Merdeka! Jumaat~1 Muharam.
Alhamdulillah, setel juga exam terakhir hari ni. Bermalam di ofis kerana takut terlepas exam pada jam 730am. Hampir 4 hari sebelum itu ( & juga kini) mata terkelip-kelip merajuk tidak mahu tidur. Siang mengantuk malam berjaga, mencari cucu di mana ada.. heh Setibanya di office, terserempak Kevin dengan mata yang sembab. Bertegur sapa seketika dengan advisor aku lalu terus mengadu kisah takleh tido. Dia tersengih dan berkata, “WELCOME TO MY WORLD!” Turlington Hall, menara jam ditengah-tengah kampus UF “ World- world juga, akhirat jangan lupa~” begitulah katanya mungkin kalau Kevin seorang muslim. Bunyi macam Mawi jaa. :P Sangat kagum, terkesan dengan moral advisor aku sorang ni. Sentiasa optimis, workaholic, tak pernah mengumpat orang, kelakar, walhal berjuta kilo masalah ada di belakangnya. Hampir selalu tersipu2 saya malu.. & soalan cepuk emas pula datang bertalu-talu, Kenapa aku seorang muslim terasa amat kalah dengan usaha dan moral yang ditunjuk...