ZiaRaH

“Biasa pada waktu Summer, cuti, jadi ramai la student2 pergi ke middle east” kata sahabatku, bakal Doktor. Dr Abadi.

oh, bestnya kalau macam tu, biasa pergi tu buat apa dan macamana?” tanya aku kepadanya lagi.

Summer biasa dalam 2-3 bulan, jadi kelas tak ada. Kebanyakan pergi belajar di Al azhar, ambik kelas syariah @ usuluddin. Yang basic2 je.” senyumnya lagi.

SUBHANALLAH

kagum- kagum..

kalau macam tu nak pergi umrah pun takde masalah kan?” aku bertanya seperti budak2 mahu gula2. Oh Najib, berikan aku gula2! Haha

Em, ada juga yang buat begitu. Di Finland, terutama kat luar negara rezeki Allah itu murah. Insyallah dipermudahkan jika memang2 benar ingin kesana. :D” kata Dr Abadi itu lagi.

****************************************************************

Itu perbicangan kami 1 tahun lalu semasa pogram Motivasi untuk pelajar Asrama SMK Teluk Bahang Pulau Pinang, anjuran bersama dengan KRL

Perbincangan kami terhenti disitu, technician KRL pada kali itu (aku) diperintah untuk memainkan klip video untuk majlis penutup sepanjang program motivasi 2 hari itu.

Dr Abadi yang berada di PMC (Penang Medical College) ditangannya ketika itu tergenggam naskah novel terlentok2 keletihan. Tapi diwajahnya terukir kepuasan.

Ya Kami puas. Kami terasa “HIDUP”.

Semoga sentiasa best bersama sahabat KRL yang lain. Iimran, Suhaimi, Rizal, Huda, Ain, Fata, Cikgu Yus, Aza dan ramai lagi warga KRL. Aku merindui kalian.. :D

KRL: kelab remaja lestari Pulau Pinang, sebuah NGO dibawah kelolaan Mufti Pulau Pinang.

Tempat saya belajar erti sahabat. Sahabat hingga ke Jannah? Insyallah.

webpage KRL

www.mykrl.net

KRL.

Nak buat umrah? Doa2kan Allah permudahkan semua. Summer ini terlalu busy..buat yang ada di Penang, sudi2lah singgah tanyakan khabar KRL disini. Objektif dan golongan sasaran semua ada di laman webnya.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:


Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.


Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. Penerangan? Boleh tengok hatih 40 Imam Nawawi, hadith ke 13 :D

ps: bersahabat hingga ke Jannah? Anyone? :) bismillah.

IMG_0574 IMG_0754 IMG_0751 IMG_0549 IMG_0575 IMG_0791

IMG_3195 IMG_0022

atas kiri: ustaz imran suami isteri; & suhaimi

IMG_0019 IMG_0080 IMG_0077 DSCN0150

AKU BENAR- BENAR KANGEN PADA KALIAN!!..:(

Comments

Nadiah Sidek said…
waa...nape nama akk tak tersenarai dlm sahabat KRL tu..? huwaaa!!! =P
pali said…
@ kak nadiah,

salams, nak kena minta izin abang zaki dulu. mana bleh rindu2 kat bini dan mak budak. haha. Nanti saya masukkan la.. dengan izin abang zaki. :P
Nadiah Sidek said…
haha. wat lawak lak dia!

tp serius la...tgk gmbr2 tu buat akk rindu ngn KRL. rindunya bergerak kerja dgn KRL...huhu
ShahRiLL RaMLi said…
ni kat mana ni...wah..kangen kat deorng je..kitaorng membe usm tak kangen ke..ahaks..anyway, nice blog! sejuk meh kat blog hang..i like that...
pali said…
@ shahrill.

thanks bro for blog hooping! hehe.

ini kat penang la. lepas konvo kan ke aku keje, ngan syawal skali. lepas tu join KRL ni. ada website dia tu.

Kangen juga sama kamu dan teman2 USM!! nanti aku khabarkan~! Pencarian jejaka Fahmi di FB sudah berakhir~!

ps: bersahabat hingga ke syurga? Insyallah shahrill. take care ok?
boundaries said…
huhuhu...terharunya ada nama den...

klu kangen balik la malaysia...

berita terkini, k.imah aritu kena langgar lori, lori tu langgar handle motor dia..jatuh la..luka2 dgn bengkak jer..tak de yg patah...
pali said…
@ boundaries,

nanti emailkan saya list nama, aku aku masukkan sekali nama penuh, no tipon, alamat, dan status skali. haha.

Innalillahiwainnalilaihirojiun..

seperti yang kita baru chat sebentar tadi, sampaikan salam takziah kepadanya. Harap cepat sembuh. Insyalah. :)
kopiah senget said…
salam bro! I was thinking this way too a few months ago. hehe may be summer time buat phd ok jugak la. Sambil belajar dapat pergi berjalan2 sementara masih bujang nih... kalu dah de anak bini susah la nnt hehe
pali said…
@ kupiah senget,

Alhamdulillah sememangnya aku berstuju dengan kamu. Tapi Dr Abadi diatas adalah budak undergrduate. Beza dengan kita, graduate. Masa summer la nak gi buat keje lab.. huhuhu.

Satu lagi perbahasan, UMRAH @ NIKAH, mana lagi utama? sebab dua2 melibatkan duit.

Bergantung pada individu sebenarnya. Jika terasa boleh hidup membujang sampai habis phd, boleh la buat haji/ umrah.

tapi jika situasi itu sunat @ kadang2 wajibul qhunnah (wajib yang berdengung; hahaha, astagfirullah),

maka NIKAH itu lebih utama dari UMRAH. (nanti takde duit nak kawin kan susah)

ps; aku selalu serius bila membalas komen kamu, maaf ya. kerana aku tahu kamu syeikh. apa khabar pak arab di sana? :D
fahima_azira said…
mm kalau mampu pegi sekrang pegila, tapi kalau dh wajib nak nikah tu, nikah dlu dan lepas tu pegi la umrah bersama-sama isteri (ganti honeymoon)..tak perlu bazir2 duit utk pegi honeymoon ke tempat lain..jadikan umrah sebagai pakej honeymoon dan jugak sebagai hadiah buat isteri..rasanya itu lebih bermakna utk teman karib seumur hidup kamu..insyaallah
pali said…
@ fahima,

oh begitukah? ops,, terima kasih ya atas cadangan itu.


ps: mengapakah semua berbicara seperti orang alim adanya?kekeke.
Maryam said…
wah blog kamu sudah bertukar background nya ...pohon nan hijau sejuk mata memandang ;)

em bagus juga kalau nak buat umrah tu tapi cadangan fahima tu pun nampak macam menarik lah pali... seronok dok tgk gambar KRL tu...insyaAllah bersahabat sehingga ke syurga
pali said…
@ maryam,

aku pun rasa begitu. Bernas sekali pendangannya. Kena usha dulu kaedah dan cara.Insyallah

kalau ada kat penang usha2 la KRL ye? :D

ps:

"benarkah pakcik makcik izinkan saya berkahwin dengan anak pakcik dan makcik ni?" tanya AGUS melamar.

"em, kami serius AGUS. Hantarannya tak mahal, cuma paling baraqah je. Bila mahu menikah, kami sertakan sekali pakej berbulan madu selama 4 minggu di Mekah termasuk pakej umrah! dan juga.. (bla3)" terang keluarga itu lagi.

"uihh???" AGUS mengangkat kening~


- bernas skali cadangan ini???- kekekeke. :P
Maryam said…
hu tak dok penang dah mcm mana nak usah KRL? usha dr jauh lah ye

hahahahaha ni cerita AGUS mana pulak ni edeh... memang lah bernas cadangan tu hu
Fathiah said…
Salam , awak , kalau awak rasa nak nikah dulu , then sy sokong cadangan fahima tu , gi honeymoon sambil buat umrah , tapi feeling dia kot .. hehe , apa2 pun kalau dah confirm nak pi umrah masa2 sebelum habis belaja ni n fadli masih kat luar negeri , bilang ye kalau nak apa2 pertolongan ... :) Doa jek k .. dan teruskan berdoa.. insya Allah jejak lah nanti tanah haram tu .. :D
Fathiah said…
*feeling dia lain
pali said…
@ ustazah fathiah,

terima kasih atas komentarnya. Insyallah. sekarang ni masih di peringkat awal lagi. Rasa nak pergi. Tapi bergantung kepada keadaan juga. Insyallah.

ps: *feeling berumrah itu lain ye kalau berbulan madu? ya, saya ngerti.. insyallah~!

"aku tetiba merasa insaf atas entry ini.."..
Naz said…
Terima kasih kerana berjaya menjejaki Fahmi yang kini berada di Russia melalui FB! =)
pali said…
@ naz,

pencarian jejaka Fahmi di FB dilakukan oleh Kak mira. :D

ps: cinta sahabat berputik kembali..kangen.exe sama kamu juga.
fahima_azira said…
@fathiah,
feeling die lain? rasanya tak akan timbul masalah sekliranya hati dan jiwa memang fokus untuk beribadat kepadaNya..walaupun pada masa itu mood honeymoon.. lepas umrah boleh lah melawat kwsn2 sekitar..itu yg sy mkasudkan 2 dlm 1..masa buat umrah fokus la betul2..then selesai umrah baru honeymoon melawat kwsn2 sekitar tu..pd pandangan saya la..tak tahu la plak keadaan sebenarnya mcm mana kan..no experience..
pali said…
@fahima,

ya, aku setuju aja dengan kamu semua. Berkenaan details, niat dsb, itu eloklah difikirkan lebih lanjut dikemudian hari.

Bergantung kepada pasangan masing2, keluarga mentua (seperi kisah pendek AGUS diatas), rezeki dsb.

yang paling penting, ada niat untuk ziarah kesana. Yang details.. itu khilaf pada kaedah saja.

ps: senyum2 sokma, dan lapangkan dada melihat khilaf dalam kaedah. err... khilaf ke ni? Bukan backing sapa2 ok, cuma mahu berlaku ADIL..

eh? tetiba rasa dalam bahaya.. oh. aku baru menggali kuburku sendiri...

lari~~
Nadiah Sidek said…
le...ingatkn ada entry baru...rupanya tukar tajuk je. awatnya tukar tajuk?

hehe...bernas sungguh cdgn fahima tu. pali...akk sokong! hehe
pali said…
@ kak nadiah,

tajuk entry sebelum ini membuatkan hati saya berdebar-debar selalu. takut tak tahan rindu..

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap