ke hotel setelah melihat semakin ramai orang kesejukan memasuki cafe ini. Masa dah cukup.

Hari terakhir kami pergi ke sebuah tempat untuk Air boat ride. Bot meluncur laju merentasi paya dan tasik. Pemandangan yang indah di sekitar-kitar sungai. Di paya, bot beraksi mencari encik Alligator, dan kami jumpa 2. Selepas menangkap gambar dan mengucapkan selamat tinggal kepada encik Alligator, dan meluncur liar dengan bot selama hampir sejam, kami pulang dengan menangkap gambar dan video yang menceritakan suasana kami disini.

Terlintas hadith nabi “Apabila keluar tiga orang bermusafir, maka lantiklah sebagai Amir salah seorang daripada mereka.“ Dalam riwayat yang lain ditambah“. bahawa hendaklah mereka melantik seorang amir ke atas mereka.“ (Hadith Riwayat Abu Daud).

Without doubt that we have a blast here. Kami kesini kerana majoriti dan ketua.Peranan ketua dan majoriti memainkan peranan besar jika ingin melawat ke sesuatu tempat. Semua bergantung kepada ketua. Baik kepala keretapi, baiklah gerabaknya. Tapi masa 6 hari ini saya ambil untuk melihat tempat orang dan persekitaran mereka. Dari sudut itu, memang telah tercapai dan saya gembira. Dari sudut yang lain, yang baik boleh jadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Tak mudah untuk menjadi majoriti @ ketua.. dalam apa jua hal sekalipun!!

Selamat bercuti dan selamat tahun baru!


Tuesday, December 23, 2008

KeKaSiH DiHaTiKu.

Ah, "rindu awak, sayang awak", ungkapan yang popular pada satu ketika. Bagaimana perasaan bila jatuh cinta? Makan tak kenyang, mandi tak basah, hidup tak tenteram, kemana sahaja teringat dia, Cinta fitrah saya yakin semua amat arif. Yakni jika orang di Barat berbincang tentang kisah pengorbanan terkorban Romeo dan Juliet kerana cinta?, Kita sebagai Muslim ainulyakin Adam dan Hawa pula lebih terkenal dengan berkorban kerana cinta dalam mendakap mardhatillah, selepas diijabkabulkan.  Tanyalah hati, yang mana lebih mendatangkan ketenangan? 

Cinta hakiki pula bagaimana? Salahkan mencintai seorang manusia, atau patutkah tidak mencintai sesiapa untuk mendapat cinta hakiki? Ini adalah persoalan yang bermain-main di fikiran kita, selalunya. Ditinggalkan cinta nafsi, terus sahaja meratap merayu kepada cinta hakiki, namum setelah cinta fitrah nafsi mengetuk kembali, sukar untuk mendakap cinta fitrah kembali. Dimana silapnya? Siapa sebenarnya kekasih dihati?

SURAH AT TAUBAH, AYAT 24 : Firman Allah, yang mafhumnya

” Katakanlah jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri,kaum keluarga,harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah2 tempat tinggal kamu sukai adalah lebih kamu cintai dari Allah dan rasulnya dan dari berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya, dan Allah tidak memberi petunjuk pada org2 fasik”.

Sahabat.. hal ini melibatkan aqidah kita.. kita tahu aqidah ni penting.. kerana kalau aqidah tiada.. maka sesia sahaja amalan kita.. ada peringkat-peringkat kalau kita nak betulkan diri.. benih AQIDAH yang baik, yang akan menyuburkan pohon IBADAH,lalu memberi hasil buah AKHLAK yang lazat… 

Arab jahiliyah dedulu pun ada aqidah dan ibadahnya.. sembah berhala, percaya pada pokok,dsb (korang lebih maklum), tapi tang akhlak diaorang fail!! bunuh bayi.. zina.. dsb( korang lebih arif). Kita bercakap berkenaan Aqidah Islamiyah, yang mentauhidkan Allah dan mengaku Nabi Muhammad SAW itu adalah RAsul kekasih pilihan Nya.

Berbalik kepada ayat diatas.. maksudnya,jika difahami,  didalam konsep Awlawiyat ( keutamaan ) dalam hati kita, mesti didahulukan oleh 3 perkara ( Allah, Rasul dan Jihad).. dan tidak boleh didahului oleh 8 perkara yang lain ( rujuk atas).. kerana apabila perbuatan yang kita lakukan tidak diniatkan kerana Allah, maka tak ada pahala yang kita diperolehi.. malah dipadang masyar nanti pula Allah akan suruh orang yang buat kerja kebaikan .. walaupun dermawan, ilmuan, ahli agama, student, dsb.. untuk menuntut kebaikan kepada siapa yang diniatkan.. so.. kekawan.. berhati-hatilah.. jagalah hati. Niat juga adalah perbedaan antara adat dan ibadat.

Malah kalimah syahadah kita yang selalu disebut-sebutkan ( tiada tuhan selain Allah) akan terbatal tanpa kita sedari dengan pelbagai-bagai cara.. Mengetahui makna syahadah itu baik, namun memahaminya itu lebih baik. Melalui syahadah, bahawa tiada lain yang lebih utama di hati kita selain pencipta kita.. maka , kalau kita dah letak orang lain didalam hati selain dari Allah dengan menukar kalimah ‘tiada tuhan selain ALLAH” kepada ” tiada tuhan selainNya? Ya Allah! 

Memang ada kebenarannya, dan sememangnya benar.. secara fitrah, sapa yang tak sayang dengan diri sendiri.. dan sememangnya manusia itu dicipta dalam keadaan mencintai dirinya sendiri. Sedikit kisah daripada sahabat, semasa Umar r.a berjumpa Rasullullah s.a.w dan berkata, “Wahai Rasullullah, sesungguhnya dirimu adalah yang paling aku cintai dari segala isi dunia kecuali iri yang berada diantara dua tulang rusuk ini”. Maka, baginda pun bersabda,” Jika begitu, imanmu masih belum sempurna selagi engkau tidak mencintai Allah dan Rasulnya melebihi dari dirimu sendiri”. Lalu berkata Umar,” Demi Allah dan Rasulnya, sesungguhnya aku mencintaimu Rasullullah melebihi segala isi dunia termasuklah diri yang berada diantara dua tulang rusuk ini ( Umar)”

Jadi, memang benar jika kita terlalu mencintai sesuatu makhluk walaupun tiada lafaz kalimah yang terpacul, tapi hati sudah berkata ya, seperti sayang kita pada family, kereta, parent dan sebagainya, dan ditaqdirkan Allah sesuatu berlaku musibah terhadap mereka, maka sudah pasti diri yang mencintai makhluk ini akan rosak tak kira dari segi kewarasan akal dan tindakannya. Namun, jika hati ini mencintai Allah dan Rasul melebihi segala isi dunia termasuklah diri sendiri, dan menjalankan amanah @ hubungan dengan makhluk lain atas rasa sayang dan saranan yang telah diwahyukan oleh Allah kepada kekasihnya, nescaya rasa redha, dan tawadduk akan menjadi perhiasan utama dalam diri. Wallahua’lam..rindukah warkah cinta dari Pencipta cinta?

Consult your heart..

Friday, December 19, 2008

Jalan-jalan cari makang~

Disebabkan Ruxandra Gala, "visiting scientist" dari France akan meninggalkan lab kami Sabtu ni, maka kami ada la makan2 kat satu restoran Jepun, known as Fiji Sushi. Best makanan kat situ, tambah2 plak di belanja supervisor. Hehehe. Pilihan hatiku? Mestilah Salmon Teriyaki Bento. "Bento" ni kalau tak silap bekal makanan utk lunch dalam bahasa Jepun? Kalau korang tengok movie jepun @ baca manga, bekal makanan untuk lunch tu la bento. 

Bento ni kalau tak silap salah satu cara seseorang mengekspreskan dirinya dalam usaha untuk mentranskripkan hasrat hatinya pada seseorang, dan penyediaan dan menu menunjukkan betapa orang tersebut dihargai. Itulah kot falsafah disebalik bento. Bleh cari google tgk details.

Dinosour roll, dan satu lagi tak sure pedia, nampak best. Ada nampak macam popia dalam pakej bento, tapi mujur terdengar depa dok sembang2 ," Hm, it taste good, is it chicken or pork?". Errkk.. putus selera utk 'popia' tu.

Cakap pasal makanan, jalan-jalan cari makan adalah benda yang perlu. Benda2 lain macam burito, Gyro Beef Sanwich (amat bagak) dan macam-macam lagi adalah keperluan untuk tukar2 selera dan merasa makanan diorang. Tak lupa juga kepada 'subway' yang menyediakan makanan ala-ala sandwich, dan biasa makan seafood dan tuna ja. Untuk topping dan dressing, biasa kata everything (suma skali) walaupun 6 inches je rotinya. Hehehe.

Ok, break sebelum break panjang bermula. Miami, here I come.

Thursday, December 18, 2008

This semester is done!

I'm now in UF. I'm just completed my final exam for this semester on Tuesday this week. It not easy though, and not hard either. Choices to be Master candidate require absolute commitment, plus hard labor on class and research. Need to balance both. In Malaysia, if we referring about research, we apply exact same format as UK education, but US and Canada don't. 

Each semester minimum 9 unit to take, and for Msc 30 unit is need to complete the degree. PhD is more demanding, with 90 unit, plus presentation and defense research proposal. Study group? I can say it almost IMPOSSIBLE to do it like traditional way; sitting around in a group, do discussion etc- because each one have to watch their own back. Anyway, the method and approach to implement the mechanism can be done. Especially through email, online group discussion etc.  Moreover, like I say before, here is not a place to fool around. Honeymoon semester is over.

How about the classes are they good? Excellent? Well, I only took two classes + research this Fall. 1. Plant growth and development. +2. Horticultural Physiology +3. Master Research = 9 unit in total. Start on August, and just ended last week on December. During 1st month, lecture and journal club is like sound bite. Miss few point. But still, escape is not a choice. It’s very interesting when we talk about hormone, phytochrome, circadian clock, and how endogenous factor regulated evolution and development of plant species. Now, I'm enjoying reading journal (something that I never dreamed of before) as each journal have their own same rhythm. We can tell which one are good or not. 

About classes, it Okays. For those who interested about plant and want to find good references for this, I recommend "Plant Physiology, 4th Edition". Lovely! My American friend say, this book is Bible of Horticultural Plant. Yap, I do agree with them. New plant hormone were discover after 2006; Brassinolides, Salicylic Acid, Jasmonic Acid. They sure have to update it next time for new edition. lol!

LOL? I learn many short forms here. lol= laugh out loud. brb= be right back, tba= to be announce. It not only Bahasa Melayu have undergo word evolution, it happen in English either.

 lol.

Interesting part on my research project. I can't tell much about this. Probably after I manage to publish a research paper, I will forward them to you guys. Still, it confine for me to speak about it around. Basically, I'm working on strawberry (Fragaria spp). I can't forget people responded when they knew what project I working on. You can hear "Kyaa!" from Japanese, "Wow" from Chinese, "Awesome!" from English native, and "Wooo.." from Malay. Its multiple by the power of 4 if the person have chromosome XX. Isn't that neat?

I'm done with this semester. Far to go, still. This winter break is for serious rest. When we are play, sleep, pray, do it seriously! It not hard to be hard, and not easy to be easy? I'm going somewhere with my friends on vacation soon. I will tell about it late. Till next time... ganbatte!

 

Mata seorang lelaki.


Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, ana rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

PAY ATTENTION… GIRL….. DAH START DAHH NII

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan muhrim kita.Kalau rasa perlu berjumpa kawan2 yang bukan muhrim, bawa sekali bersama kita muhrim kita, adik kita ke, mak ayah sekali ke..InsyaAllah..

Saya hanya dapat membantu sahabat kalian melalui penulisan yang tak seberapa ni sebagai peringatan sesama kita.Yang selebihnya terpulang kepada Allah untuk menentukannya . Wallahualam..


*entry ini di poskan kepada saya beberapa tahun yang lalu. Penulis sebenar tidak diketahui. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada penulis. Ameen



Wednesday, December 17, 2008

Masa itu emas- unplugged


Salams, 

mungkin klasik bunyinya bila memberi tajuk "masa itu emas". Org tua dulu2 ada pepatah yang pendek tapi penuh makna. Orang sekarang mungkin kata, " Masa itu duit" dan sebagainya. Tapi nilai emas di pasaran sekarang lebih tinggi dari nilai matawang yang tak tentu punca. Nak kata "berharga" masa itu.

Insyallah, cuba nak jadi workaholic walaupun tak minum horlic. Nak jadikan lab sebagai rumah pertama dari rumah yang disewa sekarang ni. Hm, bercakap pasal "integrating sunnatullah and syariatullah", bukanlah satu benda yang mudah, jika kita menambah perkataan "istiqamah" atau konsisten. Dah terasa jugak kesan biolnya kepala jika kerja lebih dari 8 jam sehari. kena rehat bersama kit kat selama bebrapa jam dan sambung semula.

Di lab dan office la nak buat kerja dan serius untuk melaksanakan tugas. DI rumah, pelbagai tanggungjawab kena dilakukan sebagai tukang masak, tukang kemas rumah, tukang cuci tandas, tukang bertukang yang mengalahkan orang yang dah berumahtangga, sebab kita duduk dengan teman serumah yang berlatar belakangkan ego yang pelbagai. *ego disini merujuk kepada background yang berlainan, lagi berbeza ego dapat kawan dari pelbagai negara.

Teringat pesan Allah dalam Quran yang mafhumnya, dijadikan manusia dari berbilang-bilang kaum dan bangsa, adalah supaya dapat berkenal-kenalan. memang benar sangat. Cuba bayangkan kalau pegi mana2 pun kat dunia ni, jumpa orang pattern sama je ngan Malaysia. rasa tak bermakna nak melancong @ keluar pun, semua sama je. Macamana pun, ainul yaqin bahawa hikmahnya lebin besar dari itu.

Orang di USA ada yang workaholic sesangat dan bijak, dan ada jugak yang minum horlic dan kurang bijak. Biasa. Lepas pilihan raya kat sini ramai pelajar dan pensyarah di UF undi Obama, mungkin kerana polisi Mc Cain dan Obama terhadap pendidikan tinggi berbeza. Mc Cain nak kurangkan belanjawan terhadap research, tapi obama nak doublekan belanjawan dan mengurangkan belanjawan terhadap fellowship yang mereka bagi. Hidup disini nampak mewah, tetapi hidup disini tidak semudah yang disangkakan. Sistem kapitalis, hanya yang terbaik akan kedepan!

Politik di Malaysia? Allahurobbi. perkembangan memang diikut, dan harap2 Allah permudahkan pimpinan pada orang yang benar2 layak. Banyak kepincangan yang dibongkar oleh pakatan rakyat terhadap kerajaan sekarang. Cuma perlu beringat, jangan rancak sangat. Kebejatan itulah yang akan menjadi tanggungjawab dan tuntutan terhadap mereka kelak. Mungkin.. ya atau tidak. Kita tengok2lah.

Hari yang berlalu, menyedarkan bahawa emas itu sebenarnya ada ditangan kita sepanjang masa, cuma bezanya kita gunakan untuk perkara yang ma'ruf @ mungkar.. kira-kira terakhir dalam buku log akaun masyar sedang berjalan.. tik tok... tik.. tok!

Issue on Malaysia fatwa againts yoga.

Hi  my friend here asked about Malaysia fatwa on yoga, and somehow feel nonsense act have been taken by Malaysian government. After reading this post, I then do understand why he respond like that. We need to realize, sometime international media do report things far beyond it accuracy, and always jump to different perspectives. Here is the link to BBC news where he get  link from.

http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/asia-pacific/7743312.stm

Unfortunate for those who cannot read Malay language, because all the discussion and explaination cames from local newspaper and blog. I wonder why it is not a favor for those who seeking materials before gazette. However , here is the link (for those who can read Malay language):


I also translated the article above for English reader.

Long story short, you can practise yoga as an exercise, but not systematically until nirvana. Gosh, I wonder what are other things that international miss report about us. *Sigh.

“National Fatwa Council today ban Muslims practice yoga systematically, which involves physical elements and spiritual because it contrary to Islamic law.

The chief, Datuk Dr Abdul Shukor Husin however said, physical practice namely exercise in yoga, without incantation and worship elements superficially does not become offense.

However, according Bernama report, he said, it is not encourage because worried would erode Islamic’s someone’s faith as it is one from total component the banned practice.

“Yoga practice which originated from Hindu community has three level, first stage is physical namely exercise, second-stage is incantation and worship to get peace and third stage is self unification with God.

As such agreeable discussion member decided that any kind or practice form which contains that elements is prohibited and contrary to Islamic teachings,” he said to reporters in Putrajaya today.

Abdul Shukor says the matter is held in 83rd “Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan”’s conference which convened last 22-24 October in Kota Bharu, Kelantan, and will be extended to state religious councils to be gazetted.

Besides Malaysia, yoga practice have banned in Singapore and Egypt, he said. Abdul Shukor says, in this level, awareness programme on the practice will extend to all country through Department Of Islamic Development Malaysia (Jakim).

He also advised Islamic so that careful society and alert with things that can deviate faith, and should study profoundly about something previous practice to do its. He said have been lots different customs in Islam that can done to safeguard health and get peace including practicing prayer and chant.

Yoga was one exercise package has been practiced since 3,000 previous-year Masihi and is said can be delaying ageing, reduce risk of diabetes, asthma and heart disease.”

Tuesday, December 16, 2008

Eidul Adha di Gainesville



Raya haji disini macam biasa, Tiada kerbau mahupun Bison terkorban. Selepas solat berjemaah, kami mendengar khutbah, dan setelah itu makan beramai-ramai di Hoda Center. Alhamdulillah. Kali pertama beraya di luar dari tempat sendiri. Terasa amat ukhwah dikalangan Muslim.

Dalam kesibukan melihat betapa ramainya umat yang jarang2 dilihat mukanya ( kecuali bulan Ramadhan , Solat Jumaat & HAri raya), terpandang satu jejaka memakai songkok putih berambut panjang melepasi bahu. 

"Macam orang Indonesia ni"> kataku dalam hati, perlahan, PERTAMA kali jumpa dengan rakyat negara jiran. A'an, Anum dan Rangga. Mereka dah bermastautin disini 2 tahun. Ada juga kami bertukar2 maklumat tentang jumlah orang yang ada disini. Tapi jumlahnya amat kecil, mungkin mereka satu-satunya keluarga Indonesia yang menetap di Gainesville, tidak termasuk dengan Daniel ( seorang lelaki Cina Indonesia yang sopan santun yang kujumpa di Presiden House semasa International Student Orientation day).

Rakyat Malaysia di Gainesville? Hanya dua orang sahaja, Aku termasuk Sharon (amoi Penang yang baik dan kelakar). Tu la kami berdua ja.  Time raya, rindu dengan keluarga, kawan-kawan di tanah air.. dan sudah pasti makanan di MALAYSIA!

Solat jam 8.30 am, khutbah 915-945am, jamuan 945am keatas, tapi aku ada lab meeting mingguan dengan rakan2 selab dan pensyarah sekitar jam 1030 pagi. Hoda center ini terletak agak jauh dari kampus, dan bas pun kurang ke sini. Mau @ tidak, kenalah tanya dan pinta jasa baik rakan2 yang berkenderaan. Mohamad Biswas (kedua dari gambar aku berempat) menghulurkan jasa. Sesungguhnya mereka disini tidak berkira!

Disini baru terasa, Islam itu melewati bangsa, kulit dan rupa. Di sini baruku rasa ukhwah fillah, dan senyuman kawan-kawan seagama yang ikhlas dalam mengulit erti kata MEHNAH. Islam mereka disini bukan Islam warisan. 

Masih menghitung hari, beberapa minggu semester Fall ini akan berakhir, exam, dan seterusnya hidup lab ini mesti diteruskan. 

Consult your heart..

Fadhli