-III-Clash of Super Ego- updated

 

III

Panas betul disini. Suhu mencecah 90F (32.2C) hatta awan cirrus amat membahang rasanya. Jika mahu keluar dari rumah, keluar seawal mungkin. Jika mahu balik, balik "selewat" mungkin. Memang jadi petani. keluar balik tak kena matahari, meskipun kerjanya di makmal.

Earth Hour? Hurm.. macam takde faedah je kat sini. Tidak dihiraukan pun. Lampu dan aircorn  satu banggunan terpasang 24-7 walaupun tiada orang. Ac berpusat. dsb.

Ramai rakan dan aku  mengeluh PANAS! PANAS!

Hurm..

 

"Wahai manusia, bagaimana kamu boleh buat maksiat, sedangkan panas  terik matahariku tidak mampu kamu tahan!"- hadith Qudsi

I +II =III

Bacalah; “Allhuma ajirna minannar (Ya Allah, selamatkan kami dari api neraka)” kata arwah atuk dulu. Ketika kecil kami sering tidur di rumah atuk dan wah (opah) terutama pada malam sabtu. Dalam 4-5 orang. Panas2 baca ni la jugak

“Tok, tok, kalau sejuk nak baca apa pula?” Tanya adik sedara aku yang kami ketika itu masih sekolah rendah, dalam darjah 1 @ 2. Atuk menyelak kitab kuning yang menjadi bedtime storynya.  Tersenyum dia.

“Kalau sejuk pun baca kalimah yang sama. Neraka, ada yang panas ada yang sejuk” ujarnya lagi. (minta bantuan kesahihan)

Oh.. mengangguk kepala kami semua.  Benar juga. Nafsu semasa kejadian awalnya bukankah dimasukkan kedalam kedua2 neraka itu, panas dan sejuk, kerana asyik berkata

AKU adalah AKU. KAU adalah KAU!  katanya kepada penciptanya; Allah.

Akhirnya pasrah jua nafsu.. Aku adalah hambamu, dan kau adalah Tuhanku

Risaunya.. semua orang mahu cara AKU, cara AKU dalam segala hal. Amat terlupa cara Allah itu paling mulia. Sama je dengan orang yang menulis ni. Terkadang terlupa.

Buluh dan manusia.

Mudahnya buluh dilentur dari rebung. Lagi mudah melentur daripada melentur buluh betong yang sudah ada egonya yang tersendiri. Lentur2 sedikt sahaja sudah patah. Patutlah menjadi pilihan masa raya puasa dibuat meriam buluh. Bunyinya kuat!

 

BoOoMMM!!!

Meletup!

Adik aku tersenyum bangga. Bergema satu kampung! Abang aku pula setelah berjaya dalam eksperimen meriam kabalt hanya memerhati melihat “anak muridnya” berjaya. Dalam tersenyum2 itu kami dikejutkan dengan satu lagi bedilan yang kuat bergema memekakkan gegendang telinga. Oh… melopong kami.. siapa punyakah itu?

Teruskan bermain! berlawan.Enak sekali kerana buluh betong semakin besar semakin kuat bunyinya!

Buluh dan manusia??..

Allah menciptakan manusia itu dengan pelbagai kelebihan disertai kelemahan. Manusia ini hidup secara ber JEMAAH. Jika nak nafsi2, diakhirat sana la semasa al Mizan menimbang amalan. NAfsi2 di dunia, diakhirat amalan tidak jadi kita seorang punya. Kemungkinan perlu diagihkan kepada orang2 lain yang kita tidak mahu ambil peringatan @ membenci pendosa (bukan dosa).


Mudah kita menghukum manusia lain, hanya kerana ego (latar belakang)  dan superego(ilmu dan pengalaman)/ i'tiqad yang berbeza. ini masalah bersama. 

Semua  ada ITIQAD (pegangan) yang berbeza kerana ego dan superego yang berbeza. Sentuh sahaja sudah meletop! Clash of Super Ego!

 

BoOoMMM!!!

 

"Korang, aku ada pandangan aku okay???" kata seseorang.


"No no no~ , I punya yang betul, I tak judge sesapa~" tambah seorang lagi


" Ini pengalaman ana, ana tak tahulah macamana dengan orang lain.. tapi bagi ana ini lah yang benar dsb" tambah seorang lagi

 

PANG!!

CAMPAK SAHAJA KE LUBANG NAJIS SEMUA ITU JIKA IA MENJADI LEBIH KUAT DARI SUMBER YANG DIWAJIB KITA IMANI.

Dimanakah taraf pandangan kita berbanding dengan ijtihad alimin? Jika ijtihad mereka benar, mereka beroleh 2 kebaikan, jika salah 1 kebaikan tetap akan mereka perolehi.
Lihatlah ilmu dari alimin, jika benar, benarkanlah, jika salah, cari alimin lain. Kita bukan ahli agama, sedangkan ada masa2 mereka diuji dengan kesusahan dan kesenangan.


HUSNUZAN itu kunci pertama. itukan akhlak baginda Nabi?

 

Superego? Rasanya kita terkadang lebih kepada emosi @ tercampur aduk antara falsafah daripada hakikat tauhid.

 

I, II, III. Biasanya kita bercakap tentang trilogi. dan jarang2 orang bercakap tentang origin; yakni permulaan sebelum I. Ada apa sebelum I?

 

 

-just arranging my thought-

 1_637956663l

mata pena lebih tajam dari kuku wolverine? Oh, X men origin sudah keluar.…. Apakah kamu ni sebenarnya?- manusia biasa?keh3

ps: benar, kalau dah extrovert, ditahan2 bah sebandar. keh3.  Kalau dirasakan superego saya ni bersalahan dengan mana2 sumber qat’ie itu, benamkan sahaja dimana2. Tapi lepas itu khabarkanlah kesalahan.

berpesan2 dengan kesabaran  & berpesan2 dengan kebenaran. AL Asr.

 

kerana khabarku ada disini. \(^;^)/

Comments

ummujannah said…
gambar tersebut sungguh ganas!~~

nok kelik dumoh jugok ko?(hehe0HUUU)

~lama tak ziarah blog~kok kemana sih kamu?
pali said…
@iman aisyah

ya, mmg ganas. ke3. ada ja disini.:)
Yla rahYla said…
errrkkk....
A gentleman is simply a patient wolf (Lana Turner, 1920-1995) ~ ngeeeee...:P
pali said…
@yla,

Whos that gentleman? Do i know him? keh3
pali said…
@ Mahadi,

Make it 4 for you! :)

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap