Gadis Philipina & 2 Lelaki itu.
Dalam perjalanan ke University Avenue, dari jauh terlihat seorang gadis bertopi , berbeg galas berjalalan laju dari satu kedai ke kedai yang lain. Bukan sengaja dipandang, tetapi gadis Philipina terutama Asia (kecuali China dan India) adalah pemandangan yang bukan biasa di sini. Aku berhenti kerana lampu merah, dan menekan butang untuk pejalan kaki melintas. Dipandang langit suram, dan hujan renyai-renyai mensusuli sepanjang perjalanan.
"dah boleh jalan". Kataku dalam hati sambil mula melangkah ke seberang jalan. Jalan raya tidak begitu sibuk kerana pada masa ini cuti, kampus dan pekan Gainesville memang macam pekan mati. Disini tidak sibuk, udara bersih, dan boleh dikatakan kebanyakan penduduk disini terdiri dari pelajar UF. Sambil memerhatikan sekeliling, dan beberapa orang mengisi minyak di Kanggaroo gas station, pantas aku melangkah ke destinasi, Kabab House untuk makan malam. Kelibat gadis itu tidak kelihatan. Mungkin dah pulang agaknya.
Tiba-tiba, muncul gadis tersebut dari kedai sebelah kanan. Dia muncul lebih awal, jadi aku berjalan dibelakangnya kira-kira 3 meter. Sambil berjalan-jalan kepalanya ligat memerhati sekeliling, lalu dia menoleh ke arah aku, dibelakangnya. Spontan dia tersenyum manis dan menunggu aku berjalan kearahnya.
"Aaa, sudah??" getusku dalam hati. Panik.
Kira-kira 2 bulan pertama disini, aku pernah disapa beberapa orang lelaki berbahasa Spanish dengan gelaran ,"Amigo". Selepas itu dalam bulan yang sama, seorang lelaki Philiphino juga tersenyum memandang aku di Walmart sambil mengucapkan sesuatu ,"Apa Khabar (agaknya dalam bahasa dia)". Dalam beberapa kes aku mampu membalas senyuman sehinggalah keluar butir-butir bicara yang asing yang ku tak fahami. Ku balas dengan senyuman, "I'm sorry, I can only understand English". Mereka melihat aku dari atas dan bawah, sedikit terkejut mungkin, kemudian mengangguk, lalu tersenyum dan bertanya, "Where are you from brother?"
Sejam selepas pertemuan dengan gadis Philipina itu, dalam keadaan tergesa-gesa, hari semakin gelap, dan berjanji dengan Khalil nak beli barang dapur sebelum magrib. "hanset tak bawa. Kena cepat!". Sambil memerhati kiri dan kanan sebelum melintas (walaupun dalam kampus dan keadaan lengang) ekor mata terlihat dua lelaki America berpakaian formal (Tie tanpa kot) melambai-lambai tangan dan berkata ,"Brother!"
"Aaa.. sudah!" getusku buat kali kedua!
***********************************************************************************
Hey, how are you brother? What's your name?
Good, good. I'm Fazzlee, and you guys are??
**** & *****.We are missionary from Jesus Christ Church, & would like to share with you about some information, bla2...
"Dah agak dah".kataku perlahan.
I meet one girl at University Ave also in missionary mission just now, and she sell stuff etc. Are you guys from the same group? She's from Philipina and are here about 1 year for missionary work. kataku inginkan kepastian.
Nah, we from another church, we don't sell stuff, don;t worry. Bla2.Do you know Joseph, etc, and there are new prophet name Thomas *****? He's in Utah right now. There are also new testament name *****Bla2! Here our card, and website for it.
Gadis itu menjual barang seperti rantai dan keychain Jesus, dan 2 lelaki ini pula kata ada testament dan Nabi baru? Aii, manusia..
Pada masa ni, surah Al- Kafirun bermain-main di kepala..
Comments
pali..hang punya pengalaman lagi dahsyat, satu hari sampai dua tiga org missionari...
bersabar la...
Tak slalu. Cabaran terbesar kat sini adalah DIRI SENDIRI. Doa2kan istiqamah beriman dan bertaqwa