Love Vs Lust
Salams,
Bukan mudah bagi lelaki mengatakan YA pada cinta sebenarnya, dan amat sukar untuk membezakan antara cinta dan nafsu. Cinta lelaki kadang-kadang bersalut tepung nafsu. Tidak dapat tidak, bagi lelaki yang masih keliru untuk membezakan cinta(love) dan nafsu (lust), izinkan saya berkongsi sedikit pandangan.
Wajar jika saya katakan lelaki ini adalah makhluk yang amat sensatif emosinya, kadang-kadang lebih dasyat dari wanita. Sikap merajuk, cemburu ibarat silence killer pada lelaki tersebut dan juga pada temannya. Wahai lelaki, sebelum kamu mengatakan cinta, tanyalah diri, adakah perasaan itu mendatangkan tenang pada jiwa kamu @ adakah perbuatan kamu ini mengganggu emosi wanita? Jika panas yang dirasakan seperti membara dihati, adakah itu cinta namanya? Dan jika kamu berasa tenang bila teringatkan dia, bukankah itu cinta juga? Sememangnya kaum Adam ini kadang-kadang buta dalam mentafsirkan cinta.
"API cinta kami panas membara, tak mudah padam!
"Saya tak pernah terasa'kehilangan" sebegini, bila ditanya diri apa perkara yang paling akan saya rindu, awak mungkin tahu jawapannya"
"Saya pasti awak adalah Hawa bagi saya dan saya adalah Adam bagi awak, mungkin sebaliknya, tapi saya percaya Allah menjadikan semua makhluk berpasang-pasangan."
"Urg, saya tak tau, bila difikir-fikirkan, hati saya rasa sakit, seolah-olah hilang benda yang penting."
"Saya dah solat istikharah, dan saya nampak awak dalam hati saya".
Adalah diantara ayat-ayat diatas biasa didengar @ biasa diucapkan? Wahai Adam, ketika kamu mengucapkan ayat-ayat ini kepada seorang wanita yang bukan muhrim, terfikirkah kamu, bagaimana mampu mengucapkan madah bicara seumpama ini? Dari mana kekuatan itu hadir? Saya setuju jika ada yang berpendapat bahawa ayat-ayat diatas mungkin datang dari hati yang ikhlas, dan tidak dinafikan jika ia dilafazkan pada masa, orang , dan ketika yang betul, ia bleh menjadi perkara yang baik. "Baiklah, jadi bila, siapa, bagaimana lafaz ini boleh digunakan?" Mudah jawapannya, lafazkan ia selepas kamu melafazkan nama orang yang kamu kehendaki dengan walinya beserta maharnya. LAfazkanlah segala apa yang kamu mahu selepas itu!
Sekilas teringat kepada butir-butir mutiara Ustaz Shamsuri dalam ceramahnya.
"Kitab Tabisu Iblis. Bagiuh kitab tu. Kitab yang membincangkan berkenaan cara iblis menggoda manusia. Baik ikut mana pun, ustaz ka, ulama ka, pemimpin ka, pelajar universiti ka, saya dan semua yang membaca, iblis pasti ada cara nak goda kita. Tuan-tuan, iblis ni dia hidup lebih lama dari manusia, dia tau macamana nak trigger kelemahan kita. Yang alim digoda cara alim, yang ustaz digoda cara ustaz, Ni kacau, kacau habis. Bila kita baca kitab ni, rasa berderau darah kita. Ooo, macam ni rupanya iblis goda kita!. Minta berlindung dengan Allah banyak-banyak dari syaitan yang direjam"
Comments