Cita-cita iTu TeRLaLU TinGGi~

“If my husband know you are a Muslim, he will be very excited to see you”,ujar pos doc wanita dari Taiwan itu memulakan perbualan. Menegur aku yang ketika itu sedang asyik melayan email .

“Really, why is that?” aku berpaling ke kanan lalu spontan tersengih.

Semasa waktu lunch hour, wanita yang mempunyai babygirl yang comel ini “meminta” izin bertanyakan soalan dengan penuh sopan. Hanya aku dan 2 wanita di dalam office sibuk membuat hal masing-masing ketika itu. Mereka adalah Pn Heidi dan Miss Zhang, yang masing- masing wanita dari Taiwan dan China.

The first question he would asked, is it true that muslim allowed man to married up to 4 wives?

Semakin melebar senyuman aku mendengar persoalan tersebut. Kalau boleh memang tak mahu berbincang lagi hal-hal perkahwinan, tetapi kerana yang bertanya adalah not yet muslim, ia menjadi fardu kifayah.

Well, YES & NO.

Jawapan ringkas itu menyebabkan Miss Zhang yang dari mula tidak memberi perhatian mengalihkan posisinya ke arah kami.

Ya~Welcome-welcome..


Rasa sedikit "takut" untuk menulis pada kali ini. Saya mengambil sedikit masa untuk memastikan setidak-tidaknya perkara yang ingin disampaikan difahami @sudah @ sedang releven dengan perlakuan diri. Menulis ini sebagai muhasabah untuk diri sendiri juga. Kalau nak diikutkan, saya adalah orang yang paling kerap berkunjung ke blog sendiri, kerana tulisan-tulisan semasa merasa iman itu tinggi memberi manfaat ketika merasa lemah. Mengingatkan diri ini telah mempunyai benchmark yang telah ditetapkan.

Kepada dua wanita tersebut, jawapan yang saya berikan biasa sahaja. Sama seperti apa yang pernah diberikan oleh ramai ustaz dan bloggers. Berkenaan “keadilan” dan “kemampuan” sang suami yang ingin menakhoda lebih dari satu kapal dalam satu pelayaran.

SAtu analogi diberikan; seorang kakak yang mempunyai dua adik yang kurus dan gemuk, dan kerana ingin bertindak adil, membelikan baju bersaiz S @ sebaliknya, XXXXL untuk adik yang berlainan saiz. Kakak yang ingin berlaku adil seharusnya memberikan pakaian yang yang sesuai dengan individu, kerana itulah keadilan yang dimaksudkan. Individual needs. Samalah seperti para isteri.

Ramai yang sudah mengetahui hal ini.

Perkara pokok tentang hukum poligami, kenapa diperintahkan, dan siapa yang layak untuk melaksanakan. Manfaat terhadap isteri dan haknya, serta suami dan anak-anak. Semua itu boleh dicari @ setidak-tidaknya mudah didapati.

Jika bercakap berkenaan munakahah, yang merupakan salah satu cabang Islam ini memerlukan ilmu, yang bukan semata-mata kerana menghadiri kursus nikah kerana hampir masa mendirikan rumahtangga, tetapi kerana kesedaran dalam memahami perlaksanaanya. Pernah aku dinasihatkan, lebih awal lebih baik.

Biarlah bila bercontoh itu menggunakan hujah ustaz @ alimin yang mengajar, agar mudah difahami, berbanding mengeluarkan hujah atas analisis sendiri,lalu mengeluarkan analogi tahi.

Imam Malik ada berpandangan, feqah tanpa tasawuf, merugikan, dan tasawuf tanpa feqah adalah sesat. Maknanya,orang yang banyak ilmu agamanya, jika tidak mendidik hati supaya zuhud, tawadduk @ tasawwuf, ditakuti amalan itu disertai dengan rasa riak, bongkak dan cam best, dia dalam kerugian. Orang yang mementingkan hati sahaja, berzikir @ ingin beramal tanpa mempunyai pengetahuan agama yang jelas, dikhuatiri menyerupai kafir dzimni, ditakuti lebih ke arah kesesatan.

Rasa hati semata-mata tidak memadai tanpa panduan Al Quran & hadith.


Di akhir perbincangan, hampir- hampir sahaja aku menjerit ketakutan bila mereka berdua ingin bersuara.


Trauma.


trauma

Trauma bila mengenangkan banyak jawapan yang pernah didengari dari "muslimah-muslimah" di Malaysia, yang bermula dengan nada , “Huh, poligami”.. @ banyak “tapi” nya, sebelum dihujani dengan pelbagai hujah dan pandangan mereka. (Em, takde bangkangan..)

Tapi..,

Dua wanita itu tersenyum menerima.

Menurut mereka, di Taiwan dan China mengamalkan monogami, dan jika seorang lelaki mereka pergi ke China untuk berurusan perniagaan, maka isteri di rumah akan merasa kegerunan, kerana bisnes yang dimaksudkan mungkin ada dua, iaitu sebagai sugar daddy @ berjumpa isteri kedua, ketiga, keempat, kelima…. Tambah-tambah pula bilangan lelaki yang berkemampuan di sana tidak ramai jika nak dibandingkan dengan bilangan wanita yang lebih ramai. Skandal dimana-mana. Sama juga di USA ini.

Bagi mereka, poligami itu adalah perkara yang baik.

"Come to Malaysia if you want to see man with four wives live happily. :D Visit Malaysia, truly Asia. Lol", sekadar ajak –ajak ayam

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri dan kemudian mengangguk-angguk. Alhamdulillah, harap mesej itu sampai..

Sebelum menamatkan perbualan, Heidi sempat bertanyak soalan samada aku ada berniat untuk berpoligami. 

tersengih aku, kerana sebelum ini pernah di satu ketika memberikan jawapan yang sama..


Semasa di tahun akhir,

Kenapa tak dipilih sahaja awek2-aweks yang ada kat sini? Kan ke ramai?

Haha, yelah tu, bukan senang wei nak pilih.. jawapanku seolah-olah suci

Apa susah, laki kan boleh kawin sampai empat.Hahaha~

kami sama-sama tertawa nakal kerana mendengar jawapan itu..

sekadar sembang kosong pelajar tahun akhir. 

Kami sedar..

bahawa lelaki yang masih belum berkeluarga, memancing kehendak untuk memasang lebih dari satu merupakan angan-angan yang panjang & sia-sia, tetapi perbincangn mesti lakukan seawal mungkin. haha


Jika ada pun yang bersemangat, kami akan berkata;


Sahabat,


Cita-cita iTu terlalu tinggi.


p/s: niat penulisan adalah untuk berkongsi pengalaman sahaja, bukan untuk menyerang mana2 pihak. Peace~


Comments

Unknown said…
Seprti yang kita bincangkan..heheheee
pali said…
@ miradewi / kak senior

seronok bertukar-tukar pandangan.
yelah, kata orang, kalau takut dipukul ombak jangan berumah ditepi pantai.

Saya lagi takut kalau nak berumah di tepi pantai, ada keberanian, tapi tak tahu macamana nak survive dengan ombak tu.

p?s: mesej terima? :D
Machina said…
Ya2... buat masa sekarang strategi utama adalah pembukaan cawangan pertama. cawangan seterusnya tu kemudianlah...he.... juz kiddin'

well, nice entri bro.
pali said…
@mahadi,
cawangan itu ibarat pintu yang mempunyai 4 lapisan, untuk menembusi lapisan seterusnya, perlu dilihat samada gagah @ tidak untuk membuka pintu pertama.

p/s: ya, gue paham maksud mu deh. Bisa aja dong.
Yla rahYla said…
Secara jujur dan ikhlas...walaupun diberi payung emas...kalo i lah kan...i tak rela idup bermadu...i takot i lg berdosa pada suami i...nanti cemburu kuat...sian hubby asyik susah hati...cepat dpt penyakit, kepala berpulau sebab rambut gugur byk, cian sgt2...lg banyak dosa isteri...

comment yg sgt jujur dan ikhlas dpd seorg gadis yg tidak rela berkongsi kasih...kengkadang, takot tgk drama2 yg citer psl poligami tu...

P.S. doakan yla dijauhkan kes begitu...ngeeeeeeee...
pali said…
@rahyla rahmat,
saya faham dan saya tidak pelik. Dan saya tahu kenapa, kerana saya seorang Malaysian. :D

drama? semoga mereka beroleh 'pahala'.

ps: mengintai2 sebab kenapa mereka boleh menerima? (lol)
Yla rahYla said…
owh...sy tidak mampu melakonkan watak sebegitu ruper...
watak isteri yg begitu tabah...merelakan...dan makan dalam...hehehe!!!:P
Anonymous said…
kata orang, kalau takut dipukul ombak jangan berumah ditepi pantai.

kata saya.....kalu takut kena serang ngan bini...jgn la pandai2 nk memasang dua....

encik pali..belum cuba belum tahu....he..he...

-bapak budak-
pali said…
@ rahyla rahmat,
takpe, tiada siapa memaksa.

@anynomous,
em. tak ada niat pun. "Cita -cita itu terlalu tinggi".

kepada yang sudah beristeri, banyak2kan ukur baju di badan sendiri. :D


@ Semua,
fokus entry; rasa2nya apa?
Anonymous said…
Salam pali, pada pandangan saya fokus entry pada kali ini ialah tentang persoalan seorang yg bukan muslim yg ingin mengetahui atau merasa hairan benarkah seorang muslim boleh berkahwin lebih daripada seorang... jika benar mengapa? maka di sini lah anda sebagai seorang muslim menggunakan peluang ini untuk menceritakan kpd mereka tentang perkara ini. Pada pendapat saya…ya benar, poligami ini dibenarkan dlm agama Islam, sbg manusia yg dikurniakan akal seharusnya kita perlu berfikir mengapa Allah menghalalkan poligami? Bagi seorang wanita pula mungkin "isu" ini dianggap sebagai "isu" yg berat malah mintak dijauhkan… tetapi kita perlu ingat, tidaklah ini menjadi satu ujian kpd kita jika Allah itu mengetahui bahawa kita tidak layak dalam menghadapi dugaan ini kerana Allah itu tidak akan membebankan hambanya pada perkara yg dia tidak mampu…apa yg penting sebenarnya poligami ini adalah satu ujian buat kaum lelaki kerana jika mereka takut akan azab Allah di akhirat nanti, mereka akan berfikir layakkah mereka utk berlaku adil jika mereka memilih utk berpoligami ;) pokok pangkalnya poligami itu benar benar layak bagi mereka yg merasa diri mereka itu sangat adil dalam meletakkan sesuatu perkara... sekadar pandangan sahaja. Apa yg baik diambil, apa yg tidak mohon maaf... wink !!!
Anonymous said…
Pali,

terima kasih kerana berkongsi tentang perbincangan anda dan sahabat ;)
pali said…
@maryam,

ni kalau hang jawab exam ni markah penuh. :D

sedikit perbincangan saya dengan sahabat saya nazmi;

Islam membenarkan poligami adalah bertujuan untuk membantu wanita yang ketiadaan tempat bergantung dan juga mempunyai tanggungan; ibu tunggal.

Namun, dalam masyarakat kisah popular yang biasa didengar adalah gadis2 sunti. Bukan tidak ada janda2 disunting menjadi madu, tapi mulut orang biasanya akan berkata; janda berhias.

Kebaikan yang akan dapat diterapkan kepada wanita itu sendiri; memberi status isteri yang sah dan hak kepada wanita tersebut, serta anak-anaknya dalam soal harta dsb adalah manfaat dan hikmah poligami.

Ia merupakan masalah sosial yang serius jika lelaki mengadakan hubungan sulit dan mempunyai anak dimana kemudian hari menimbulkan pelbagai masalah..

Perkara ini tidak terhad berlaku di China dan Taiwan semata-mata..

Poligami itu membela wanita dari itu. Yang salah bukan Islam, tapi pak lebai kupiah longgaq~

Buat yang belum berkahwin, memasang angan-angan itu biarlah realistik; mahukan 2 @3@4 itu biar lepas 1 dahulu. Buat yang sudah berkahwin dan mempunyai 1 isteri, niat untuk membantu wanita lain itu perlukan perbincangan kepada isteri; dalam segala sebab, kemampuan; keadilan untuk membantu wanita2 balu.

teringat pakcik kafe bakti yang ada 3 isteri kat usm.. baguih pakcik tu. (sumber kak mira~)

harap tak timbul isu orang bujang tak perlu berbincang perkara ini, kerana kita berbincang tentang Islam.

ps: cita-citaku ukur baju badan sendiri slalu :P

* komen ini sebenarnya di pos sebelum pos maryam diatas, tetapi di ubahsuai sedikit. :D
boundaries said…
huh...complicated tu nak terang in english..tahniah la sampai membuatkan depa tu agree..^_^
pali said…
@boundaries,
rasanya yang diterangkan basic je. Mungkin sebab depa tu memember, dan kita terang pun tak la serius gile, mcm sembang2 je. depa leh dengar.. apapun, Allah yg bagi depa dengar. :D

ps: sorang lagi laki dari Argentina baru mai lab kami, semalam bertanyakan soalan yg sama. cepat2 hadam buku 20 most common question about islam. best2
Anonymous said…
salam. sy tertarik nak menyampuk sekali. zaman sekarang ni (mungkin dari zaman dulu lagi) lelaki selalu kata kahwin lebih ikut sunnah nabi. tapi mungkin ramai yang tak tahu (atau buat2 tak tahu) yang Rasulullah tidak menduakan Khatijah sehingga Khatijah meninggal dunia... dan rasullah hanya berkahwin dengan Aisyah setelah baginda berusia lebih 50 tahun. perkahwinan dengan Aisyah adalah untuk menjaga hubungan baik dengan abu bakar. selain aisyah, isteri2 isteri rasulullah semuanya sudah berusia.. bukan nya anak dara seperti yang jadi buruan lelaki zaman kini. maklumat ni saya baca dalam sebuah majalah kekeluargaan dan penulis rencana ini adalah seorang lelaki. wassalam.

-lily-
pali said…
@lily

saya setuju. \(^;^)/
Anonymous said…
yay..akak komen lg!hik3...isu poligami ni mmg bg orgpmpuan mkn hati. huuhu..akk setuju ngn pndpt ex mufti perlis,dr asri.dia bg baik py pndpt smpaikn akk yg pmpuan ni pn blh berlapang dada ngn apa yg dia bgtau.kat cni link if nk baca:http://drmaza.com/home/?p=562

rase lojik jgk bila dr asri ty pro barat or islam liberal yg mengatakn tujuan menentang poligami itu krn hndak mbela wanita..tp yg selain 1st wife tu,bukan wanita ke?teng3...satu lg,dia kate kdg kala hukum islam blh diumpamakn sebuah kedai yg ade byk jns ubat utk smua jns penyakit.poligami adlh slh satu ubt bg pyakit yg sesuai dgnnya.bg yg xpyh ambik ubat (poligami)tu,xsuruh pn ambik.jgn gatal2 p ambik kl ikut ayt akk..huhu...tp tulah,mostly zmn lani,orglaki yg xde penyakit (yg berkaitan ngn poligami),p cari sndiri pyakit, sehinggakn terpaksa ambik ubat...maka jadila poligami yg xdirelai oleh 1st wife td.mklumla,xde pyakit cr pyakit!nyusahkn org!(alamak..emo nmpk!=p)

mmgla kl ikutkn hati perempuan yg penuh kasih syg ni (cewah..),kl blh xmau share hubby dia ngn orglain!nk kate tamak..xjgk...myb takut if hubby dia abaikn dia.perhatian...ke'concern'an...finance..
n byk lgla..sbb semua dh terbelah dua or mgkin 3..or mgkn 4!(oh tidak!) satu lg,sb sifat cmburu tu sndiri..kl pmpuan xde cemburu,dia tu tersangatla hebatnya..or myb dia 10% mnusia 90% robot!hehe...utk orglaki,kl xmampu tu..xpyhla ye..bt merana byk pihak je.pnh akk terbaca satu kes,husband ni smp tertido dlm kete sb lth bt giliran.xsempat smp rmh wife,dh tdo dlm kete..sanggup mcm tu?isk3...pesan dr asri ;g:jgn mkn ubt yg xdiperuntukkn utk anda sekiranya anda xmampu n lemah kewibawaannya..

p/s:ada sorang tu kn,sanggup bg hubby dia kwin lbh nnt sb dia blh tdo lama2,xpyh pkai lawa2,xpyh masak,blh bt apa sj n blh jln2 mn je dia nk p kl hari tu bkn giliran rmh dia!hahaa...best jgkkn!
pali said…
@ chetty the cylops.

tru.. apa yang dikatakan benar. kezaliman yang berlaku dalam poligami mungkin boleh dilaksanakan bukan sahaja oleh kaum adam, tetapi juga kaum hawa.

Bagaimana tu?

1. carilah calon yang mempunyai 4 ciri yang dikatakan RSAW.
2. jadilah isteri & wanita solehah, ibarat kata pepatah, ukur baju dibadan sendiri.
3. perbetulkan niat sebelum memulakan ikatan perkahwinan.
4. seandainya berlaku, elakkan dari mengungkit keburukan pasangan masing2.

dan yang terakhir buat diri saya jugak;

5. emo la pada masa, ketika yang betul (selepas berkahwin) dan lebarkan perbincangan selepas itu.

bagi yang masih single, teori dan ilmu boleh diceritakan, tapi secara realitinya, hanya jauhai mengenal manikam.

lelaki nak beristeri lebih satu? @ nak emosi lebih dari wanita yang berpoligami??;

katakan pada diri;

"cita-cita itu terlalu tinggi".

\(^;^)/

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated