Miami de Tour: MaJoRiTi & KeTuA





Jumaat lepas kami berempat bertolak ke Miami, dan bertemu dengan orang kelima disana (Malik dari NewYork). Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke Orlando.Dengan berbekalkan pakej percutian yang menawarkan penginapan di Ramada Hotel/ Resort untuk 5 malam, maka tarikh 19- 24 december diberi oleh pihak penaja. Tarikh selepas itu, semasa krismas dan tahun baru tidak diberi, mungkin dan memang disebabkan oleh permintaan yang tinggi semasa tarikh tersebut. Walaubagaimanapun, 6 hari dengan sebuah kereta sudah cukup untuk menerokai Selatan Florida (Selain key west; pulau-pulau kecil yang dihubungkan oleh jambatan dan bahagian paling selatan Florida).

Saya (malaysia), Adeel (Pakistan), John (American) dan Khalil (Egypt) bergegas menyiapkan persiapan untuk melancong pada saat-saat akhir, meskipun perancangan telah dibuat awal-awal lagim kerana peperiksaan tamat pada hari khamis sebelum hari perlancongan. Masa yang diambil adalah selama 5 jam perjalanan ke Miami dari sini. Alhamdulillah, selepas doa bermusafir kami bertolak awal pagi dan singgah untuk solat selepas itu.

Semasa di Malaysia, rata-rata saya terdengar orang berkata Miami beach tempat yang PANAS! Mujurlah kami kesini pada musim sejuk( walaupun Florida tiada salji), tapi cuaca agak dingin dan berangin, menyebabkan tidak ramai sangat ikan-
ikan salai berjemulan dengan seurat benang. Dari sumber yang boleh dipercayai, waktu summer/musim panas adalah waktu yang paling PANAS disini. Lebih banyak "ikan salai" dijemur. Tidak terhad kepada "bawal putih" tetapi juga ikan dari bermacam-macam rupa. Pantai disini amat bersih, panjang dan lebar.Kami juga ke Hollywood town dan terjumpa Trumph Tower. Yang ni ke dalam Apparentice tu? 

Kemudian, kami window shopping di Downtown Miami. Banyak sungguh bar-bar disini, dan jika ada restoran pun harga sepotong kek boleh mencecah USD 50. Dilihat tiada siapa yang makan. Mereka hanya memesan minuman dan menikmati panorama bandar yang dihiasi neon untuk krismas. John says" This place is only good for thosed drunk ***, nothing much to do here, except for window shoping and have some ice-cream.lol (laugh out lout)". Dalam kedinginan malam, kami memesan ice-cream dan berjalan-jalan melihat bandar dan gelagat manusia disini. Kadang-kadang saya terfikir," Tak ada bezanya disini dengan Malaysia, tidaklah sama seperti apa yang didengar dari mulut-mulut orang. Tempat ini bestlah, beza dengan Malaysialah. Jika berbeza pun, mungkin majoriti orangnya, kerana disini kami dilihat sebagai pelancong asing. Haha.". Benar, hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. 

Ada banyak lagi tempat yang dilawati tapi "pictures speak more than words". Gambar-gambar semasa melancong telah diupload di Facebook. Tentang makanan pula tidak menjadi masalah, dengan berbekalkan GPS dan kereta, kami sampai ke Barbar, Apna, Madras, dan Jurusalem restaurant yang menyediakan makanan halal dari Algeria, Lebanon, India dan sebagainya. Saya selaku bendahari merekodkan perbelanjaan kami disini. Kebanyakan masa 3 hari di Miami pula dihabiskan dengan "sight seeing"bandar, dan meronda sekitar pantai. Bersih persekitaran, dan agak bersih dari "ikan salai" ( hampir-hampir tiada).

Beberapa rakan kami teruja untuk bermandi manda di Pantai Miami. Saya, dan Khalil hanya baring-baring di tepi pantai berpakaian lengkap dan cuba menikmati panas yang pada masa ini sukar untuk di rasai di Gainesville. John pula menghilang entah ke mana. Semasa mengambil wuduk, air laut yang sejuk dan berbau hanyir sedikit memahamkan saya tentang kondisi disini. Pantai Miami, tiada bezanya dari Pulau Pangkor, Langkawi dan pantai-pantai lain dari segi persekitaran. Benar, indar khabar dari rupa. Tapi sekurang-kurangnya saya sampai juga kesini. Lebih baik melancong dalam negara (Malaysia). Perancangan kami diubah pada saat-saat akhir atas faktor tiket yang mahal USD70 kebanyakannya, dan pemandu yang keletihan.

Di sebabkan musim cuti, memang ramai orang di tempat-tempat rekrasi kecuali beberapa tempat.Kami ke Aquatica ( water theme park), yang bersebelahan dengan Seaworld , Orlando. Tak ramai sangat orang disini, suhu tak begitu dingin, dan kami mencuba kebanyakan permainan disitu. Seronok, tak sedar sesiapa pun disekeliling. Sesekali terfikir, tak ada bezanya dengan Taman Tema Bukit Merah @ Sunway Lagoon. Lebih kurang sama ja.

Kami berjalan-jalan pula di universal studio dan sekitarnya pada sebelah malam. Tempat yang besar , menarik dan berpotensi menipiskan poket. Setelah beberapa jam disini, dingin malam membuatkan beberapa rakan ingin menikmati minuman panas di Starbuck cafe di Universal Studio. Kami bersembang untuk beberapa jam sebelum pulang ke hotel setelah melihat semakin ramai orang kesejukan memasuki cafe ini. Masa dah cukup.

Hari terakhir kami pergi ke sebuah tempat untuk Air boat ride. Bot meluncur laju merentasi paya dan tasik. Pemandangan yang indah di sekitar-kitar sungai. Di paya, bot beraksi mencari encik Alligator, dan kami jumpa 2. Selepas menangkap gambar dan mengucapkan selamat tinggal kepada encik Alligator, dan meluncur liar dengan bot selama hampir sejam, kami pulang dengan menangkap gambar dan video yang menceritakan suasana kami disini.

Terlintas hadith nabi “Apabila keluar tiga orang bermusafir, maka lantiklah sebagai Amir salah seorang daripada mereka.“ Dalam riwayat yang lain ditambah“. bahawa hendaklah mereka melantik seorang amir ke atas mereka.“ (Hadith Riwayat Abu Daud).

Without doubt that we have a blast here. Kami kesini kerana majoriti dan ketua.Peranan ketua dan majoriti memainkan peranan besar jika ingin melawat ke sesuatu tempat. Semua bergantung kepada ketua. Baik kepala keretapi, baiklah gerabaknya. Tapi masa 6 hari ini saya ambil untuk melihat tempat orang dan persekitaran mereka. Dari sudut itu, memang telah tercapai dan saya gembira. Dari sudut yang lain, yang baik boleh jadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Tak mudah untuk menjadi majoriti @ ketua.. dalam apa jua hal sekalipun!!

Selamat bercuti dan selamat tahun baru!


Comments

Anonymous said…
pali, so sape ketua?and sape majoriti?:D tau dah hang ni bendahari....
Anonymous said…
saya jadi pak turut@ kadang-kadang stand alone. Bukan ketua sebab pakej ni bukan atas nama saya. Best tu best tapi nak pegi satu-satu tempat tu punyalah kena berdebat pro and contranya. Budget, masa dan sebagainya. Majoriti tu kalau 2 orang tak mau 3 mau kira jadi la. huhuhu. Macamanapun, baik untuk pengalaman. Peace.
Anonymous said…
kalau dah namanya dunia, ikut mana cara hias pun masih tetap DUNIA..ada limit dan batasnya.

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated