Posts

Showing posts from October, 2009

Petai; cakap politik.

Image
“Uih, petai, ni kalau masak sambal petai ni mesti best!” menelan air liur adik saya apabila melihat abah membawa pulang petai dari pasar malam. Emak yang tadi asyik di halaman rumah ber’gardening’ mengambil petai itu lalu menuju ke dapur. Saya pun mengikut emak. Masak lemak pucuk ubi kayu, sambal belacan atau sambal petai memang menjadi kegemaran saya. Tambah-tambah kalau ada ikan termenung goreng. Sememangnya menjadi habuan melantak 5 pinggan nasi dengan penuh berselera sekali.

Muda muda Nyior.

Disini, pelajar Master @ phd perlu mengambil kelas juga, dan ada kredit tertentu perlu dipenuhi, sebagai contoh, satu semester perlu mempunyai kredit minimum 9 kredit termasuk komponen research. Lazimnya dalam satu semester 2 hingga 3 kelas diambil. Dalam 4-6 kelas yang saya ambil, secara tidak sengaja terkesan dengan beberapa orang rakan yang potensinya mencuri perhatian saya. “How’s your semester going? You doing good?” tanya saya kepada Charles.   “Doing good, Busy with classes. This semester is crazy.” katanya kepada saya. Aaah, memang crazy pun, terutama jika mengambil Plant Medicine . satu semester mau mencecah 12-15 unit. Teringat Muas berkata kepada saya bertanya berapa kredit diambil, saya menjawab 9. Dia berkata,   “That’s good enough for graduate student, more than that is suicide” katanya serius, sebelum kami berjalan ke kafe. Lebih serius. Lebih releven , lebih efektif, apa ubatnya? Pening kepala saya memikirkan perkara ni (aku memang...

Buku Lama.

Image
Salam, Sedang saya membelek2 buku di perpustakaan ICG (Islamic center of Gainesville) semalam sementara menunggu Magrib, mata saya terpandang 2 buku di rak sana dalam bahasa Malaysia. Terkejut sedikit. Sememangnya ada yang memberitahu sebelum ini ada Muslim Malaysia pernah ada disini. Azlee, kota bharu, kelantan, 1993.. ringkas sticker MAS pada kulit buku. Buku dari Indonesia, tentang soal jawab agama. Dah 16 tahun.. Kerusi dialih, duduk sebentar, buku yang setebal 500 mukasurat itu diselak, dan dibaca. Ayat dari era awal merdeka. Bahasanya mudah, cuma ejaan sedikit berbeza. Kurang 5 minit saya menoleh kebelakang melihat buku yang lain, dan mata terlihat satu buku dalam bahasa Melayu juga. Subhanallah! Tak sangka! TAFSIR AL AZHAR Buku yang diterbitkan pada tahun 1987 di Singarore itu diterbitkan dengan kebenaran pewaris Dr Hamka. Tafsir berkenaan surah dari juzu 30, bermula dari Surah Naba' hingga ke Surah An Nas. http://www.iterasi.net/openviewer.aspx?sqrlitid=mqvqnhseceo8y4hyph...

Bencana Penarafan Universiti

TANGGAL 8 Oktober 2009, apabila keputusan penarafan THES-QS diumumkan, saya sedang berada di bandar Giessen, lebih kurang satu jam dari Frankfurt, untuk memenuhi undangan Persatuan Universiti-universiti Eropah (EUA) yang menjadi penaung utama semua universiti di benua tersebut. Undangan ini sempena persidangan bertajuk "Pengantarabangsaan melewati sempadan Eropah" dan saya diminta memberi pandangan dari sudut luar Eropah sebagai seorang antara dua pengucaptama - seorang lagi adalah rakan Rektor, Berlin Free University, salah satu universiti tertua dan ternama di Jerman, malah Eropah. Dewasa ini, e-mel bertalu-talu tiba mengesahkan "bencana" yang menimpa Malaysia. Jika Indonesia dengan gempa buminya, Filipina dengan banjir dan tanah runtuhnya, Samoa dengan tsunaminya dan Jepun banjirnya, bagi Malaysia pula menghadapai bencana gara-gara penarafan IPTAnya. Walaupun hanya beberapa buah IPTA sahaja yang terlibat, kesannya tidak kurang menggugat. Media gamat dengan li...

Terlewat 15 hari.

Ramadhan telah pun berlalu hampir separuh bulan. Maaf dengan entry yang terlewat. Ada apa dengan Ramadhan, apa yang ingin dicapai sebenarnya? Aku terkusut masai memikirkan perkara ini, terlupa sudah terang lagi bersuluh, Syeikh Ammar berkata semasa khutbah jumaat minggu pertama Syawal, “ Dengan Ramadhan hanya 1 perkara sahaja yang menjadi idaman setiap hambaNya, hanya ada 1 sahaja keputusan yang mungkin keluar dari bulan tarbiyah Ramadhan, iaitu TAQWA! BUAH TAQWA Benar, hanya 1 sahaja hasil dari latihan Ramadhan, tapi manfaat dari taqwa adalah sejuta! Kerana Allah telah menjanjikan bahawa orang yang benar yang berpegang teguh pada tali Allah, dan ajaran yang dibawa oleh kekasihNya, Muhammad saw akan mempunyai taqwa yang amat kental.