Masa itu emas- unplugged


Salams, 

mungkin klasik bunyinya bila memberi tajuk "masa itu emas". Org tua dulu2 ada pepatah yang pendek tapi penuh makna. Orang sekarang mungkin kata, " Masa itu duit" dan sebagainya. Tapi nilai emas di pasaran sekarang lebih tinggi dari nilai matawang yang tak tentu punca. Nak kata "berharga" masa itu.

Insyallah, cuba nak jadi workaholic walaupun tak minum horlic. Nak jadikan lab sebagai rumah pertama dari rumah yang disewa sekarang ni. Hm, bercakap pasal "integrating sunnatullah and syariatullah", bukanlah satu benda yang mudah, jika kita menambah perkataan "istiqamah" atau konsisten. Dah terasa jugak kesan biolnya kepala jika kerja lebih dari 8 jam sehari. kena rehat bersama kit kat selama bebrapa jam dan sambung semula.

Di lab dan office la nak buat kerja dan serius untuk melaksanakan tugas. DI rumah, pelbagai tanggungjawab kena dilakukan sebagai tukang masak, tukang kemas rumah, tukang cuci tandas, tukang bertukang yang mengalahkan orang yang dah berumahtangga, sebab kita duduk dengan teman serumah yang berlatar belakangkan ego yang pelbagai. *ego disini merujuk kepada background yang berlainan, lagi berbeza ego dapat kawan dari pelbagai negara.

Teringat pesan Allah dalam Quran yang mafhumnya, dijadikan manusia dari berbilang-bilang kaum dan bangsa, adalah supaya dapat berkenal-kenalan. memang benar sangat. Cuba bayangkan kalau pegi mana2 pun kat dunia ni, jumpa orang pattern sama je ngan Malaysia. rasa tak bermakna nak melancong @ keluar pun, semua sama je. Macamana pun, ainul yaqin bahawa hikmahnya lebin besar dari itu.

Orang di USA ada yang workaholic sesangat dan bijak, dan ada jugak yang minum horlic dan kurang bijak. Biasa. Lepas pilihan raya kat sini ramai pelajar dan pensyarah di UF undi Obama, mungkin kerana polisi Mc Cain dan Obama terhadap pendidikan tinggi berbeza. Mc Cain nak kurangkan belanjawan terhadap research, tapi obama nak doublekan belanjawan dan mengurangkan belanjawan terhadap fellowship yang mereka bagi. Hidup disini nampak mewah, tetapi hidup disini tidak semudah yang disangkakan. Sistem kapitalis, hanya yang terbaik akan kedepan!

Politik di Malaysia? Allahurobbi. perkembangan memang diikut, dan harap2 Allah permudahkan pimpinan pada orang yang benar2 layak. Banyak kepincangan yang dibongkar oleh pakatan rakyat terhadap kerajaan sekarang. Cuma perlu beringat, jangan rancak sangat. Kebejatan itulah yang akan menjadi tanggungjawab dan tuntutan terhadap mereka kelak. Mungkin.. ya atau tidak. Kita tengok2lah.

Hari yang berlalu, menyedarkan bahawa emas itu sebenarnya ada ditangan kita sepanjang masa, cuma bezanya kita gunakan untuk perkara yang ma'ruf @ mungkar.. kira-kira terakhir dalam buku log akaun masyar sedang berjalan.. tik tok... tik.. tok!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated