Spring is here; Si penunggu setia

“Our strawberries in greenhouse have a lot of fruit right now~!”

tempik Kevin pagi itu dengan gembira. Teruja.

“Yeah, I do crown splitting, and got 80 pots last January.” sambil menunjuk isyarat “thumb’s up” kepada beliau.

“Its getting hotter now days. You should  give them a visit today & see whether there’s need to give them water”  cadang beliau

Aku mengangguk setuju. Kerja di lab di tangguh seketika, bersiap- siap mencari kunci dan topi, persediaan untuk  panahan panas terik menyapa apabila kaki keluar melangkah dari banggunan berhawa dingin itu.

Dalam perjalanan  ke rumah hijau  tersenyum melihat yang dicari  masih  ada disitu. Setia menunggu.. seperti hari hari yang lain.

“Hai..” sapaku mesra.

_______________________________________________________

Awal Spring yang lepas;

 “Beautiful, isn’t it?” tegur seorang pelajar yang baru sahaja mengesat peluh membersihkan persekitaran lanskap.

“Em, its beautiful..” aku masih terpana..

“the flowers  only stay for two weeks before senescence”

terkejut sedikit aku dengan jawapan itu. Bunga yang cantik ini bertahan 2 minggu sahaja?

Oh..i see.. pandangku kepadanya, sambil tersenyum. Dia pun tersenyum juga dan kemudian menyambung tugasannya kembali. Sila-sila.

Kamera kesayangan dikeluarkan, dan “snap snap”. Beberapa keping gambar diambil, pada musim sejuk, awal musim bunga, dan pertengahan musim bunga.

 

Pada awal musim bunga.

IMG_1949 bunga berkembang mekarIMG_1953

Selepas 2 minggu.

IMG_0024IMG_0026

bunga cantik itu telah tiada.. 

    di pohon lain yang dahulunya baru  bertunas kini  berbunga. IMG_1771 IMG_1954

Sedikit sedih melihat bunga- bunga yang kembang, kemudian gugur satu persatu. Bunga yang ketika kembang menjadi pujaan lebah & kumbang. Meskipun cuaca yang sejuk menyebabkan lebah malas untuk beradu ( memang memeningkan peladang disini). Pendebungaan susah untuk berlaku. Lebah malas, kumbang pun datang. Datang selalunya untuk merosakkan bunga.

 

Lebah jangan malas,

kumbang akan datang.

Bunga terus kembang,

madu akan hilang.

 

Tiba- tiba aku teringat dengan satu makhluk Tuhan yang amat SINONIM dengan BUNGA

 

Apa sahaja akan dikaitkan dengannya, sehinggalah kepada kenduri kendara.

Makhluk yang digelar

 

 

Sirap rose.

Buleh?

 

ps: tiba-tiba terasa amat puas hati bila mempublish entry ini. :D jangan ada bunyi “CESS” okay?

Comments

fahima_azira said…
haha..
macam pernah dengar je perumpamaan tu..'RATUKU'..video clip yg femos dibuat oleh MPP UPM..include la skali video tu dekat entry ni..agar sinonimnye lebih jelas..
pali said…
@fahima,

yeke? tak perasan pula. video klip yang mana ye?

ps: i cerita pasal sirap okay? :D
fahima_azira said…
ala air sirap bab lain..ni bab bunga la..dan kumbang yang jahat..:)
pali said…
@fahima,

oo, pasal tu ka. rasanya sebagai orang melayu, perbandingan itu memang sinonim. Cuma kat sini baru belajar petani melakukan pendebungaan dengan menggunakan lebah. Jadi lebah baik, cuma jika cuaca mendung dan sejuk, lebah tak mahu keluar menghisap madu.

Kalau nak buat perbandingan lebah, kumbang dan bunga;

lebah; lelaki baik
kumbang; lelaki tak baik
bunga; pompuan (baik & tak baik)

lebah biasanya selektif memilih bunga. Tak semua bunga akan didebukannya. Polinasi selektif.

Kumbang? Hmm, entahlah. Habis madu sepah dibuang?
Nadiah Sidek said…
eh...yg sinonim dgn bunga...perempuan la pali...bukan sirap rose. silap tu. sirap rose sinonim dgn air. hehe
pali said…
@kak nadiah,

saya rindu sirap ros berais kat sini.

nak sirap limau, nak sirap limau..

:P
fahima_azira said…
haa bagus kak nadiah..pandai2
pali said…
@fahima, kak nadiah,

ini pesanan dari rakaman

TUT

"maaf lambat reply, tapi pali rasa BUNGA masih lagi sinonim dengan sirap rose.

jangan ada bunyi CESS."

TUT.

:D
Machina said…
pinjam kamera okeh?
pali said…
@mahadi,

sila sila.

:D
kopiah senget said…
Bro!
Spring mai aku asek sakit jek nih... huhu sabaq jek la
pali said…
@ suhaizi ( mr lebah).

kalau sakit tampal koyok, kalau demam tampal koyok.kalau2.. dsb.

bro, gi jumpa dr la. ambik ubat. kalau takleh jugak, gi jumpa orang tuanya, ambik anaknya (doktor itu) dibuat teman. haha.

ps: kepada mr bee (suhaizi) jangan ditahan-tahan mengutip madu di bunga, kan dah jatuh sakit..:D
boundaries said…
hang ni kesimpulan selalu luar jangkaan la...sirap rose(tanpa bunyi cess)...^_^

petang ni nak minun sirap limau la...:p
pali said…
@ huda,

kirim salam mamu kafe harapan. :D
mawaR said…
I'm a flower too =)
Grinning..
pali said…
@ mawar,

mawar itu nama bunga. :P
Naz said…
Aku nak jugak cakap 'cess!!'

Weh, bila nak belanja aku gi Florida ni? Nak soh ko bawak aku gi Disneyland!
pali said…
@ naz,

aku tak tau naz.. ada rezeki lebih insyallah la. disneyland ye? nak jumpa minnie mouse? ke donald duck? ke nak beli topi telinga tikus dia? huhuhu
izah said…
mmg biasa dengar org duk jauh dr negera sendiri mesti teringin air sirap ros...hehe..soh la mak pos..hehe
pali said…
@ izah,

takpe, ni mana2 ada bunga2 berguguran, aku ambik, ekstrak buat sirap, skali mandi bunga. :D

ps: cess...

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap