“Ish, kenapa dah publish pun takde orang komen lagi??” keluh Suzana. Rasa kecewa berserta marah dengan situasi itu.
“Suzanna, jom solat kejap!” pelawa rakannya itu.
“Ok, ok I’m coming..” dengan perasaan yang tidak tenang.
Semasa mengangkat takbir pun difikirannya masih berpusing ligat memikirkan..
“Kenapa tak ada orang komen lagi di blog aku..”
Terus menerus berfikir sehinggalah selesai memberi salam, dan penyelesaian terhadap perkara tersebut muncul setelah analisis dalam solat tadi (secara tidak sedar).
Yes!! That’s it! Patutlah kenapa orang tak komen.
Tersenyum suzana lalu membuka blognya, Membetulkan beberapa kesalahan yang dirasakan perlu.
Dan Publish! Tersenyum puas dia.
“Terima Kasih ya Allah”.
____________________________________________________________
Sementara itu,
“Waa, ramai komen ni. Best2!” tersenyum Mokhtar keriangan.
“Jom solat!” Teriak kawannya di bilik sebelah.
Ok, ok. Sat naa.. Oh, ada komen lagi. Takpe, lepas solat aku reply. bermonolog Mokhtar sendiri.
Seperti Suzana, analisis dilakukan dalam solat, dan selepas mengucap salam kedua,
Yaa.. itulah respond yang harus diberi!
“Terima kasih ya Allah”.
Jari jemari Mokhtar laju mengetuk papan kekunci. Ada ketenangan disitu.
____________________________________________________________
Ditempat yang lain
Eh, tak sabar nak baca blog tu. Isi dia mantap. Menginsafkan! sesudah subuh terconggok Mus di hadapan komputer. Tak sedar masa berlalu.
Lah, dah nak masuk waktu Zohor.. takpe, ada masa lagi.. pujuknya.
Akhirnya solat juga tapi terlewat. Em, takpe, bukankah sebab menuntut ilmu?
“Terima kasih ya Allah”
_____________________________________________________________
Suzana menulis..
…..Duhai blogku, pada hari ini aku merasa sangat sedih dan pilu.. kenapa dia tak memahami diriku ini, Ampunkan dosaku ,aku bukan yang terbaik…
entry tersebut di publish. Mata rasa mengantuk. Dah lewat pukul 3 pagi ni. Tidur dulu.
Puas hatinya kerana dapat berbicara di blog. Itu sudah memadai.
“Terima kasih ya Allah”
_____________________________________________________________
APAKAH??
Hurm, Entahlah.. Cuma sebagai Muhasabah bersama. Jari jemari menulis yang lagi tenang dari mengangkat tangan menadah rahmat? Lebih kerap berdialog dengan blog itu dirasakan lebih nikmat? Memikirkan masalah umat walaupun ketika solat?
PENYAKIT HATI.
Ada pelbagai penyakit hati, diantaranya adalah syirik. Menyamakan Allah @ menyukai dengan perkara lain samada dalam keadaan sedar atau tak.
Hidup ini perlu sentiasa bermuhasabah. Cuma dalam situasi diatas..
Masih lagi mampu mengucap?
“Terima kasih ya Allah?”
Saya jadi tak reti nak menulis pada kali ini.
Dalam surah Al Asr ada menyatakan,
“Demi Masa.Manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Jom buat. :D
Katakan pada diri.
“Ini Muhasabah blogku..” (lagu ni best. terkesan, sekali lagi diputar atas permintaan :P)
ps: ditujukan kepada diri ini dahulu, dan kemudian kepada sahabat yang membaca. Bersederhanalah dalam memblogging.. Insyallah..
Jadikan ia sebagai alat, yang letaknya ditangan.
Ibarat keris, tempatnya ditangan. Jika keris dihati maknanya dah menikam diri. Sakit..
Tapi jika wahyu ilahi yang isi, insyallah apa pun yang letak ditangan akan bijak beraksi.
-anak murid tumpang belajar-
21 comments:
bersederhana dalam semua perkara..
blog adalah alat,yg utama niat dan masa.
muhasabah balik,utk diri sendiri.
@ iman aisyah,
em. dahulu di Malaysia tidak kerap berblog. kerana ada teman2.
Disini, ia sebagai alat untuk memudahkan perhubungan.
Tambah-tambah lagi bila dah menggunakan "windows live writer".
TULIS MACAM BERSEMBANG.
tu la. kena optimis, tapi dalam limit!
thanks.:D
ps: biar yang membaca tahu diri ini manusia jua, bukan malaikat.
emm bagus post nie..cuma sarat sangat la. Pakcik kurang feel...
@ peminat blog,
em. saya pun kena banyak muhasabah balik apa yang saya dah tulis. Nak pastikan benda2 tu saya ada buat@ sedang buat.
Maaf, saya akan permudahkan. Insyallah.
ps: biar tahu yang menulis blog ini juga adalah manusia jua, bukan malaikat..
peringatan yg sgt baik. syukran pali!
Terima kasih, Pali. Ingat mengingati tu sememangnya satu amalan yang mulia. Moga masing2 dapat memperbaiki kelemahan dan kekhilafan diri. InsyaAllah...
:)
tumpang belajar jugak...
many thnx for what I've got from this n3...
@nadiah, naz, mahadi, mawar,
kalau kat sini kalau kata TQ kat orang2 yang syadid mesti dia jawab
"Don't thanked me! BUT ALLAH".
hehe.
saya menulis ni pun sebab pernah terbuat..sememangnya muhasabah diri ini dulu. Bukannya ada wahyu sampai. hehe.
ps: biar yang membaca tahu yang menulis ini adalah manusia sepertinya jua, bukan malaikat..
" Ibarat keris, tempatnya ditangan . Jika keris dihati maknanya dah menikam diri. Tapi jika wahyu ilahi yang isi , insya Allah apa pun yang letak ditangan akan bijak beraksi " wow ... the way u make it rhyme and the meaning that u r tring to convey r simple yet enlightening . :) . Thx for the reminder .
@fatiah,
orang SYADID kat sini akan berkata,
"don't thank me but Allah",
WHY?
because of Him who let me wrote, then published the entry, and all readers can read.
Hidayah is the gift from Allah. none of human is capable to give itu or take it away but on His will.
itu kata orang yang SYADID la.. kalau saya..
hmm.. jadi tak reti nak balas komen dah. Doa2kan (secara senyap2 je; itu lebih baik, kita semua tergolong dalam golongan yang dirahmati dan mampu memberi manfaat kepada orang lain)
ps: biar diketahui yang menulis ini juga adalah manusia biasa.. bukannya malaikat..
kata En Pali nie bermadah, puitis dan menduga kefahaman..sometimes double meaning..my suggestion better make it simple, easy dah mudah difahami.. Bermadah2 nie stail dakwah dulu2. Walaubagaimanapun blog nie harus diteruskan coz berdakwah itu satu perjuangan yang suci.. keep it up bro..
@MZ,
jika dakwah yang kamu lihat, maka dakwahlah aku. Jika kamu lihat aku ingin bermuhasabah, bermuhasabahlah aku. Jika kamu lihat aku sekadar bermadah puisi, semamangnya itulah aku.
Semakin cuba mendengar suara hati, semakin pelik bahasa yang ternukil. Kenapatah tak tau.
yang mana tak jelas? kalau bagitau, boleh la nanti terangkan. supaya maksud tu sampai.
ps: biar tahu yang menulis ini manusia, bukan malaikat. manusia mudah lupa..:P
kawan-kawan,
keynotes telah saya panjangkan di entry yang baru. harap-harap jelas maksud saya..
insyallah.
(sambil mengeyit sebelah mata) :P
kenapa sambil mengenyit sebelah mata?
@ maliana,
seolah-olah dalam filem, bila mengenit mata maknanya pakatan telah pun dilaksana.
Seolah-olah bermaksud; Pakatan itu berjaya, @ diterima dan akan dipanjangkan.
:D
pali....peringatan yg sangat baik...untuk ketika ini...sebab semua orang tengah rancak dgn blog...
jazakallahu khairan kathira...
that's the different^_^
@huda,
peringatan untuk tuan punya blog dulu ni. hehehe. la ni tulis blog macam bersembang. tambah2 guna windows live writer, lagi la.. (tak abis2 promote) :P
hmm..bab komputer kan...ana memang tak de idea langsung tentang tu..tak tahu apa..tapi biasanya kalau hang kata best..maknanya memang best la...^_^
@huda,
takpe, biar bertatih satu persatu.
Post a Comment