HiDuP SeMuLa- updated

Assalamualaikum

"Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Bahwasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan bahwasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."

Mari kita renungkan perkataan yang diboldkan. Ia tak terhad kepada itu sahaja.

Boleh jadi seseorang berubah/ berhijrah kerana

nak pandai berblog, nak berdakwah, nak hafal Quran, nak memasak, nak dapat 4.0, nak jadi ahli PAS/UMNO/PKR yang berbakti, nak jadi suami soleh, nak aktif dalam group, nak menang berdebat, nak jadi isteri solehah, nak jadi .. nak jadi...

*list kan apa sahaja yang MENJADI CITA-CITA manusia. (sila2)

Insyallah perkara diatas adalah baik, dan Allah kata kita akan dapat apa yang kita hajatkan/ niatkan. PAHALA? Itu bergantung pada niat perbuatan, bukannya perbuatan yang menjadi niat.

 "Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya"

Inilah niat yang HAK dan MUTLAK. Niat untuk menjadi hamba kepadaNya. niat untuk menjadi MUKMIN.

Err.. macamana dengan berdakwah, CGPA 4.0, Peramah,  pemidato dsb?

Sahabat, jika NIAT kita adalah ALLAH dan RASULNYA, maka selepas itu bertawakallah, dan akan ada kekuatan luar biasa anugerahNya. Perbuatan itu adalah kemudian untuk hati yang hidup.

Dan Dia (Allah) memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal pada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusannya. Seseungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap2 sesuatu (At –Thalaq; 3)
Shakespeare said;

"IF YOU WANT TO BE WHAT YOU WANT TO BE, BE WHAT TO WANT TO BE"

Rasulullah- sebarkan cintanya..

Pali.

Comments

annur huda said…
Tajuk: Hidup Semula

adakah ini bermakna, berhijrah dalam melakukan sesuatu atau berubah kepada sesuatu itu dikatakan hidup semula?/

dalm erti kata lain, menjadi sesuatu yang baru dan meninggalkan yang lama..
pali said…
@ annur huda,
bermakna itu benar.

erti kata lain.. jika yang lama itu baik, boleh dibawa kehadapan. takde masalah.

hidup semula.. niat itu ibu kepada amal. bukan amal itu menjadi ibu kepada niat.

ps: masih pening ni. kena gi jumpa pakar. (ustaz2, dsb)

\(^;^)/- berikan peringatan.

Thanks!

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated