Soalan Bonus yang MAHA Berat; epilogue

( sambungan dari bahagian pertama)

 

“Brother, actually..”

 

“Yes..” kedengaran nafas kasar Mujadid berbunyi. Semangat betul la dia ni…

 

“Chicken kadhai is too spicy..”

 

mengalir air mata semasa berkata. Pedas.

 

ketawa Mujadid.  Foto keluarganya itu disimpan kembali dalam kocek bajunya.

 

“Let me refill your drink. Diet Coke, rite?”, senyum Mujadid sambil bingkas bangun.

 

Aku mengangguk-angukkan kepala perlahan.

 

Seronok melihat orang yang sudah berkeluarga.

 

Hidup aku bukanlah seperti novel. Akhir-akhir ini ditegur oleh seseorang;

 

“Kau ingat kau Fahri ke?”

 

Fahri adalah watak dalam novel & Filem ayat-ayat cinta karangan Habiburahman Al Shirazy. Termenung saya sekejap, meskipun apa yang dikhabarkan itu dalam nada bergurau.

 

Basic rules: If one person have problem with us, while others don’t. That person is the problem. However, if only one person happy with us, while others not, we are the problem!

 

seperti saya kata dalam entry yang lepas, terlalu mendengar kata-kata orang boleh menjadi amat meletihkan.

*********************************************************************************

Ramli Awang Mursyid

Saya bukan peminat tegar novel. Novel pertama yang dibaca adalah karangan Ramli Awang Murshid. Itu pun selepas Umar, sahabat berjurusan Farmasi merekomenkan kepada saya semasa tahun akhir pengajian.

Dalam tak minat, menjadi minat. Novel beliau memecahkan persepsi saya terhadap novel Bahasa Melayu sebelum ini.

 

“Tak minat la novel. Kalau sedih melampau sangat. Kalau derita, sampai buatkan pembaca jadi emosi, Tak suka la macam tu!

pengalaman membaca novel yang di rekomenkan oleh seorang kakak. Tak abis pun 1 chapter. Karekternya, ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga, kemudian tingkap, bumbung, dan kalau boleh biar satu rumah menimpa karekter! Hidup tak seperti itu! BOMM, GEDEBUNG~!!

mendengar sinopsisnya sahaja membuatkan rasa tak selesa. Hidup ini begitukah?

 

“Baca dulu Pali, yang ini ada kelainan.”  lalu Umar menghulurkan novel “Satu Janji”, selepas diambil dari himpunan novel di rak bukunya.

rahsia perinduhijab sanga penciptasatu janjitombiruo

link

Habiburahman al Shirazy

 

Novel ayat-ayat cinta karangan beliau mengetuk pintu ego saya. Implimentasi akhlak karakter dalam karangan tersebut membuka mata saya tentang se“wajib”nya ilmu itu diaplikasi. Islam itu membentuk suasana, dan bukannya suasana membentuk Islam.

Terus menerus saya membaca karangan beliau yang seterusnya. Menginsafkan. Tidak bercita-cita menjadi seperti karakter, cuma buat panduan untuk ukur baju badan sendiri. Tak kisah la kalau kisahnya tak benar pun, asalkan apa yang ingin disampaikan merupakan APLIKASI Quran dan Hadith.

Dengan novel beliau juga saya belajar erti UKUR BAJU BADAN SENDIRI. :D

 ayat-ayat cintaktb1ktb2

                                           link                                                link

(novel yang mantop)

http://www.ayatayatcintathemovie.com/

(movie yang mengecewakan..):P

 

USM.

 

Kisah di dalam novel boleh diibaratkan seperti kisah di kampus dahulu. Kehidupan di kampus USM Minden Penang memang banyak  kenangan pahit dan manis. Namun,  hidup dalam berpersatuan/organisasi di universiti memberikan kondisi yang amat IDEAL, dalam erti kata,

sesibuk mana pun dengan jadual kelas dan assignment, tapi semua ahli masih mampu membuat mesyuarat dan memberi komitmen.

 

 “USM, Kami memimpin”

“WELCOME TO THE REALITY!”.

begitu pesan salah seorang senior Master ketika itu; Abang Izwandy  apabila kami pelajar tahun akhir akan menerima segulung ijazah Sarjana Muda, dan mula berjinak-jinak ke alam dewasa.

Alam selepas belajar itu adalah Alam REALITI yang dimaksudkan.

Ya, ia adalah alam yang “kejam” & tidak seIDEAL seperti alam kampus @ semasa belajar. Buat yang terlalu Idealis & perfectionist. Saya simpati…

Saya telah bekerja selama 2 tahun sebelum ke sini.  Apa yang boleh saya simpulkan sedikit  dari pengalaman REALITI yang terhad;

 

Hidup ini TIDAK seperti novel.

 

Jika ada pun, kita masing-masing adalah karekter di dalam “novel” ciptaan Allah, kini menunggu epilogue “qiamat dan Masyar”.

 

Raqib dan Atib adalah penulis & editor yang setia.

 

Masih menilai & akan terus menilai; bukan untuk menghukum sesiapa, tetapi memikirkan bagaimana untuk menjadi sahabat kepada semua.

 

Karekter-karekter semua, Ingat kata-kata “Tuan Direktor”

    mulk

 

 

 

 

 

 

 

Soalan BONUS untuk kali ini berbunyi;

 

Bagaimana agaknya akhir “Novel” kita nanti?..Uhhh, saya tak tau…takut (sambil berlari keluar ketakutan)

 

ps: maaf jika entry soalan bonus yang pertama tidak menyenangkan mana-mana pihak. Yang ingin ditekankan adalah kisah Rasulullah SAW.

 

“biarkan jari jemari terus menari”

( termasuk asignment skali okay!)

Comments

Yla rahYla said…
Fadhli...lebey kurang tu kalo dibuang 3 huruf...
Fahri....muahahaha!!!
pali said…
@ryla

"Nehi! Nehi!"

(sambil mata terpejam & kepala berpaling ke kiri dan kekanan penuh emosi)
maryam said…
ada orang tak senang ka dgn entry soalan bonus yg pertama? cerita beliau tak pernah mengecewakan... sungguh tersentuh setiap kali membacanya. Bagus dijadikan koleksi peribadi ;)
fazilah said…
Tak ada komen mengenai entry,cuma mahu mengkhabarkan kini saya peminat setia tulisan habiburrahman al-Syirazy...ehehehe..Ada seribu satu pengajaran..bukan ajar utk bercinta-cintun aje..Tapi mengenal diri sendiri dan pencipta..dengar crita Ketika Cinta bertasbih pn akan difilemkan..mungkin kali ni akan lebih baik
pali said…
@maryam,

mungkin cara saya mengolah ayat dsb. perkara kecil je tu. mo man tai.. daa~

@ fazilah,

eh, yang ini bukan komen ke? oh, ni entry rupanya. hehehe.
dua nama diatas adalah diantara nama besar dalam penulisan novel islamic. Biasanya orang pompuan tau lebih lagi. :P

untuk membaca novel2 diatas, rekomendasi 10 daripada 10!


This is sewiouss~ (wonder pets):P
Anonymous said…
novel cintun2 masa skola je bace..lame2 bosan, sbb ceritanya cliche! bila baca Ayat2 Cinta, smpai menangis sbb terkenang diri yang dhaif, dan hina, terasa tak sabar nak beli buku2 lain Pak Habib..tapi lum beli lagi la..tunggu KLIBF lagi 2minggu..mungkin boleh masukkan novel Ramlee Awang Mursyid dalam list buku nk dibeli (uih,dah banyak dah ni..cukup ke budget nih..adeyh..)
pali said…
@ayscha,

Alhamdulillah. :D

kita lebih kurang sama je. cuma part baca novel masa sekolah menengah tu je yg takde. kui3~
pali said…
@ fazilah,

anda adalah antara orang terawal yang sampai ke entry "Soalan Bonus yang MAHA Berat" bahagian satu. 12 jam selepas itu, telah saya melakukan banyak perubahan pada entry, sebab tak tenang pada hati.

Jika saudari yang berkata begitu, saya boleh faham. Tapi setelah diubah pun masih ada yang berkata-kata.

apapun, pandangan Allah itu lebih utama. kan?
fahima_azira said…
mak ai..still sambutannya hangat dekat part two ni..dahsyatnya..komen terus mendadak...:pali jgn kembang ek..:p..hehe..
pali said…
@ fahima,

Menulis seperti memuhasabah diri juga. Penyakit hati seperti riak, ujub, dsb datang dan pergi. Saya bukan maksum. Perlu selalu membetulkan niat sebelum jari jemari ini mula menari.

terima kasih aa, fahima atas peringatan~ OPV itu perlu. :D
hanisakura said…
Ramlee Awang Murshid..emmm.. memang minat ngan novel2 die. mostly x penah megecewakan n crite die x der la same ngan novel2 lain.. aku ade 2 trilogi die. trilogi tombiruo ngan trilogi laksamana sunan. :P
pali said…
@ hanisakura
Ya, kedua-dua trilogi itu pun memang kegemaran saya juga!!

Cuma bezanya, tak beli, pinjam dari kawan; terima kasih Umar, Fareed.

selepa membaca novel, apa yang penting?

APLIKASI!
ummujannah said…
Salam.
sama laa awal2 dulu xberapa minat gak novel2 melayu ni.penah bace 'ombak rindu',tu pun sbb dah busan sgt after Spm duk umah,tu pun lame nak abes.

novel RAmlee Awang Muurshid?xpenah bace.
byk buku2 indonesia je skng.
saya peminat hasil tulisan Fathimah Syarha Noordin.Bagus hasil tulisan die.
Novel el-shirazy adalah novel pembangun jiwa.cinta yg dimaksudkan adalah CINTA.

sedikit perkongsian.nice entry.
pali said…
@ As Syadid Iman Aisyah.

Fathimah Syarha Noordin? yang cerita pasal Umar Mujahid dan Banna ,serta Asiah Yusro? Bagus buku tu.

yelah, lain padang lain belalang, tapi setia penulis itu ada kekuatang tersendiri. Ekslusif!

ps: kamu exam2, thesis2. best3.
Anonymous said…
jum pegi KLIBF?
erk, tapi kamu bukan di malaysia kan? heheh..jgn jeles yer...
kalo nk pesan buku pun boleh..huhu..sonok beli buku ni..mcm shoping baju gak, cume ade tambahan ilmu la..bile da balik rumah, tak tau nak start bace yang mane..hahaha =D
pali said…
@ayscha,

hm, takpe. nak suruh akak & abang belikan dan simpan, buat pusaka turun temurun.:D

ps: lebih berminat nak mengetahui epilog novel Maha Pencipta..
Naz said…
Bacalah novel Imam karya Datuk Abdullah Hussain. Anak Datuk Abdullah pulak bercita-cita nak terjemahkan novel ayahnya itu ke dalam bahasa Inggeris, mahu semua masyarakat di dunia (Barat terutamanya) mendalami tntang keindahan agama Islam...
:)
pali said…
@ naz,

ingatkan kamu nak mengatakan buku Harr potter with Half Blood Prince. :P

yups, buku Imam pun satu fenomena.

satu buku lagi bertajuk

"Mereka yang tertewas" karangan Hasanuddin Md Isa. kupasan ada disini.

http://bukuzaharah.blogspot.com/2006/05/mereka-yang-tertewas-hasanuddin-md-isa.html

ps: teringat berasa ngeri melihat buku harry potter di POPULAR , yang lebih tebal, berbahasa Melayu.

Bila membaca sinopsis, meremang bulu roma...

Harap jis novel Imam tidak hilang kerana bahasa.
boundaries said…
wahhh..ramainyer komen...huh...muat tak nak masuk yg ana nih..hihihi...semua dah ckp apa yg ana nak ckp..suka ayat ni

'Basic rules: If one person have problem with us, while others don’t. That person is the problem. However, if only one person happy with us, while others not, we are the problem!'

and mmg betul hidup ni bukan macam novel, bukan movie...semuanye best2...positif jer...perfect jer..sampai sedikit sebanyak terpengaruh pada kita nak jadi perfect mcm dalam movie..sedangkan dlm movie novel hidup yang diatur kan ikut kehendak manusia (kecuali kisah benar)...
pali said…
@ boundries,

basic rules, lepas tu ada benda kena pikir lagi. :D

pasal novel tu, kena berpijak di bumi nyata la..

huhuhu.

ps: gapo dio?

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap