Meludah Ke LangiT.
“Nah, cuba makan buah kana ni. Buah ni Rusa kalau dapat kecur air liur dia. Wangi!” pelawa pakcik Yaakob pada kami semasa jungle tracking semasa musim buah durian.
Kami mengambil seorang sebiji, dengan lafaz Bismillah dan yakin, terus menggigit tanpa was-was. Sekali gigit, Aduh Masamnya!
“Jangan dibuang, terus kunyah!” arah Pakcik Yaakob yang menggalas senapang itu. Mana tahu kot2 ada rusa katanya. Pakcik Ad yang dari tadi menghisap rokok daun hanya tersenyum melihat muka kami berkelat2
Ada rakan yang tak tahan, lalu terus meluahkan dan meludah ke langit.
HOH! RUGI! tempik beberapa orang kawan yang sudah mencuba lebih awal.
Bagi beberapa rakan selepas beberapa kunyahan, tiba2 rasa masam dan kelat itu bertukar kepada rasa wangi dan manis. Hilang rasa masam & kelat buah kana itu! Subhanallah! Sedapnya!
“Kan, enak kalau boleh tahan lama sikit.” kata Pakcik Yaakob sambil menghulur lagi buah kana.
“Em2, Nasib baik kami dengar tadi. Hehe.” kata kami sambil mengambil beberapa biji buah kana sebelum meneruskan tracking di hutan bukit serdang itu.
Bukan ke enak jika setiap yang sedikit itu ditelan manis & pahitnya sebelum meludah & melatah? Kadang2 lebih baik banyak mendengar kata dari banyak ingin kata didengar.
*****************************************************************
MENGINTAI SURAH ABASA
Surah Abasa diturunkan kepada RSAW sebagai teguran dari Allah kepada baginda kerana terlepas pandang/ terabai seorang tua yang buta yang mahu bertanyakan tentang Islam.
Ada yang berpandangan, ketika itu RSAW beberapa pemuda / golongan bangsawan dari golongan Quraisy berjumpa baginda. Strategi bahawa jika orang besar2 datang, maka lebih untung kepada Islam, kerana besar pengaruhnya.
Besar pengaruh, maka ramailah orang yang dibawah pengaruh orang tersebut akan menerima Islam.
Terlepas pandang bahawa ada insan lain yang dahagakan perkara yang sama. Menyesal baginda, selepas kejadian, kemudian mengatur semula pertemuan, lalu berkata,
“Wahai orang yang dengannya ditegur aku oleh Allah..” kata baginda tidak lagi bermasam muka, malah tersenyum dan ikhlas sekali.
Kadang2 lebih banyak mendengar dari banyak ingin kata didengar (dah ulang sampai 2 kali dah ni. huhuhu).
RSAW juga pernah ditegur semasa Jibrail a.s membacakan surah Al Alaq yang merupakan wahyu pertama yang didengarkan kepada baginda kerana mulutnya tergerak2 cuba untuk mengikut bacaan Jibrail itu.
“Jangan risau wahai Muhammad, Allah akan menetapkan hafalan itu padamu. Dengarlah dulu. “kata Jibrail a.s
DENGAR & SABAR
Apabila sampai kepada kita satu berita dari orang yang fasik, @ dari sumber yang meragukan, @ berita yang tidak pasti kepastiannya, selidikilah sebelum MELATAH. Benar firman Allah dalam Quran:
Jangan dijadikan surat khabar, blog @ apa jua utusan yang daily dan terkini sebagai rujukan utama harian dan pegangan melebihi dari warkah cinta Pencipta kepada makhluk pencipta.
Jangan dipercayai seolah2 tidak ada bias @ kesalahan nukilan dari tangan manusia. Tiada satupun nukilan @ berita yang ditulis oleh tangan manusia terlepas dari ralat. Ralat yang sentiasa terbuka untuk TERJAHAN mahupun PEMBETULAN.
Apabila sampai satu perkhabaran @ ditanya berkenaan sesuatu perkara. DENGAR, fikir dan bersabar dalam memberi respon. Tak semestinya setiap persoalan di WAJIBkan jawapan.
Lebih baik mengatakan TAK TAHU, kerana dengan itu pun, ia telah berfatwa daripada memberi kesimpulan sendiri atas telatahan.
JANGAN!!
Seperti kata saidina Umar apabila mahu kata2nya dibukukan. “Aku tidak akan membukukan sehinggalah HATIKU BERKATA JANGAN. “(jangan dibuku)
Boleh jadi tersilap dalam memberikan kata2 ketika itu juga, bukan pada ISI, tapi pada KAEDAHNYA. Frekuensi semua manusia tidak sama. Jangan ukur semangat diri sendiri dengan semangat orang.
Terutama dengan orang yang sudah menjadi buluh betong supergonya itu, yang hanya mahu “cara AKU” didengar oleh orang lain, tetapi kurang terbuka untuk mendengar.
Seperti orang yang diberi emas, matanya terpejam tidak mahu melihat, dan membuat kesimpulan yang diberi hanyalah logam. (mangkuk punya orang, kalau adik aku dah lama aku lempang berkali2..ya, lempang dalam sayang.hahaha)
Hikmah dalam bersabar dalam memberi nasihat BESAR manfaatnya. Jika kita dilontarkan dengan satu kabaran @ berita, perkara pertama yang baik dilakukan adalah DIAM & berbaik sangka.
Bukan bermakna diam dan berbaik sangka sekadar senyap tersenyum kerang, tetapi lebih baik mencari punca perselisihan @ permasalahan yang SELALUnya tidak sebenar mana.
Kemudian menyusun rangka, memerhati benarkah khabar berita, agar tidak menjadi seperti burung kakak tua. Lidah inikan lebih tajam dari pena@ pedang? Jangan ada yang terkorban kerana kurangnya dengar dan sabar dalam pertimbangan.
****************************************************************
Pak Cik Yaakob berkata kepada kami,
“Turun bukit ni elok2. Capai pohon @ pokok2 kecil, Jangan terlajak laju sangat. Nanti jatuh susah.”
Semua mengangguk setuju selepas mendengar saranan itu. Buah kana, beberapa survival skill semasa berada dihutan, dan beberapa ilmu yang lain kami dapat kerana memanfaatkan sikap untuk lebih MENDENGAR, dan memperdengarkan persoalan jika ada perkara yang tidak jelas.
Kot2 ada yang bebal masa tu kerana kurang MENDENGAR tetapi tetap dengan pendirian INGIN orang lain mendengar kata2nya sahaja, mahu bertambah kenduri tahlil kami pergi.
HAH! KAMU DULU! kata pakcik Ad kepada salah seorang rakan kami. Berpeluh dingin member.
…..
Sayup2 kelihatan selepas itu kelihatan sekumpulan kami menuruni bukit berkecerunan 45 degree seperti YAMAKASHI. :P
“Muhasabah itu perlu, Mujahadah itu selalu”
ps: Muhasabah; refleksi diri. Mujahadah; berperang dengan kehendak batin, terutamanya nafsu dan syaitan dalam diri.
-anak murid tumpang belajar- kalau salah tolong tunjukkan.
Comments