-I- Goodbye Pali..

I

Alhamdulillah. Masih bernyawa pagi ini. Baru sahaja berpisah sementara dari saudaranya mati. Mengucap syukur kerana hari ini masih ada. Terkelip2 mata sebelum tidur memikirkan salah jika ada, memaafkan kesalahan jika ada. Walaupun tak selalu dibuat, tapi sedikit itu lebih baik dari tiada.

Menjeguk jendela luar selepas subuh. Matahari masih belum keluar lagi. Terjenguk2 Khalil yang baru lepas mengimamkan solat subuh menyediakan sarapan pagi. Rajin dia ni. Baru sahaja mendapat cahaya mata kedua, seorang anak perempuan juga. Anak pertamanya juga comel bermata biru, darah asal dari Mansurah, Mesir. Beberapa minggu lalu dia mendapat panggilan telefon (skype) dan memaklumkan hal itu. Mabruk akhi! (tahniah saudara!)

Tidak lama lagi kami akan berpisah setelah beberapa bulan menjadi rakan serumah. Adeel, sahabat yang dikenali hanya melalui Gainesville brotherhood, telah banyak berjasa sejak dari Malaysia walaupun kami tak pernah bersua.

Husnudzon (berbaik sangka) telah menjadi kekuatan Muslim disini. Walaupun mempunyai ego (latar belakang) dan superego (pelbagai mazhab; sunni, syiah, salafi) namun di ICG (Islamic Center of Gainesville),  semua itu menjadi malar. Tidak terasa.. Muslim hanya muslim! Tiada istilah muslim berkastakan bangsa sahaja. Err.. Muslim pada nama? Itu ada dimana2.

n1003826508_30229541_2004 

Sudah hampir 10 bulan tidak mendengar azan dilaungkan dari corong2 speaker masjid disini. Kalau ada pun kedengaran hanyalah dari corong speaker laptop bersoftwarekan Athan Basic. Komuniti Muslim disini tidak besar, Banggunan yang milik kerajaan saudi itu dikunjungi setia oleh muslim disini teeutama pada bulan Ramadhan dan hari  Jumaat.

Benar, jika mahu melihat kekuatan Muslim setempat, lihatlah jemaah pada ketika waktu subuhnya. Tidak pula bersekempatan untuk menziarah rumah Allah di waktu subuh, kerana jarak yang agak jauh dan tiada pengangkutan. Insyallah, harap2 cita2 itu akan terlaksana tidak lama lagi.

Adeel akan meninggalkan kami pulang ke tanah airnya di Pakistan. Sahabat baru mengantikannya, yang aku rasakan seorang yang selesa dengan pendekatan Salafi? Faham benar dia bila berbicara tentang hadith dan mazhab Hanafi. Teman2 lain juga pergi silih berganti. Yang sudah selesai akan pulang, yang baru datang.

Mahu dikatakan diri ini perindu?.. takut bukan perindu.. diri sendiri tidak biasa menipu, tetapi kadang2 sering tertipu dengan diri sendiri. Berhati2 dengan hati.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa.. jadi ikutlah Nabi? Melakukan tidak semudah menulisnya, dimana dunia yang semakin  mendagangkan Agama wahyu yang asalnya asing ini.

When are you leaving to university? tanya sahabatku Khalil .

Oh, before 9am. balasku ringkas sambil menyambut coffee buatannya itu. BEst2! Sudah hampir jam 9am pun.

Ok, take care. Goodbye Pali! kata Khalil sambil melambai2 tangan. kekeke.

Comments

Anonymous said…
sangat panjang. :O
pali said…
em, betul3,

dah buat pecahan kepada 3.

makasih ya~ :P

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap