-II- Niat, Kemahuan & Perlakuan

II

 

"Tuntutlah agama biar sampai jadi ustaz!" ada sahabat memberi nasihat.

“Anta ada potensi dakwah ni" tambah seorang lagi disatu ketika.

Dakwah?Tidur? Menasihat? Itu semua adalah perlakuan. Makan pun perlakuan juga.

Dalam doa iftitah yang sering kita baca sewaktu solat;

“Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam..”

Solat, ibadat, Hidup, dan Mati adalah perlakuan makhluk. Diniatkan kepada siapa? Niat mengikut 2 kalimah syahadah yang diucapkan untuk Tauhid Uluhiyah (Mengesakan Tuhan yang satu), dan beriman Muhammad SAW itu adalah utusan yang membawa peringatan risalahnya.

Kata orang tua2 dulu…

Dimana ada kemahuan , disitu ada jalan. Mahu datang dari kehendak @ desire. Bila hati sudah mahu, maka akal akan berfikir bagaimana untuk menjayakan cita-cita itu, samada secara sedar @ tidak sedar.

Niat mesti kerana Allah dan Rasul.

e.g Kehendak mahu berkawan, dan menyayangi semua saudara seagama kerana ia menjadi tuntukan agama, mahu menuntut ilmu, pendek kata wala’ (akur) pada suruhan & larangan Allah dan bara’ (ingkar) pada tuntutan syaitan dan nafsu.

Apabila niat berkawan sudah benar, berjumpa kerana Allah, berpisah pun kerana Allah, pun tiada masalah. Banyak sebab mengapa mesti berpisah, kekadang disebabkan keadaan, status dan clash of super ego.

Berpisah sebentar bermuhasabah sebelum meneruskan langkah semula. Hal yang sama dilaksanakan untuk suami isteri yang dalam pertelingkahan yang besar. Kadang2 jalan penyelesaian ada didepan mata, dan terhijab apabila bersendirian.

Jangan diputuskan sirratulrahim persahabatan, jika berkawan terutama berlainan jantina perlukan kawalan, terlebih mesra membawa kemudaratan. Sejujur mana pun diri pasti akan dijadikan bahan mainan. Berhati2 dengan perlakuan diri.

Aii.. bukan ustaz itu menjadi matlamat. sememangnya dalam keadaan sekarang ini pun tidak akan tercapai cita2 itu. Yang mampu dilakukan, bertatih satu persatu, membawa mp3 memasang "lagu"2 ceramah dari Malaysia.

Masa? Memang takde masa. Tak sempat dengar ceramah? Tak sempat itu dan begini.. tapi sempat pula pergi berjoli.. Masa hanya 24 jam. Internet pun 24 jam. Pilihan itu dihujung jari, halwa telinga mana yang mahu didengari pilihan hati.

Yang benar dan kurang berfaedah tidak boleh dilakukan dalam masa yang sama. Seperti minyak dan air..

PILIHAN.

Itulah hidup.

I-II

America. Kegawatan ekonomi yang kian parah memungkin beberapa negeri di USA ini mengalami situasi deficit yang amat teruk. UF bagaimana tidak la diketahui statusnya. Wang stimulus oleh Obama amat diperlukan oleh banyak negeri.

Semua orang panik,menyimpan duit. Bila duit disimpan, tiada peniaga mendapat wang. Bila tiada dapat keuntungan, mulalah mengambil jalan menutup perniagaan kerana masalah gaji dan sebagainya. Akhirnya? Banyak syarikat kecil2an yang gulung tikar.

Pelajar undergradute yang bergraduasi pula mengambil pilihan untuk menyambung pengajian kerana tiada pekerjaan. Hasilnya? loan di bank semakin meningkat, dan deficit semakin parah.

Fokus.. fokus..  Summer ini research perlu berjalan

Obama masih mampu membuat lawak. Best la kau..

“Eyes are the windows to the heart”-Jendela hati?

 

Lihat tangan, lihat wajah, lihat cermin/ imej diri/ video webcam dsb & melihat wajah sendiri.. sunat kita berdoa..

“Ya Allah, jadikan hatiku secantik kamu jadikan wajahku”

Sahabat,

Walaupun wajah kita average joe sahaja.. tapi yakin wajah ini lebih berseri dari hati. Ini penyakit hati di akhir zaman. Dapat hati “average joe” pun sudah dikira bernasib baik.

Kadang2 rasa sudah tenang. Jika merasakan solat 5 waktu berjemaah, pergi bekerja dan pulang kerumah terasa sudah memadai untuk mendapatkan syurga @ rasa macam kata Pak Lah “semangat TAKPA”.. kita tertipu..

Panasnya summer ini!! Panas, panasss..

Panas semakin membahang, pakaian semakin singkat dimana2. Biadari dunia ada dimana2. Cantik. Lawa. Menarik, tertarik, menarik tertarik. kekeke. Bodymu memang dewasa, tapi aku lebih suka melihat muka. Wajah kebanggaan keanak-anakan. Kasihan..

Apabila pulang Nabi dari perang yang besar, Rasullulah?SAW mengkabarkan ada perang yang lebih besar setelah pulang  yakni  peperangan dengan diri sendiri. (nafsu).

Lelaki pantas nafsunya melalui pandangan, wanita melalui sentuhan. Berhati2lah.

Mahu sahaja menyanyikan lagu Lagu bunga seroja , tapi versi BM depa tak paham pulak. :P

ATAU

 

ikutlah mana2 asalkan sampai message.

\(^;^)/

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated