CiTa-CiTa iTu TerLalu TinGGi- prolog

prolog kepada entry cita-cita itu terlalu tinggi ( sebenarnya tak tau nak letak mana dah. :P) 

Warkah kepada bakal "TEMAN KARIB SEUMUR HIDUP"

oleh: Lelaki ini

 

Salams, 

Ada khabar yang aku ingin perutuskan. Ketahuilah aku ini lelaki, yang nafsunya pantas melalui pandangan. Tidaklah aku bercita-cita tinggi. Cuma mencari 4 ciri yang disarankan Nabi.

 

Bila berbicara berkenaan poligami, janganlah menjadi emosi, bertindak “zalim” menghentam kaki marahkan lelaki. Perlu ke mencari lebih dari satu? Kenapa lelaki tidak mudah puas nafsu???

 

Wanita,

 

Ku pinta hanya satu pertolongan. Meskipun 4 ciri disarankan Nabi, tapi tidak tercetus niat untuk berpoligami (buat masa ini). kerana aku sedar “cita-cita itu terlalu tinggi.”

 

Akan menilai & akan terus menilai, diri ini dan juga kamu. Bukan untuk menghukum sesiapa. Maaf jika dirasakan aku ini terlalu idealis & perfectionist.

Aku optimiskan bait kata-kata;

"Carilah teman secantik balqis, moga kau jadi sehebat sulaiman, carilah kasih seperti zulaika semoga kau menjadi setampan yusof (appearance), dambakan isteri sekuat khatijah, moga kau sekuat & setabah Muhammad SAW!!"

 

Maaf,aku cuba Optimis dalam limit.

 

Teringin menjadi seperti Qudwah. Mencintai satu “Khatijah” sehingga akhir nafas.

 

Cuba tidak akan "bercita-cita tinggi" hinggalah selesai dengan satu.


Wanita,


Jika kau yang pertama tidak pandai mengucup erti syukur dan berhati-hati, sering cemburu untuk tidak menjadi penenang pada pandangan mata & hati; aku risau kemungkinan langkah kedua, ketiga, keempat akan dibuka.


Oleh itu, jadikanlah dirimu itu yang pertama, kedua, ketiga & keempat untuk satu lelaki.

 

…..Bagaimana?


Dalami Islam sebagai Ad Din, menjaga keturunan, sihat walafiat, dan menjaga kecantikan.

Beragama bukan beerti hanya pandai beribadat mengadap kitab dan zikir, tetapi bijak mengaplikasi Ad Din sebagai kehidupan. Jadilah sahabat, jika mahukan kerjaya teruskan, dan maaf jika lelaki ini tidak sehebat dirimu dalam penghayatan. Pimpinlah bersama-sama, biar bertatih satu persatu. 

Menjaga keturunan itu baik beerti sentiasa menjaga rahsia antara kita. Jika keburukan dilihat, berbincanglah; jika kebaikan dilihat, nilailah. Perelokkan akhlakmu di medan orang. Supaya aku beroleh permata penyejuk mata, sayap kiri dan kanan dalam menggapai kebanggaan. 

Sihat walafiat beerti  sihat dan mampu menjaga kesihatan kamu, supaya kader-kader generasi baru dapat dilahirkan. Tahukah mitochondria itu warisan dari ibu? Janganlah malas untuk bersukan. Membusut di rumah bukan pilihan.

Kecantikan beerti kamu indah pada pandangan mataku. Persetan sahaja bicara luaran yang membanding rupa. Biar gigimu jarang sekali pun, pada mataku itu menjadi ketenangan. Biarlah apa yang ada kekurangan pada kamu. Jika kamu fikirkan 13 kekurangan pada diri kamu, aku tak dapat melihat apa kurangnya satu; selagi mana agamamu kau jaga, akhlakmu kau pelihara.


Wanita,


4 ciri ini tak semestinya perlu ada pada 4 isteri.

 

Ku harapkan, jadilah 4 dalam 1.

Insyallah, 

Aku pastikan, 4 bahagian cinta akan jadi milikmu.


ps: ukur baju badan sendiri..

*****************************************************************************

AMARAN: Entry ini  merupakan luahan rasa sahabat-sahabat sepanjang hidup ini yang cuba dihimpunkan supaya XX punya kromosom mengerti.

*****************************************************************************

(aku menjangkakan kritikan pedas & NO COMMENTS selepas mempublish entry. lari~hahahahaha)

Comments

fahima_azira said…
haha..tau takut..jgn lari duluuu..
insyaallah semoga bakal teman karib seumur hidup itu mengerti setiap peranan dan tugasnya nanti setelah mendapat status tersebut..oopss bkn setelah..sepatutnya dari sekarang bakal teman karib itu sudah memahami dengan jelasnya akan tanggungjawab yang bakal dipikulnya satu hari nanti ..agar 4 ciri dalam 1 yang diidamkan oleh bakal teman karib seumur hidupnya akan tercapai..

insyaalah 4 dalam 1.
pali said…
@ fahima,

pedas ktitikan itu. ini prolog, merujuk kepada kenapa entry sebelum ini di panjangkan.

kerana "cita-cita itu terlalu tinggi"
pali said…
ok kawan-kawan. ini salah satu entry saya paling aku tak suka. bukan dari segi isi, tapi dari segi penyampaian dia.

perlu ke jiwang sangat?? biasa2 sahaja sudah la.

ps: alunan sepi bicara sendiri.. ( diambil dari entry "bila jari jemari menari". :P
Anonymous said…
aduh, bahasa..
Fathiah said…
Salam .. bro .. thumbs up! .. a good post indeed . isi dia best ,penyampaian pun best . Agak jiwang lah tp i think sesuai kot .. heh . Nice nice nice .. nice hopes huh .. :)
pali said…
@ anonymous;

bahasa? tulah.. terlalu berbahasa pun tak elok.. nanti tak reti nak berbudi? hehe

@ Fathiah,

lama tak dengar kabar? :D

ye ke okay?.. perasaan takut mempublish entry ni sama semasa entry "Soalan bonus yang MAHA berat" nak di publish..

entry yang saya berani tulis, tapi tak berani nak published..

ps: cukup la entry jiwng2 ni. cari benda lain la pulak nak sembang. gundam OO second session dah abis dah.. hmm.. nak tau pasl gundam? :D
boundaries said…
wow...nice entry la pali....i like these entry...yes jiwang...tapi tu la cara penyampaian yang betul untuk kategori ni...keep it up..nice work...

ana by the way baru tahu pasal mitokondria tu...hihihi.thanks bro
pali said…
@ huda, semoga ceria dalam lab dan writing.

ramai kaum hawa membalas entry ini termasuk kamu. kira maksud entry ini sampai la ye?

jadilah seperti kopi 4 in 1. nanti tak perlu pegi kekedai membeli gula, kreamer, kopi, air ozon, dsb. Sebab dah ada semua. nak cari apa lagi.

ps: nak makan pecelele kat sunny point.
Azimah Rupilen said…
salam...pali2...dah ada bakal teman karib ye..haha..bgus2..ayat dalam entry ni boleh dibuat panduan wanita2 lain termasuk ana sendiri. Cewah..(baru nak cari teman Karib ni)..kah3. Eh buakn nak cari...tak payah dulu...masih awal, juz sediakan diri je..
pali said…
seperti didalam entry,

"himpunan kata-kata sahabat untuk kromosom XX (wanita)"

adakah maksud entry seperti begitu?

maaf..
Anonymous said…
kritikan yg pedas adalah ketika sedang mengkritik sambil makan lada....
-bapak budak-
pali said…
@bapak budak,

ini memang kritikan pedas!!

:D
izah said…
andai diri ingin mencari yg solehah..bentuklah dirimu soleh dahulu..

peringatan jua buat diriku, aku jua ingin mencari yg soleh, namun aku masih jauh utk bergelar insan solehah..hanya mampu berusaha memperbaiki diri dari masa ke semasa..
pali said…
@izah,

wei, puitis juga hang ni ye.. waa~:D mantop

ginilah.. hm, setuju, memang itulah yang cuba nak disampaikan. sebab tu saya tulis.

UKUR BAJU BADAN SENDIRI;

menilai sesuatu samada sesuai dengan diri @ tidak. Semua perkara termasuk harapan, calon2 di atas dan sebagainya, dengan itu jika baju itu terlalu lawa pun, diri ini akan berusaha melayakkan untuk memakainya. Jika tak mau, cari saja baju-baju yang sesuai untuk dipakai.

ps, terlalu banyak nukilan melemaskan..(aku kena stop blogging kot, bahasa tak memudahkan..)
Jihad said…
mitokondria tu apa cikgu?
pali said…
@mitochondira,

Ia adalah organel yang terdapat didalam sel, mensintesis tenaga untuk kegunaan sel yang hidup.

boleh lihat disini untuk rujukan lanjut;

http://en.wikipedia.org/wiki/Mitochondria

Dalam biologi, ibu akan mewariskan mitochondria kepada anak dalam kandungannya. Ia benar untuk semua makhluk hidup termasuk haiwan dan tumbuhan. Proses ini digelar "maternal inheritance".

Mitocondria mempunyai DNAnya yang tersendiri. Jujukan DNA mitocondria yang dilakukan (sama dengan DNA nucleus) menunjukkan DNA mitocondria identical kepada ibu, tapi DNA nucleus adalah kombinasi dari ibu dan bapa.

Jadi, buat wanita, jangan malas untuk bersukan, membusut dirumah bukan pilihan~ :D
Jihad said…
Apa kaitannya dengan sukan?
pali said…
@maliana

rasa- rasanya apa? Fikir.. fikir..
:D
Jihad said…
Erm...tak tercapai fikiran.
pali said…
@ as syadid maliana,fakulti jihad, sekolah kehidupan.
***********************************
"Mitochondrial DNA (mtDNA) is described as showing "Maternal Inheritance".

This concept, describes the fact, that certain diseases, (and the genes that cause them), can be traced through family members, but only on your mother's side.

Obviously, to explain this, part of the genetic code must only come from the mother."

READ MORE
http://www.a3243g.com/info_maternal_inheritance.asp

***********************************
"Aerobic respiration is not the only chemical pathway for ATP production, but it is in charge of producing the vast majority of the ATP necessary for our life-sustaining processes and the performance of endurance exercise.

In this article, I’ll take a basic look at mitochondria, the signaling which induces their biogenesis, and the practical training application of this information to cycling performance."

READ MORE
http://www.biketechreview.com/performance/mitochondria.htm

***********************************

Dua ni je kot buat masa ni. Kaitan antara mitochondria, sukan( bersenam/riadah) dan mengandung.

Maaf kalau jawapan tidak cukup untuk fakulti jihad (bersungguh-sungguh). Ini sikit. saya faham.

"Ok, semua, sekian tamat lah kelas untuk ibu mengandung. Jangan lupa lakukan senaman, seminggu 3 kali. ok?"

Semua wanita beredar dengan suami masing-masing. Di satu sudut penjuru kelihatan 3 wanita lagi mesra bersembang bergurau senda sesama mereka.

"Eh, tak mahu pulangkah mereka ni?"

Kemudian, aku menepuk dahi. Oh, terlupa..

*to be continue
Jihad said…
Sangat kreatif. saya bagi 5 bintang=) Terima kasih atas penerangan kepada saya yang tak tahu ni. Boleh faham, walaupun ada sesetengah part tu saya tak faham. Tapi jalan2 dah terbuka, tinggal saya perlu usaha cari dan baca. Syukran. Actually time SPM dulu saya aliran sains tulen, sekarang ijazah pertama Pendidikan Islam, seterusnya Pendidikan Bahasa Arab pulak, insya Allah. Dan seterusnya lagi, tak tahu lagi. Mungkin Teknologi Pendidikan kot. Doakan saja...
pali said…
@ maliana,

yang diberi itu artikel, tapi rasanya membantu. Saya tahu secara umum sahaja seperti dalam artikel 1, dan tahu sikit sikit seperti artikel 2.

Tak semua ada dalam kepala. Kadang- kadang kena rujuk juga haji google ( dalam bab ni takpe).

tapi mengikut artikel 1 dan 2, kanun seksaan, hukum.. ( abaikan..)

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap