KeKaSiH DiHaTiKu.
Ah, "rindu awak, sayang awak", ungkapan yang popular pada satu ketika. Bagaimana perasaan bila jatuh cinta? Makan tak kenyang, mandi tak basah, hidup tak tenteram, kemana sahaja teringat dia, Cinta fitrah saya yakin semua amat arif. Yakni jika orang di Barat berbincang tentang kisah pengorbanan terkorban Romeo dan Juliet kerana cinta?, Kita sebagai Muslim ainulyakin Adam dan Hawa pula lebih terkenal dengan berkorban kerana cinta dalam mendakap mardhatillah, selepas diijabkabulkan. Tanyalah hati, yang mana lebih mendatangkan ketenangan?
Cinta hakiki pula bagaimana? Salahkan mencintai seorang manusia, atau patutkah tidak mencintai sesiapa untuk mendapat cinta hakiki? Ini adalah persoalan yang bermain-main di fikiran kita, selalunya. Ditinggalkan cinta nafsi, terus sahaja meratap merayu kepada cinta hakiki, namum setelah cinta fitrah nafsi mengetuk kembali, sukar untuk mendakap cinta fitrah kembali. Dimana silapnya? Siapa sebenarnya kekasih dihati?
SURAH AT TAUBAH, AYAT 24 : Firman Allah, yang mafhumnya
” Katakanlah jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri,kaum keluarga,harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah2 tempat tinggal kamu sukai adalah lebih kamu cintai dari Allah dan rasulnya dan dari berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya, dan Allah tidak memberi petunjuk pada org2 fasik”.
Sahabat.. hal ini melibatkan aqidah kita.. kita tahu aqidah ni penting.. kerana kalau aqidah tiada.. maka sesia sahaja amalan kita.. ada peringkat-peringkat kalau kita nak betulkan diri.. benih AQIDAH yang baik, yang akan menyuburkan pohon IBADAH,lalu memberi hasil buah AKHLAK yang lazat…
Arab jahiliyah dedulu pun ada aqidah dan ibadahnya.. sembah berhala, percaya pada pokok,dsb (korang lebih maklum), tapi tang akhlak diaorang fail!! bunuh bayi.. zina.. dsb( korang lebih arif). Kita bercakap berkenaan Aqidah Islamiyah, yang mentauhidkan Allah dan mengaku Nabi Muhammad SAW itu adalah RAsul kekasih pilihan Nya.
Berbalik kepada ayat diatas.. maksudnya,jika difahami, didalam konsep Awlawiyat ( keutamaan ) dalam hati kita, mesti didahulukan oleh 3 perkara ( Allah, Rasul dan Jihad).. dan tidak boleh didahului oleh 8 perkara yang lain ( rujuk atas).. kerana apabila perbuatan yang kita lakukan tidak diniatkan kerana Allah, maka tak ada pahala yang kita diperolehi.. malah dipadang masyar nanti pula Allah akan suruh orang yang buat kerja kebaikan .. walaupun dermawan, ilmuan, ahli agama, student, dsb.. untuk menuntut kebaikan kepada siapa yang diniatkan.. so.. kekawan.. berhati-hatilah.. jagalah hati. Niat juga adalah perbedaan antara adat dan ibadat.
Malah kalimah syahadah kita yang selalu disebut-sebutkan ( tiada tuhan selain Allah) akan terbatal tanpa kita sedari dengan pelbagai-bagai cara.. Mengetahui makna syahadah itu baik, namun memahaminya itu lebih baik. Melalui syahadah, bahawa tiada lain yang lebih utama di hati kita selain pencipta kita.. maka , kalau kita dah letak orang lain didalam hati selain dari Allah dengan menukar kalimah ‘tiada tuhan selain ALLAH” kepada ” tiada tuhan selainNya? Ya Allah!
Memang ada kebenarannya, dan sememangnya benar.. secara fitrah, sapa yang tak sayang dengan diri sendiri.. dan sememangnya manusia itu dicipta dalam keadaan mencintai dirinya sendiri. Sedikit kisah daripada sahabat, semasa Umar r.a berjumpa Rasullullah s.a.w dan berkata, “Wahai Rasullullah, sesungguhnya dirimu adalah yang paling aku cintai dari segala isi dunia kecuali iri yang berada diantara dua tulang rusuk ini”. Maka, baginda pun bersabda,” Jika begitu, imanmu masih belum sempurna selagi engkau tidak mencintai Allah dan Rasulnya melebihi dari dirimu sendiri”. Lalu berkata Umar,” Demi Allah dan Rasulnya, sesungguhnya aku mencintaimu Rasullullah melebihi segala isi dunia termasuklah diri yang berada diantara dua tulang rusuk ini ( Umar)”
Jadi, memang benar jika kita terlalu mencintai sesuatu makhluk walaupun tiada lafaz kalimah yang terpacul, tapi hati sudah berkata ya, seperti sayang kita pada family, kereta, parent dan sebagainya, dan ditaqdirkan Allah sesuatu berlaku musibah terhadap mereka, maka sudah pasti diri yang mencintai makhluk ini akan rosak tak kira dari segi kewarasan akal dan tindakannya. Namun, jika hati ini mencintai Allah dan Rasul melebihi segala isi dunia termasuklah diri sendiri, dan menjalankan amanah @ hubungan dengan makhluk lain atas rasa sayang dan saranan yang telah diwahyukan oleh Allah kepada kekasihnya, nescaya rasa redha, dan tawadduk akan menjadi perhiasan utama dalam diri. Wallahua’lam..rindukah warkah cinta dari Pencipta cinta?
Consult your heart..
Comments