Perak & ketua kelas (satu ketika dulu)

 

Lagu ni best je nyanyi masa sekolah2 rendah dulu. Aii… rindu time tu. Selepas perhimpunan, semua murid masuk ke kelas memasing.

semasa  darjah 2, ada kenangan yang tak boleh aku lupakan.

Din dilantik cikgu menjadi ketua kelas. Bagusla, senang je ikut majoriti ni, paling banyak undi dia la jadi ketua kelas.

Dalam beberapa bulan lepas tu, tetiba ada pulak aduan dari sorang bapak budak ni, kata anak dia yang patut jadi ketua kelas, lalu bergaduh la dia ni sampai bawak orang kuat dia nak menangkan anak dia. Cikgu panik, hampir2 diberi jawatan tu pada Combi (bukan nama sebenar) walaupun Din masih jadi ketua. terpinga2 Din.

Tapi sekolah itu bukanlah bengap semuanya. Tak tahulah kenapa, tahulah ayah Combi itu Pengerusi PIBG. takkan la mesti anak dia pun kena jadi ketua kelas yop. Baru je naik beberapa bulan dah macam ni. Kami dok pakat gelak je. Aii, orang tua ni. Kesian pengetua pening kapla, undang2 skolah kena ikut juga.

Kesudahannya? Entah, aku saja mereka2 cerita. (jgn kata hampeh ye.. sori2)Teringat kisah adik aku masa skolah dulu. Punya simple kalau ty budak2 pasal jawatan ketua kelas pun depa bleh jawap. Yang parahnya bila bapak budak mengalahkan bebudak.

just my two cents.

 

ps: tengok Doraemon lagi berpaedah.

Comments

annur huda said…
salam,
rasanya dulu nak pilih ketua kelas, ikut majoriti, kemudian dah selesai.

siapa popular, sapa baik dgn kawan, sure yg tu yg dpt..takde plak nak gaduh sampai libatkan mak bapak.hehe..

ini lagu negeri perak kan??bestnye.. mcm lagu nasyid pun ade..betul ke ni??dgr bnyak kali pun tak bosan..tak mcm lagu selangor nak cepat hbs je nyanyi.hehehe..
pali said…
persolan dia kat sini, bila ketua dah dipilih, selain dari undi tak percaya dari ahli, mana boleh tetiba ketua ke dua naik kan?

undang2 sekolah rendah ada jugak yang tak paham2. kekeke.

oh perakku yang unik, 2 MB, 2 speaker, 2 kerajaan.~~
annur huda said…
rasenye kena balik ke sekolah rendah balik, buat kajian undang-undang sekolah rendah..ehehe
Misai BJ said…
Boleh jadi gak ketua darjah tu sogok kengkawan dia dgn ais-cream perisa strawberry sorang satu..Tu yang dapat jadi ketua darjah dng menang majoriti. So combi tak puas hati.. dia penat2 berusaha blajar rajin..tapi tak dapat jadi ketua darjah yang diinginkan..jadi terpaksa bercerita ngan ayah dia..
Hang pernah duduk dikerusi jawatan tertinggi di U kan? Hopefully bukan dengan undi ice-cream..sbb pakcik percaya, hang diundi atas keperibadian yang mulia(i guess)..so melihat sesuatu perkara tu biarlah dengan ketajaman minda yang terbuka..
pali said…
@Misai BJ,

wa~ bestnye hang karang cerita, kalau ada link boleh tengok blog hang mcm. kekeke.

Ya, cerita diatas adalah paling mudah @ rekaan semata2, don't take it sewiously. Hurm, ketajaman minda yang terbuka? Story skit, mcm nak kasi terbuka tu? tajam tu jangan lupa. kekeke. bantu la kasi point skit.

Atuk Mudah lupa la pakcik oiii~ uhuk2.
pali said…
@ annurhuda,

Entahla, tunggu dan lihat la mcm. Ni ada orang tambah nilai cerita diatas, yang tajam dan terbuka sungguh fikirannya.. ice cream strawberry. kekeke. Mahal tu, bebudak takde duit manalah mampu nak kasi banyak2. Lainlah kalau combi, ayah presiden PIBG, orang kaya kampung plak tu, padehal ayah Din tu nelayan ja. kakaka.

ni sat lagi ada la yang kata ayah Din tu dapat harta karun @ ada orang belanda @ inggeris sponsor, bla2..

kan? kalau menambah2 kan ke mcm katun sungguh?

Hidup Malaysia! One malaysia! One Piece! Gum2 Cannon~!

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap