Eidul Adha di Gainesville
Raya haji disini macam biasa, Tiada kerbau mahupun Bison terkorban. Selepas solat berjemaah, kami mendengar khutbah, dan setelah itu makan beramai-ramai di Hoda Center. Alhamdulillah. Kali pertama beraya di luar dari tempat sendiri. Terasa amat ukhwah dikalangan Muslim.
Dalam kesibukan melihat betapa ramainya umat yang jarang2 dilihat mukanya ( kecuali bulan Ramadhan , Solat Jumaat & HAri raya), terpandang satu jejaka memakai songkok putih berambut panjang melepasi bahu.
"Macam orang Indonesia ni"> kataku dalam hati, perlahan, PERTAMA kali jumpa dengan rakyat negara jiran. A'an, Anum dan Rangga. Mereka dah bermastautin disini 2 tahun. Ada juga kami bertukar2 maklumat tentang jumlah orang yang ada disini. Tapi jumlahnya amat kecil, mungkin mereka satu-satunya keluarga Indonesia yang menetap di Gainesville, tidak termasuk dengan Daniel ( seorang lelaki Cina Indonesia yang sopan santun yang kujumpa di Presiden House semasa International Student Orientation day).
Rakyat Malaysia di Gainesville? Hanya dua orang sahaja, Aku termasuk Sharon (amoi Penang yang baik dan kelakar). Tu la kami berdua ja. Time raya, rindu dengan keluarga, kawan-kawan di tanah air.. dan sudah pasti makanan di MALAYSIA!
Solat jam 8.30 am, khutbah 915-945am, jamuan 945am keatas, tapi aku ada lab meeting mingguan dengan rakan2 selab dan pensyarah sekitar jam 1030 pagi. Hoda center ini terletak agak jauh dari kampus, dan bas pun kurang ke sini. Mau @ tidak, kenalah tanya dan pinta jasa baik rakan2 yang berkenderaan. Mohamad Biswas (kedua dari gambar aku berempat) menghulurkan jasa. Sesungguhnya mereka disini tidak berkira!
Disini baru terasa, Islam itu melewati bangsa, kulit dan rupa. Di sini baruku rasa ukhwah fillah, dan senyuman kawan-kawan seagama yang ikhlas dalam mengulit erti kata MEHNAH. Islam mereka disini bukan Islam warisan.
Masih menghitung hari, beberapa minggu semester Fall ini akan berakhir, exam, dan seterusnya hidup lab ini mesti diteruskan.
Consult your heart..
Fadhli
Comments